Sabtu, 21 Julai 2012

usaha memupuk perpaduan


(a)    Apakah usaha-usaha yang telah dibuat demi mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
(b)   Nyatakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 
(c)    Bagaimanakah sukan boleh menjadi alat untuk menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum?
(d)   Sebagai pelajar sekolah, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.
(e)    Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat dalam negara kita tidak bersatu padu?
 (a)
F1 Dimaktubkan dalam perlembagaan negara  iaitu Perkara 152
F2 Penubuhan dewan bahasa dan Pustaka
F3 Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan bahasa
F4 Penggunaan slogan Bahasa Jiwa Bangsa
F5 Penubuhan sekolah Melayu yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah / Sekolah Sri Puteri / Sekolah Sultan Abdul Halim
F6 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
F7 Mulai 1970 bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
F8 Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977
F9 Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
F10 Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

(b)
F1 Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
F2 Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F3 Islam sebagai unsur yang terpenting

(c)
F1 Sukan disertai tanpa mengira ideologi
F2 Tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
F3 Membuka peluang kepada sesiapa yang berminat
F4 Merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan di peringkat sekolah
F5 Boleh menimbulkan semangat patriotik
F6 Boleh membangkitkan rasa kekitaan dan semangat berpasukan
      Mana-mana jawapan yang munasabah

(d)
F1 Perkhemahan unit beruniform
F2 Aktiviti kelab dan persatuan
F3 Penyertaan dalam sukan
F4 Kem motivasi
F5 Bulan Kemerdekaan dan Ceria Merdeka
F6 Gotong-royong peringkat sekolah
F7 Rombongan melawat sekolah lain dan sebagainya
      Mana-mana jawapan yang munasabah


(e)
F1 Keamanan / kestabilan tidak berlaku
F2 Berlaku pertumpahan darah
F3 Kemajuan dalam negara akan hancur
F4 Infrastruktur dalam negara musnah
F7 Pelabur asing tidak mahu melabur modal di negara kita
F8 Pengangguran berlaku
F9 Kadar inflasi yang tinggi
F10 Kemusnahan harta benda
F11 Kehilangan nyawa
F12 Masyarakat hidup dalam prasangka
F13 Imej negara jatuh pada kaca mata masyarakat antarabangsa
        Mana-mana jawapan yang munasabah   

birokrasi barat iii


(a)    Nyatakan ciri-ciri umum birokrasi Barat di Asia Tenggara.
(b)   Jelaskan kesan yang berlaku ke atas pentadbiran tradisional di keempat-empat kawasan di atas akibat daripada pengenalan sistem birokrasi Barat.
(c)    Apakah sebab penjajah memperkenalkan sistem birokrasi Barat?
(d)   Apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh pemimpin tempatan bagi menghadapi kedatangan kuasa Barat?
(e)    Pada hari ini negara kita menghadapi ancaman gelombang globalisasi.
Pada pendapat anda, apakah persediaan yang patut kita ambil bagi menghadapi cabaran tersebut?
(a)
F1 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
F4 Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang Barat

(b)
F1 Kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional
F2 Pengaruh golongan datu merosot
F3 Dinasti Konbaung berakhir
F4 Institusi raja tersingkir
F5 Jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus
F6 Sistem pemerintahan tradisional lenyap
F7 Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha diambil alih
F8 Peranan raja terjejas
F9 Peranan pembesar terhapus

(c)
F1 Untuk menguasai tanah jajahan
F2 Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F3 Untuk mendapatkan bahan mentah
F4 Untuk dijadikan kawasan pasaran
F5 Untuk mewujudkan keamanan
F6 Untuk mewujudkan pentadbiran yang sistematik
F7 Untuk menyebarkan agama Kristian
F8 Untuk menepati polisi beban orang putih
      Mana-mana jawapan yang munasabah
(d)
F1 Menyusun pentadbiran negara dengan sistematik
F2 Mempunyai perlembagaan negara
F3 Pasukan ketenteraan yang cekap
F4 Mempunyai ekonomi negara yang mantap
F5 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan
F6 Pemimpin tahu berbahasa asing
F7 Menyambut orang asing dengan baik
F8 Membuat perjanjian yang adil
F9 Mempunyai perasaan curiga terhadap kuasa asing
F10 Menentang penjajah Barat


(e)
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami kemahiran ICT
F3 Mempunyai pengetahuan sains dan teknologi
F4 Menguasai pelbagai bahasa
F5 Mempunyai inovasi
F6 Bersifat kreatif dan kritis
F7 Berfikiran terbuka
F8 Sedia menerima perubahan
F9 Mengamalkan perpaduan kaum
F10 Menolak nilai-nilai yang negatif
F12 Bersemangat Malaysia Boleh
       Mana-mana jawapan yang munasabah     
    

Khamis, 19 Julai 2012

undang-undang tanah


(a)          Senaraikan jenis-jenis undang-undang tanah yang telah diperkenalkan 
         oleh penjajah tersebut.          
(b)         Jelaskan undang-undang tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.
 (c)    Mengapakah British memperkenalkan peraturan tanah yang baru? 
(d)    Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tanah yang baru ke   
         atas masyarakat peribumi?
(e)        Andaikan anda menjadi pemimpin masyarakat peribumi ketika itu, apakah tindakan yang akan anda ambil bagi mengelakkan tanah masyarakat peribumi terlepas ke tangan orang asing.

