Ahad, 16 Jun 2013

1249/3 Nasinalisme di Asia Tenggara



1.      (i) Jelaskan maksud imperialisme.  
    (ii) Nyatakan kuasa Barat yang pernah menjajah Asia
         Tenggara dan kawasan yang dikuasainya.
    2. (i) Terangkan perubahan pentadbiran yang dibawa oleh penjajah Barat ke Asia Tenggara.
(ii) Terangkan faktor-faktor yang membangkitkan kesedaran nasionalisme di   
      Asia Tenggara.
3.  Buat satu analisis yang terperinci tentang usaha-usaha penjajah Barat  
     menangani menangani gerakan nasionalisme rakyat tempatan di Asia
     Tenggara.
  1. Imperialis Barat berjaya mengusai dunia kerana kehebatan ketamadunannya.     Apakah ciri-ciri kehebatan ketamadunan Barat yang boleh masyarakat  Timur      contohi bagi menjadikan masyarakat  Timur setanding dengan masyarakat      Barat?
      5.  Imperialisme Barat membawa banyak perubahan positif di Asia Tenggara.
           Berdasarkan pernyataan di atas, berikan suatu penilaian yang komprehensif
           mengenai kesan kedatangan penjajah di Asia Tenggara.

           Imperialisme Barat pernah bertapak di negara kita kerana wujud faktor
           kelemahan ekonomi, politik dan sosial.
     6.  Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi
          mengelakkan negara Malaysia daripada terjajah semula ke tangan kuasa asing?
     7.  Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada
          gerakan nasionalisme di Asia Tenggara demi memajukan pencapaian tamadun
          negara bangsa Malaysia.
8.      Apakah rumusan yang boleh anda nyatakan setelah mengkaji tajuk kehadiran imperialisme Barat di Asia Tenggara meliputi:
       (i) Pengetahuan yang diperoleh
(ii) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
 (iii) Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih
       cemerlang

1(i)
F1 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh
F2 Dasar sesebuah negara meluaskan wilayah
F3 Melalui menjajah negara lain
F4 Untuk kepentingan tertentu

1 (ii)
F1 Portugis menguasai Melaka
F2 Portugis menguasai Pasai
F3 Portugis menguasai Pedir
F4 Portugis mengusai Timor-Timur / Timor Leste
F5 Portugis mengusai Kepulauan Rempah /Ternate / Tidore
F6 Sepanyol menguasai Filipina
F7 British menguasai Tanah Melayu
F8 British menguasai Burma
F9 British menguasai Singapura
F10 British menguasai Sarawak
F11 British mengusai Sabah
F12 British menguasai Brunei
F13 British menguasai Bengkulen / Bangkahulu
F14 Belanda menguasai Hindia Timur / Indonesia
F15 Belanda menguasai Melaka
F16 Perancis menguasai Kemboja
F17 Perancis menguasai Laos
F18 Perancis menguasai Vietnam
F19 Amerika Syarikat menguasai Filipina

F1 Penubuhan kerajaan pusat
H1a hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
H1b di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
H1c di Tanah Melayu, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan
        menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
H1d Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi  
        Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
H1e Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor digabungkan menjadi
        Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

F2 Pelantikan Gabenor Jeneral
H2a sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
H2b Di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
H2c Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
H2d Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
H2e Encomienda diketuai oleh encomiendero
H2f Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai /
        mengkristiankan penduduk barangay
H2g Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai
        Belanda
H2h Di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
H2i Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai Bandaran
H2j Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
H2k Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
H2l Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu
H2m DI NNMB sistem Residen diperkenalkan
H2n British memperkenalkan Sistem Penasihat di NNMTB
H2o Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
H2p Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua
        perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
H2q Di IndoChina Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah / jajahan
H2r Di bawahnya terdapat Residen Jeneral
H2s Di bawahnya terdapat Residen Wilayah
H2q Di Indonesia Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah/jajahan
H2r Di bawahnya terdapat Residen Jeneral
H2s Di bawahnya terdapat Residen Wilayah

