Jumaat, 29 Julai 2011

bani umaiyah

(a) Terangkan aspek pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umiyah.
[ 6 markah]
(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ilmu pengetahuan.
[ 8 markah ]
(c) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan ilmu serantau?
[ 6 markah ]


F1 Sistem khalifah
H1a dilakukan secara warisan
H1b sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammad S.A.W.

F2 Sistem wazarah
H2a pelantikan wazir untuk mengetuai pentadbiran negara di bahagian kerajaan pusat
H2b gabenor-gabenor mengetuai pentadbiran wilayah

F3 Sistem urus setia
H3a beberapa orang pegawai dilantik bagi mengumpulkan rekod / mengurus surat-menyurat
H3b pentadbiran negara dibahagikan kepada beberapa bahagian
H3c bahagian surat-menyurat / bahagian cukai / bahagian ketenteraan / bahagian polis / bahagian kehakiman

F4 Sistem hijabah
H4a seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu bertemu khalifah
H4b mengawal keselamatan khalifah
H4c pemegang amanah

F5 Penubuhan empat jabatan
H5a Jabatan Cukai
H5b Jabatan Surat-menyurat
H5c Jabatan Urusan Am
H5d Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah

F6 Penubuhan Diwanul Jundi
H6a untuk memperkemas jabatan ketenteraan
H6b penubuhan angkatan tentera darat dan laut



F1 Kota Basrah menjadi pusat pengajian dan penyebaran Islam
F2 Lahir ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad / pakar bahasa dan filologi Arab
F3 Sibawayhi ahli nahu Arab
F4 Saterawan seperti al-Farazdaq / Jarir /Umar ibn Abi Rabiah / Jamil al-Uzri
F5 Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
F6 Tanda bunyi / baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
F7 Urwah bin al-Zubayr / Ibn Zihat al-Zuhri dalam bidang hadis
F8 Ibn Jarih dalam tafsir al-Quran
F9 Hasan al-Basri / Wasil ibn Ata dalam bidang usuluddin
F10 Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
F11 Ibn al-Nafis menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah / Kajian Umum Profesion Kedoktoran
F12 Perkembangan ilmu dalam bidang kimia / astronomi
F13 Cordova menjadi pusat pengetahuan / pendidikan / pengajian tinggi di Eropah
F14 Sebuah perpustakaan telah didirikan oleh al-Hakam II
F15 Telah wujud 17 buah pusat pengajian di Andalusia
F16 Telah wujud 70 buah perpustakaan di Andalusia
F17 Puasat keilmuan terus berkembang di Seville / Toledo / Granada
F18 Pusat penterjemahan telah didirikan di Toledo


F1 Penubuhan sekolah bestari
F2 Penubuhan sekolah wawasan
F3 Penubuhan sekolah berasrama penuh
F4 Penubuhan sekolah kluster
F5 Penubuhan sekolah berprestasi tinggi
F5 Perbanyakkan menuntut ilmu pengetahuan
F2 Mendalami ilmu ICT
F3 Mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
F4 Mempelajari pelbagai bahasa asing
F5 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F6 Bersikap boleh bertolak ansur / tidak mementingkan diri
F7 Memiliki moral yang baik
F8 Mengamalkan sikap penyayang tanpa mengira kaum
F9 Menjauhi gejala tidak sihat / negatif
F10 Patuh kepada ajaran agama
F11 Menghormati nilai tradisi budaya bangsa
F12 Menerapkan semangat Malaysia boleh dalam diri
F13 Mengikuti peraturan dan undang-undang sekolah dan negara
F14 Penubuhan sekolah rancangan khas / kelas rancangan khas
F15 Yuran persekolahan percuma
F16 Buku teks percuma
F17 Pendemokrasian pendidikan
F18 Bantuan net-book / komputer 1 Malaysia
F19 Kewujudan banyak universiti
F20 Penubuhan universiti maya
F21 Penubuhan apex universiti
F22 Pengredan universiti
F23 Menarik kehadiran pelajar asing
F24 Kemajuan dalam pengajian sarjana dan kedoktoran
F25 Geran penyelidikan diberikan dalam jumlah yang besar kepada universiti
F26 Pensyarah diberikan pengiktirafan
F27 Menjadikan negara stabil /aman
F28 Memantapkan ekonomi negara
F29 Kegiatan ilmu pengetahuan dihargai dan mendapat biayai swasta / GLC
F30 intelektual dipandang tinggi oleh masyarakat
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 14 x 1 m

Isnin, 4 Julai 2011

tamadun indus

Soalan 1 :
(a) Mengapakah masyarakat tamadun Indus Berjaya membina Bandar terancang?
(b) Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam tamadun Indus.
(c) Adakah bandar tempat tinggal anda terancang?
Beri alasan anda.

(a)
F1 F1 Kemajuan dalam ilmu geometri
F2 Perkembangan ilmu pembinaan
F3 Kebolehan mengekspoitasi alam untuk memudahkan
kehidupan mereka / kreativiti masyarakat
F4 Kemajuan dalam ilmu kesenian
F5 Ada ilmu matematik
F6 Teknologi membina batu bata melalui pembakaran dengan
suhu yang tinggi
F7 Sifat keterbukaan masyarakat tamadun Indus
F8 Keamanan yang terdapat dalam tamadun Indus
F9 Sumbangan hasil perrtembungan dengan tamadun Mesopotamia / Mesir


(b)
F1 Pembentukan bandar terancang seperti Mohenjo-Daro / Harappa
F2 Bandar terbahagi kepada dua bahagian
F3 Bandar dikelilingi tembok
F4 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan
keagamaan
F5 Mempunyai bangunan pentadbiran / tempat mandi awam /
tempat penyimpanan hasil pertanian
F6 Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
F7 Bandar disusun rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik
F8 Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
F9 Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang
lurus dan bersambung antara satu sama lain
F10 Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F11 Jalan raya dihubungkan dengan sungai yang berfungsi
sebagai jalan perhubungan
F12 Rumah mempunyai bilik mandi dan tandas
F13 Jalan raya yang lurus dibina
F14 Tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang organisasi sosial
F15 Masyarakat Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
F16 Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
F17 Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
F18 Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan mengeluarkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
F19 Golongan menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar / membina tambak di benteng / membina terusan
F20 Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam / tembikar
F21 Menjalankan perdagangan dengan tamadun Mesopotamia
F22 Terdapat jumpaan cap mohor buatan tamadun Indus di Mesopotamia
F23 Hasil perdagangan emas / gading gajah / manik / hasil pertanian
F24 Masyarakat mempunyai amalan agama / penemuan patung proto-Siva
F25 Masyarakat percaya kepada Tuhan Ibu
F26 Mempunyai sistem tulisan piktograf
F27 Mempunyai teknologi membuat batu bata dengan membakarnya


(c)
F1 Mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik
F2 Mempunyai bangunan keagamaan yang teratur
F3 Mempunyai kawasan perumahan yang terancang
F4 Bangunan disusun atur dengan menarik
F5 Mempunyai jalan raya yang lurus
F6 Mempunyai sistem kumbahan
F7 Mempunyai sungai yang bersih
F8 Mempunyai majlis perbandaran
F9 Mempunyai sistem pungutan sampah berjadual
F10 Denda dan hukuman dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan
F11 Bandar mempunyai pendapatan yang tinggi
F12 Mempunyai sekolah / pusat pengajian tinggi untuk menimba ilmu
F13 Mempunyai balai polis / ketenteraan untuk menjaga keamanan
F14 kawasan perumahan yang sistematik