 (a)
F1 Peraturan Tanah Perak 1879
F2 Kanun Tanah Selangor 1891
F3 Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
F4 Enakmen Tanah Persekutuan 1897
F5 Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
F6 Land Order 1931
F7 Land Settlement Order 1933
F8 Land Order 1941
F9 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi 1889

(b)
F1 Hal berkaitan tanah mesti mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu terlebih dahulu
F2 Kadar cukai dibayar kepada pembesar Melayu
F3 Untuk mengusahakan sesuatu bidang tanah mesti mendapat kebenaran pembesar
F4 Tanah merupakan sumber ekonomi
F5 Tanah mencerminkan kedudukan sosial  pembesar Melayu
F6 Tanah merupakan tonggak kuasa politik pembesar Melayu
F7 Menurut undang-undang adat, tanah menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah itu
F8 Tanah boleh diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang lain
F9 Sistem pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna

(c)
F1 Meneruskan penguasaan British terhadap ekonomi
F2 Melindungi orang Melayu
F3 Mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi pemodal asing
F4 Membolehkan tanah mempunyai catatan / rekod pemilikan
F5 Membolehkan tanah dijadikan cagaran untuk mendapatkan  modal
F6 Memberikan kuasa kepada residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal
F7 Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
F8 Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
F9 Melarang orang Melayu menanam tanaman dagangan
F10 Mengekalkan tanaman padi ditanam

(d)
F1 Tanah orang Melayu dilindungi
F2 Orang luar tidak boleh membeli / memajak tanah penduduk peribumi
F3 Kelangsungan hidup masyarakat peribumi secara tradisional dapat dikekalkan
F4 Bekalan makanan padi dapat diteruskan
F5 Sistem sosial masyarakat Melayu dapat dipertahankan
F6 Terpaksa membayar cukai kepada British
F7 Bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
F8 Menggadaikan tanah untuk melangsaikan hutang
F9 Tanah yang diperuntukkan tidak subur
F10 Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
F11 Hanya boleh menanam padi
F12 Tanah orang Melayu kurang nilai ekonomi
F13 Dibelenggu hutang
F14 Terlibat dengan ekonomi wang
F15 Tanah tergadai / terjual
        Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
F1 Memberi pendidikan kepada masyarakat Melayu
F2 Menggalakkan orang Melayu mengusahakan tanah mereka sendiri
F3 Bekerjasama dengan penjajah British memajukan tanah orang Melayu
F4 Memberi penerangan kepada orang Melayu faedah memiliki tanah
F5 Tidak membenarkan orang Melayu menjual tanah
F6 Tidak membenar orang Melayu memajakkan tanah mereka
F7 Mewujudkan undang-undang tanah yang menjaga kedudukan tanah orang Melayu
F8 Melawan pihak asing yang cuba mengambil tanah orang Melayu
F9 Tanah tidak boleh dijadikan cagaran
     Mana-mana jawapan yang munasabah
     
    

kerajaan maritim


Apakah ciri-ciri kerajaan maritim?  
(b)      Nyatakan faktor geografi yang membantu perkembangan kerajaan
         tersebut.
(c)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tindakan yang telah
        dilakukan oleh pemerintah di Kedah Tua untuk menjadi kerajaan maritim
        yang penting di Asia Tenggara?
(d)   Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entreport yang terkenal.                         
(e)    Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab, cadangkan usaha yang boleh negara kita lakukan untuk muncul sebagai kuasa maritim yang ulung di Asia Tenggara masa kini.