F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
H3a Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
H3b Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian di Indonesia
H3c Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi
        tiada kuasa perundangan
H3d Penubuhan Volksraad
H3e Penubuhan Jabatan Perhutanan / Jabatan Kesihatan / Jabatan Pelajaran telah
       ditubuhkan di Burma
H3f Di Tanah Melayu diperkenalkan sistem pungutan cukai /pembahagian  
       negeri kepada beberapa daerah / penubuhan balai polis

F4 Pengenalan undang-undang Barat
H4a Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
H4b Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
H4c Majlis Perundangan telah diperkenalkan di Burma
H4d Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
H4e Di Tanah Melayu sistem kehakiman Barat diperkenalkan

F1 Dasar penjajahan Barat
H1a menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat di Asia
       Tenggara
H1b sistem birokrasi barat tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada
        rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden
H1c rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba
        kekurangan
H1d dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi
H1e contohnya Sistem tanaman Paksa
H1f contohnya Sistem Polo
H1g penjajah mewujudkan jurang sosial dengan penduduk tempatan
H1h mereka berada dalam kelas yang tersendiri
H1i mereka hanya boleh bergaul dengan golongan elit tempatan / bangsawan
       serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat
H1j dasar keterbukaan terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak
       puas hati
H1k penguasaan ekonomi golongan imigran membimbangkan penduduk
        tempatan

F2 Pengenalan sistem politik Barat
H2a sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional tempatan
H2b residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
H2c pembesar tempatan diberikan pencen
H2d perubahan ini mencabar sistem / amalan tradisi tempatan / menjatuhkan
        maruah

F3 Pengaruh agama
H3a agama menyatukan penduduk tempatan untuk menghadapi penindasan /
        kebudayaan Barat / agama Kristian
C3a wujudnya Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
C3b wujudnya Persatuan Belia Buddha di Burma
H3b golongan agama menjadi pencetus nasionalisme
H3c agama Kristian di Filipina menjadi alat penyatuan rakyat kerana penganut
       Kristian tempatan dianggap kelas dua
H3d kebangkitan Gerakan Pan-Islamisme
H3e merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
        pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
H3f didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia
H3g dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh / di Universiti al-Azhar

F4 Pengaruh karya kesusasteraan
H4a menyampaikan mesej kesengsaraan
H4b menyampaikan mesej kekecewaan terhadap penindasan penjajah
H4c membangkitkan kecintaan terhadap tanah air
C4a novel Noli Me Tangere di Filipina
H4d menjadi inspirasi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
C4b cerpen Kerikil-kerikil Tajam di Indonesia
C4c cerpen Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar
C4d novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako di Tanah Melayu

F5 Perkembangan sistem pendidikan
H5a sikap penjajah mengamalkan pilih kasih dalam penyediaan kemudahan
        pendidikan
H5b mereka mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai
        bahasa pengantar
H5c penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah
H5d pendidikan terhad kepada golongan elit
H5e pendidikan terhad kepada penduduk bandar
C5a di Indonesia anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan
       diasingkan daripada anak orang kebanyakan
H5f pendidikan bertujuan memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
C5b di Burma pendidikan sekular dan mubaligh menjadi ancaman terhadap
        sekolah Buddha
C5c di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan

F6 Kemunculan golongan intelektual
H6a mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke Barat dan Asia Barat
H6b terdedah kepada idea falsafah Barat atau Islam
H6c sedar penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir tanah air
        sendiri
H6d memimpin gerakan nasionalis apabila kembali ke tanah air
H6e pada mulanya meminta taraf hidup bangsa mereka dibela
H6f akhirnya meminta kemerdekaan
H6g di Tanah Melayu pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah
        vernakular melahirkan golongan intelektual
H6h mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri
H6i mereka menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk menyedarkan bangsa