 (a)
F1 Lokasi di lembah sungai / kawasan pesisiran pantai / kepulauan
F2 Mempunyai pelabuhan pembekal
F3 Berkembang sebagai pelabuhan kerajaan
F4 Terkenal sebagai pelabuhan entreport
F5 Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar
F6 Menggunakan lebih daripada satu bahasa
F7 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan / lingua franca
F8 Masyarakat mempunyai semangat ingin meneroka dan berdagang dengan  masyarakat luar
F9 Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
F10 Mempunyai kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit
F11 Ekonomi berasaskan perdagangan
F12 Mempunyai kedudukan geografi yang strategik

(b)
F1 Terletak di Selat Melaka yang strategik
F2 Berada dalam laluan perdagangan antara China dengan India
F3 Berdekatan dengan kawasan pengeluar bijih timah seperti Kuala Selinsing
F4 Berdekatan dengan kawasan pengeluaran hasil hutan
F5 Mempunyai sungai yang luas Sungai Mas / Sungai Bujang untuk memudahkan kapal berlabuh
F6 Mempunyai Gunung Jerai yang jadi panduan kepada pedagang yang masuk dan keluar
F7 Terlindung daripada tiupan angin monson

(c)
F1 Menjadikan pelabuhan Kedah Tua pelabuhan entreport
F2 Mengarahkan nyalaan api dilakukan di kemuncak Gunung Jerai
F3 Membina kemudahan gudang penyimpanan barangan
F4 Membekalkan kemudahan air dan makanan kepada pedagang
F5 Menyediakan kemudahan di pelabuhan
F5 Mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan
F6 Mewujudkan keamanan
F7 Mewujudkan sistem ukur, sukatan dan timbangan yang piawai
     Mana-mana jawapan yang munasabah

(d)
F1 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang
F2 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Song
F3 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Yuan
F4 Jumpaan pelita tembaga daripada Timur Tengah
F5 Jumpaan tembikar daripada Timur Tengah
F6 Jumpaan pelbagai manik  yang merupakan barang dagangan daripada India , Sri Lanka dan Burma

(e)
F1 Menubuhkan institusi pelayaran
F2 Membeli kapal-kapal yang moden
F3 Prasarana pelabuhan dimodenkan
F4 Teknologi ICT digunakan dengan meluas dalam bidang perkapalan
F5 Menjalin kerjasama dengan syarikat gergasi dalam bidang kelautan
F6 Melahirkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan
F7 Cukai pelabuhan diminimumkan
F8 Pelbagai insentif diberi kepada syarikat perkapalan untuk berlabuh di pelabuhan negara kita
F9 Mewujudkan keamanan dalam negara
F10 Karenah birokrasi dikurangkan
       Mana-mana jawapan yang munasabah

     
    

Ahad, 20 Mei 2012

tamadun awal manusia

(a) Apakah ciri tamadun i. X ii. Y (b) Nyatakan contoh sistem tulisan yang berjaya dihasilkan oleh manusia tamadun awal. (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan tulisan kepada masyarakat manusia? (d) Senaraikan dua lokasi tamadun awal manusia. (e) Pada pendapat anda, mengapakah manusia tamadun awal membina petempatan mereka di lembah sungai? (a) F1 Bahasa F2 Kehidupan berorganisasi F3 Sistem pemerintahan F4 Pengkhususan pekerjaan F5 Agama dan kepercayaan (b) F1 Hieroglif F2 Cuneiform F3 Ideogram F4 Piktograf (c) F1 Menyebarkan ilmu F2 Alat perhubungan F3 Urusan pentadbiran F4 Mencatatkan rekod aktiviti pertanian F5 Mencatatkan rekod pengutipan cukai F6 Tujuan keagamaan / amalan ritual kepercayaan F7 Mencatatkan rekod perubatan F8 Mencatatkan idea / memperkembangkan idea Mana-mana jawapan yang munasabah (d) F1 Sungai Tigris F2 Sungai Euphrates F3 Sungai Nil F4 Sungai Indus F5 Sungai Hwang Ho (e) F1 Mudah menjalankan kehidupan harian F2 Kesuburan tanah F3 Mudah menjalankan pertanian F4 Kemudahan pengairan F5 Kemudahan air bagi keperluan domestik F6 Mendapat bekalan protein F7 Kemudahan pengangkutan F8 Tanah yang rata dan datar F9 Tujuan keselamatan Mana-mana jawapan yang munasabah

Ahad, 15 April 2012

tajuk penting spm 2012

SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA
TOPIK PENTING SPM 2012

Bil Tajuk
1 Undang-undang tanah di Tanah Melayu / Sabah / Sarawak
2 Zaman Gelap / Kemuncak Zaman Pertengahan
3 Adat Temenggung / Adat Perpatih
4 Kerajaan Bani Abasiyah
5 Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
6 Pembukaan semula Kota Makkah
7 Hijrah
8 Piagam Madinah
9 Revolusi Pertanian
10 Tamadun Hwang Ho
11 Undang-undang dalam tamadun awal
12 Nasionalisme di Indonesia
13 Nasionalisme di Filipina
14 Gerakan nasinalisme di Sarawak
15 Gerakan Islah
16 Perjuangan melalui akhbar dan majalah
17 Faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu
18 Perjanjian Tanah Melayu 1957
19 Pembentukan Malaysia 1963
20 Wawasan 2020
21 Pilihan raya
22 Perang Dingin
23 Faktor penggubalan dasar luar di Malaysia
24 Cabaran masa depan

Isnin, 20 Februari 2012

tamadun mesopotamia

(a) Terangkan ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
(b) Nyatakan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia. Malaysia.
(c) Seperti tamadun Mesopotamia, negara Malaysia telah mencapai banyak kemajuan sejak merdeka pada tahun 1957.
Berikan cadangan bagaimanakah generasi muda hari ini boleh meneruskan
kemajuan yang telah dicapai itu.