F7 Pengaruh media massa
H 7a perkembangan akhbar dan majah menyemarakkan nasionalisme
H7b berperanan menyebar idea-idea nasionalis
H7c berperanan menanam perasaan antipenjajah
C7a di Vietnam akhbar Tribune Indigene
C7b di Vietnam akhbar Cloche Felee
C7c di Tanah Melayu akhbar al-Ikhwan
C7d di Tanah Melayu akhbar Saudara
C7e di Tanah Melayu akhbar Warta Malaya
C7f di Tanah Melayu akhbar Majlis
H7d penjajah menganggap akhbar sebagai ancaman kepada kepentingan politik
        mereka

F8 Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan
H8a kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan dalam kalangan
        nasionalis
H8b pembinaan jalan raya dan kereta api dapat menghubungkan kawasan-
        kawasan yang sebelumnya terpisah
H8c memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu

F9 Pengaruh luar
H9a kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895
H9b kejayaan Jepun menewaskan Rusia pada tahun 1905
H9c menimbulkan kesedaran akan keupayaan sebuah negara kecil untuk
        menewaskan kuasa besar
H9d perjuangan Mahatma Gandhi di India

F10 Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu
H10a menggalakkan kedatangan orang asing datang ke Tanah Melayu
H10b telah meningkatkan jumlah penduduk imigran di Tanah Melayu
H10c mereka menguasai ekonomi dalam perlombongan/perladangan /
          perniagaan
H10d orang Melayu kekal dalam pertanian padi
H10e bandar baru telah dibuka
H10f orang melayu kekal tinggal di luar bandar
H10g mewujudkan jurang taraf hidup antara orang Melayu di luar bandar
          dengan penduduk bandar
H10h dasar British memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu

F11 Pendudukan Jepun
H11a konsep Kawasan Kesemakmuran Asia diperkenalkan oleh Jepun /
          menggalakkan orang tempatan bekerjasama dan berjanji memerdekakan
          mereka
H11b kesengseraan hidup dalam zaman Jepun menyebabkan rakyat membenci
          penjajahan
    
F12 Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari
H12a PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
H12b telah mencetuskan konflik perkauman
H12c banyak orang Melayu terbunuh / rumah mereka dibakar
H12d serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak/ Johor/ Negeri
          Sembilan/ Pahang

F13 Kemunculan mesin cetak
H13a memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong
          penentangan terhadap British
    
F14 Kebangkitan Gerakan Pan-Islamisme
H14a merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
          pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
H14b didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia
H14c dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh / di Universiti al-Azhar
   
 3  
F1 Menangkap Jose Rizal
F2 Dibuang negeri ke Dapitan Mindanao
F3 Dituduh dalam perbicaraan terlibat dalam gerakan pemberontakan
F4 Dijatuhi hukuman bunuh
F5 Menewaskan pemberontakan Katipunan
F6 Tidak mengiktiraf Perisytiharan Kemerdekaan oleh Aguinaldo
F7 Aguinaldo ditangkap
F8 Membenarkan penubuhan parti-parti politik yang sederhana
F9 Membenarkan pendudduk tempatan mengetuai Dewan Perhimpunan
F10 Mengadakan pilihan raya
F11 Belanda menangkap pemimpin-pemimpin nasionalis yang radikal
F12 Parti Nasional Indonesia diharamkan
F13 Menumpaskan pemberontakan di Vietnam
F14 Phan Boi Chau dipenjarakan
F15 Viet Nam Quang Phu Hoi / VNQPH diharamkan Perancis
F16 Perancis menangkap pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang/VNQDD
F17 Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
F18 Memaksa Pemimpin Parti Komunis Vietnam seperti Ho Chi Minh
       melarikan diri ke Hong Kong
F19 Usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai disekat Perancis
F20 Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
F21 Menumpaskan Revolusi Pelajar di Burma
F22 British menumpaskan Pemberontakan Saya San
F23 Memberikan Perlembagaan Burma pada tahun 1935
F25 Menewaskan Dol Said/ Rentap/ Syarif Masahor/ Linggir/Datu Patinggi
       Abdul Gapur/ Mat Salleh / Dato’ Maharaja Lela/ Yam Tuan Antah/ Dato’
       Bahaman/ Tok Janggut/ Haji Abdul Rahman Limbong
F26 British menangkap pemimpin Kesatuan Melayu Muda
F27 Dipenjarakan di penjara Changi
F28 Membatalkan penubuhan Malayan Union
F29 Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
F30 Menubuhkan Sistem Ahli
F31 Mengadakan Pilihan Raya Umum 1955
F32 Menubuhkan Suruhanjaya Reid
F33 Mengeluarkan Laporan Montagu-Chelsford yang menyatakan Burma belum
       bersedia memerintah sendiri
F34 Memberi Perlembagaan Burma pada tahun 1935
F35 Menjalankan undang-undang Barat
F36 Mengikat perjanjian dengan pemimpin tempatan
F37 Melakukan tipu daya / muslihat
F38 Melakukan kekerasan terhadap pemberontak
F39 Menyekat kebebasan akhbar / media
F40 Membuang negeri Soekarno ke Flores
F41 Menyekat perjuangan Kaum Muda
F42 Menukarkan pemimpin-pemimpin tempatan ke tempat yang lain
F43 Memerangi penduduk tempatan yang memberontak
F44 Menjalankan dasar “divide dan rules”
F45 Memecahkan perpaduan antara penduduk / kaum
F46 Mengasingkan tempat tinggal penduduk
F47 Menolak permintaan permintaan pemimpin tempatan / tidak melayan
F48 Mengugut golongan nasionalis tempatan
F49 Membakar perkampungan nasionalis
       Mana-mana jawapan yang munasabah

4
F1 Mempunyai ilmu pengetahuan
H1 menguasai ilmu sains, ICT, teknologi dan sebagainya
C1 memperkenalkan teknologi sains komputer

F2 Mempunyai semangat inkuiri
H2 membolehkan mereka meneroka bidang baru
C2 menjumpai Dunia Baharu

F3 Mempunyai semangat berani mengambil risiko
H3 sanggup mencuba sesuatu yang baharu
C3 mengembara ke angkasa lepas / Yuri Gagarin

F4 Mempunyai banyak universiti
H4 dapat melahirkan banyak tenaga intelek
C4 Universiti Oxford, Universiti Cambridge

F5 Mempunyai pekerja berilmu pengetahuan
H5 dapat melaksanakan ekonomi dengan lebih baik
C5 pekerja berkelulusan politeknik dan universiti

F6 Mempunyai teknologi yang canggih
F6 dapat menjalankan kerja dengan lebih cekap
C6 penggunaan mesin

F7 Mempunyai sistem pemerintahan yang stabil
H7 dapat menjalankan pemerintahan dengan sistematik
C7 sistem monarki berperlembagaan, sistem demokrasi, sistem republik

F8 Mempunyai kemajuan dalam sistem pengangkutan
H8 dapat menghubungi sesuatu kawasan dengan cepat
C8 kereta api, jalan raya, kapal terbang, kapal laut

F9 Mempunyai teknologi telekomunikasi
H9 dapat berhubung dengan lebih pantas
C9 internet, telegraf, telefon

F10 Mempunyai ekonomi yang mapan
H10 ekonomi berkembang pesat
C10 pembangunan kilang

F11 Mempunyai pasaran yang luas
H11 menjalin kerjasama ekonomi dengan pelbagai negara
C11 misalnya Kesatuan Eropah

F12 Mempunyai tokoh yang boleh dijadikan inspirasi / pemimpin  
        berwibawa
H12 dalam pelbagai bidang terdapat tokoh-tokoh yang boleh dijadikan contoh
C12 pelayaran: Henry The Navigator

F13 Mempunyai kelas atasan yang menaungi kegiatan ilmu
H13 pihak gereja dan golongan kaya menaungi kegiatan ilmu dan seni
C13 dalam kerja pengukiran bumbung Gereja St. Peter dll

F14 Mementingkan kecemerlangan
H14 hasil kecemerlangan individu diiktiraf
C14 diberikan pelbagai penghargaan

F15 Mempunyai hasil kejuruteraan bertaraf dunia
H15 dapat membina berbagai-bagai struktur bangunan yang canggih
C15 Menara Eiffel