(a)
F1 Kedudukan / tanah antara dua buah sungai
H1a terletak antara Sungai Tigris dan Sungai Euprates
H1b dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut
H1c dataran tinggi Arab di bahagian barat daya
H1d Teluk Parsi di bahagian selatan

F2 Wujud banyak kerajaan
H2a kerajaan Sumeria
H2b kerajaan Akkad
H2c kerajaan Ur
H2d kerajaan Babylon Lama / Awal
H2e kerajaan Kassites
H2f kerajaan Assyria
H2g kerajaan Chaldea

F3 Wujud negara kota
H3a seperti Kish / Nippur / Lagash / Uruk / Ur / Eridu / Assur / Mari
H3b setiap negara kota mempunyai kawasan utama yang terdiri daripada pusat kota / tembok kota / luar kota dan pelabuhan
H3c setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan
H3d dalam kota terdapat istana / rumah kediaman / rumah ibadat / rumah kedai / pasar
H3e jalan raya berkeadaan lebar dan lurus
H3f rumah ibadat menjadi pusat sesebuah negara kota
H3g kewujudan sungai untuk tujuan pengangkutan dengan kapal
H3h melalui jalan laut negara kota dihubungi oleh wilayah sekitarnya

F4 Organisasi sosial
H4a masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan rakyat
H4b golongan pemerintah terdiri daripada raja / ketua pendeta / ketua tentera / bangsawan
H4c rakyat terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas dan hamba
H4d rakyat bebas terdiri daripada petani / artisan / pedagang
H4e hamba terdiri daripada tawanan perang

F5 Sistem pemerintahan bersifat teokrasi
H5a mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H5b raja dianggap sebagai tuhan / wakil tuhan dan pemilik negara kota
H5c masyarakat tidak menyembah raja sebagai tuhan
H5d kecuali semasa pemerintahan raja Naramsin / menggelar dirinya “Raja Empat Penjuru Alam”
H5e raja sebagai ketua pentadbir / ketua pendeta / ketua tentera /ketua agama

F6 Pengkhususan pekerjaan
H6a berlaku apabila wujud lebihan hasil pertanian
H6b terdapat golongan petani / peniaga / pedagang / artisan / pengusaha tekstil/ tembikar / alat keperluan rumah / tukang rumah / tentera


F7 Sistem tulisan
H7a tulisan bermula dalambentuk tulisan bergambar
H7b kemudian bertukar dalam bentuk simbol
H7c ditulis di atas tanah liat
H7d dikenali sebagai pepaku / cuneiform

(b)
F1 Memperkenalkan Kod Undang-undang Hammurabi
F2 Melahirkan sistem tulisan cuneiform / pepaku
F3 Melahirkan ramai jurutulis
F4 Menggunakan resit / nota / surat kredit dalam urusan perdagangan
F5 Menghasilkan epik Gilgamesh
F6 Menyunbang kepada kemajuan ilmu astronomi
F7 Perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan / menambah / menolak / mendarab / membahagi / punca ganda dua /
F8 Perkembangan ilmu geometri
F9 Membolehkan mereka menggunakan jalan laut
F10 Mencipta kalendar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
F11 Perkembangan ilmu perubatan khasnya semasa pemerintahan kerajaan Assyria
F12 Pengkatalogan dan pensampelan 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba
F13 Penciptaan roda
F14 Penggunaan pengangkutan beroda
F15 Penciptaan kapal layar
F16 Perkenalkan cara membina batu bata daripada tanah liat
F17 Penciptaan arca dan tiang batu / patung Raja Gudea

(c)
F1 Rajin menimba ilmu pengetahuan
F2 Menguasai ilmu sains dan teknologi
F3 Mempunyai kemahiran ICT
F4 Bersifat kreatif dan inovatif
F5 Mempunyai semangat inkuiri
F6 Sedia menerima perubahan
F7 Tidak memilih pekerjaan
F8 Pembelajaran sepanjang hayat
F9 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F10 Memastikan kewujudan kerajaan yang stabil
Mana-mana jawapan yang munasabah