F16 Mempunyai kemahiran berbahasa
H16 boleh berbahasa selain daripada bahasa ibunda
C Stamford Raffles boleh berbahasa Melayu dan Jawa

F17 Mempunyai sifat berani
H17 mencuba sesuatu perkara yang sukar
C17 menawan Tanah Melayu

F18 Mempunyai semangat daya saing yang tinggi
H18 ingin membuktikan kehebatan kuasa Barat
C18 semakin besar tanah jajahan semakin kuat kuasa tersebut

F19 Mempunyai sifat kreatif dan inovatif
H19 cuba menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
C19 hasilkan pelbagai ciptaan

F20 Mencipta sesuatu teknologi yang terkini / moden
H20 untuk memudahkan kehidupan manusia
C20 Jet pejuang

F21 Mencintai dan taat kepada negara
H21 sanggup berkorban untuk negara
C21 Columbus merentasi Lautan Atlantik menemui Dunia Baharu

F22 Tidak mudah berputus asa / gigih
H22 melaksanakan tugasan sehingga berjaya
C22 Vasco da gama berjaya tiba di Calicut

F23 Mempunyai sikap terbuka
H23 sedia menerima apa-apa sahaja perubahan
C23 mengambil unsur positif daripada tamadun Timur dan Islam

F24 Mempunyai sistem pendidikan yang hebat
H24 dapat melahirkan pelajar yang pintar
C24 pelajar yang seimbang
        Mana-mana jawapan yang munasabah
        [ setiap F /H /C maksimum 3 markah ]          

  5
Kesan positif 
F1 Pentadbiran menjadi sistematik
H1 teratur / berkesan / tidak menyusahkan rakyat
C1 Jawatan Gabenor Jeneral

F2 Undang-undang dikuatkuasakan secara berkesan
H2 dapat mewujudkan keamanan / kurangkan jenayah
C2 Civil laws

F3 Mewujudkan keamanan / kestabilan dalam negara
H3 perang saudara / perang kongsi gelap dapat dikurangkan
C3 penubuhan jabatan Polis / balai polis

F4 Membolehkan ekonomi negara berkembang
H4 pelabur asing datang melabur modal
C4 syarikat Harrison and Crosfield

F5 Memperkenalkan sistem pengangkutan moden
H5 untuk memudahkan bahan mentah diangkut dengan cepat
C5 jalan raya / kereta api

F6 Memodenkan sistem perhubungan
H6 jarak antara Eropah dengan Asia menjadi dekat
C6 telefon / telegraf

F7 Memperkenalkan tanaman dagangan
H7 tanaman baru untuk tujuan eksport diperkenalkan
C7 getah / kelapa sawait / nanas / tembakau / kopi

F8 Memajukan sektor perlombongan
H8 perlombombongan dgiatkan secara optimum
C8 bijih timah, emas, bijih besi

F9 Mengembangkan ekonomi negara
H9 ekonomi wang digunakan secara meluas
C9 sistem barter semakin pupus

F10 Menambah pendapatan tanah jajahan
H10 digunakan untuk menampung perbelanjaan negara asal
C10 Indonesia dianggap pelampung penyelamat Belanda

F11 Memperkenalkan teknik pertanian moden
H11 dapat meningkatkan hasil pertanian
C11 pertanian secara ladang / baja kimia / teknik torehan ikan herring

F12 Memperkenalkan teknik perlombongan moden
H12 dapat meningkatkan hasil pengeluaran perlombongan
C12 kaedah kapal korek

F13 Menambah baik taraf kesihatan
H13 perkaedahan rawatan dan kawalan penyakit terkini dibawa ke Asia
       Tenggara
C13 Insitut Pasteur

F14 Mewujudkan bandar-bandar baru
H14 berkembang kerana aktiviti pertanian / perlombongan / pentadbiran
C14 Ipoh / Kuala Lumpur

F15 Mewujudkan industri bank dan insurans
H15 perkhidmatan bank dan insurans memudahkan urusan perdagangan /
        pertanian
C Kwong Yik Bank

F16 Melahirkan masyarakat majmuk
H16 penjajah membawa masuk imigran untuk tujuan ekonomi mereka
C16 kedatangan orang Cina dan India di Tanah Melayu

F17 Memperkenalkan sistem pendidikan Barat
H17 dibina terutamanya di bandar oleh golongan mubaligh
C17 Penang Free School

Negatif
F18 Asia Tenggara dijajah kuasa barat
H18 kuasa raja / pembesar tergugat
C18 berakhirnya dinasti Konbaung

F19 Orang tempatan kehilangaan hak mentadbir tanah air
H19 jawatan pentadbiran diambil alih oleh pegawai dari barat
C19 gabenor

F20 Undang-undang barat menggantikan undang-undang tradisional
H20 mengubah sistem sosial masyarakat tradisional
C20 undang-undang syariah digantikan civil laws

F21 Wujud dual ekonomi
H21 masyarakat tempatan terpinggir melakukan ekonomi tradisional
C21 mereka miskin

F22 Dipaksa menenam tanaman dagangan
H22 dikenakan kerahan tenaga oleh penjajah
C22 sistem polo / tanaman paksa

F23 terlibat dalam masalah keterbehutangan
H23 tanah penduduk tempatan tergadai / terjual
C23 dijual kepada golongan ceti

F24 Masalah perpaduan antara penduduk / kaum
H24 penjajah mengasingkan penduduk mengikut kaum / pekerjaan / dasar divide
       and rules
C24 orang Melayu di kawasan luar bandar / petani

F25 Diskriminasi dalam sistem pendidikan
H25 sekolah tempatan tidak mempunyai nilai ekonomi
C25 sukar mendapat pekerjaan

F26 Pembangunan ditumpukan di kawasan yang kaya dengan bahan
        mentah
H26 kawasan tanaman getah / lombong bijih timah
C26 kawasan pantai barat Tanah Melayu / Kuala Lumpur

F27 Menambah bilangan penduduk
H27 kesesakan dan masalah sosial
C27 kewujudan kawasan setinggan / taraaf kesihatan merosot
Mana-mana jawapan yang munasabah
        [ setiap F /H /C maksimum 3 markah ]          

 6    
F1 Memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat
H1 rakyat berpelajaran sedar akan ancaman kuasa luar
C1 melaksanakan pendidikan sepanjang hayat

F2 Membangunkan sains dan teknologi
H2 kemajuan teknologi membolehkan negara setanding dengan kuasa Barat
C3 hantar angkasawan ke angkasa lepas

F3 Memajukan teknologi ICT
H3 membolehkan pengetahuan di hujung jari dalam kalangan rakyat
C3 menubuhkan Koridor Raya Multi Media / MSC

F4 Mempunyai pentadbiran yang sistematik
H4 boleh membangunkan negara dengan lebih berkesan
C4 sistem Jemaah Menteri

F5 Memupuk perpaduan antara kaum
H5 dapat mengelakkan perselisihan faham
C5 peristiwa 13 Mei 1969 / konsep 1Malaysia

F6 Mempunyai pemimpin yang berwibawa
H6 dapat membawa rakyat dan negara ke arah kecemerlangan
C6 Tunku Abdul Rahman / Tun Mahathir

F7 Memiliki ekonomi yang mapan
H7 dapat mengelakkan kebergantungan kepada pelabur asing
C7 syarikat Petronas yang kukuh

F8 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan
H8 dapat menyumbang kemajuan negara
C8 melahirkan pekerja berpengetahuan

F9 Mempunyai tentera yang berani
H9 dapat melawan sebarang ancaman luar
C9 pencerobohan Indonesia / Lahad Datu

F10 Mempunyai teknologi persenjataan yang canggih
H10 dapat menakutkan pihak lain
C10 kapal selam Scorpene

F11 Menjalin persahabatan dengan negara lain
H11 dapat berkawan dengan semua negara negara tanpa mengira ideologi
C11 ASEAN / EU

F12 Menanam semangat patriotisme
H12 dapat melahirkan rakyat yang sayang akan negara/ mempunyai jati diri
C program PLKN/ nyanyi lagu patriotik

F13 Berwawasan / berpandangan jauh
H13 menetapkan matlamat untuk menjadi negara maju
C13 Wawasan 2020

F14 Mempunyai pertahanan negara yang kukuh / menguatkan ketenteraan
H14 dapat menentang musuh / ancaman daripada luar
C14 jet pejuang moden MIG-N/ F16/ kapal selam Scorpene

F15 Menguasai pelbagai kemahiran
H15 dapat menyaingi negara maju
C15 kepakaran dalam bioteknologi

F16 Mewujudkan keadilan sosial/ Mematuhi undang-undang
H16 tidak membezakan rakyat
C16 undang-undang yang adil

F17 Mengurangkan masalah gejala sosial
H17 dapat membina akhlak dan moral rakyat yang teguh
C17 membendung kes pembuangan bayi/ rempit

F18 Menguasai banyak bahasa
H18 dapat bersaing di peringkat antarabangsa
C18 bahasa Inggeris/ Perancis/ Arab/ Mandarin

F19 Mengekalkan keamanan / kestabilan negara
H19 dapat menjamin kedaulatan rakyat dan negara
C19 memperkasakan pasukan polis dan tentera

   Mana-mana jawapan yang munasabah
        [ setiap F /H /C maksimum 3 markah ]          


7
F1 Kita mestilah membentuk perpaduan antara kaum
H1 dapat mengelakkan perselisihan faham / ancaman musuh
C1 Inggeris dapat campur tangan di Perak kerana masalah perpaduan

F2 Kita mestilah berani menghadapi pihak musuh
H2 dapat menangkis ancaman musuh
C2 Jepun dapat menguasai negara kita kerana mempunyai tentera yang berani

F3 Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi
H3 ilmu dapat mengatur kehidupan dengan lebih sempurna
C3 mendapat pendidikan Barat dan agama agar seimbang

F4 Kita tidak boleh berputus asa menghadapi ancaman musuh
H4 sifat gigih berusaha penting dalam menghadapi ancaman musuh
C4 Soekarno tidak pernah berputus asa walaupun dikenakan pelbagai rintangan
      oleh Belanda

F5 Kita mestilah patuh dan taat kepada pemimpin
H5 dapat memudahkan penyusunan strategi melawan musuh
C5 Aguinaldo tidak berputus asa menghalau penjajah Sepanyol

F6 Kita mestilah mempunyai pemimpin yang berilmu pengetahuan
H6 pemimpin berilmu boleh membawa kita ke era kegemilangan
C6 Tunku Abdul Rahman

F7 Kita hendaklah mempunyai teknologi yang hebat
H7 membolehkan melawan pihak musuh dengan lebih berkesan
C7 senapang / meriam

F8 Kita hendaklah terlibat dalam ekonomi moden
H8 dapat meningkatkan taraf hidup penduduk peribumi
C8 menanam tanaman eksport seperti getah

F9 Kita hendaklah menggunakan kemudahan pengangkutan moden
H9 dapat memudahkan pengankutan barang
C9 jalan raya / kereta api

F10 Kita hendaklah menggunakan kemudahan perhubungan moden
H9 dapat berhubung dengan lebih cepat
C9 telegraf

F11 Kita perlu mempunyai semangat cinta akan negara
H11 dapat menangkis anasir luar
C11 lawan penjajah / penceroboh Lahad Datu

F12 Kita perlu gigih/ tabah dalam perjuangan
H12 semangat sebegini dapat menjayakan perjuangan
C12 melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh

F13 Kita mesti setia kepada negara
H13 Tidak belot kepada negara/sokong pihak musuh
C13 perjuangan Dol Said

F14 Kita mesti mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik
H14 dapat mengukuhkan negara dengan lebih berkesan
C14 sistem pemerintahan secara kementerian/ jabatan

F15 Kita perlu berani menegakkan hak / pertahankan negara
H15 prinsip berani kerana benar
C15 Tok Janggut melawan Inggeris
    Mana-mana jawapan yang munasabah
        [ setiap F /H /C maksimum 3 markah ]          


8          Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang