Selasa, 13 September 2011

komanwel/ oic/ nam

Nyatakan ciri-ciri negara Komanwel dan faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai pertubuhan tersebut.
[7 markah ]
(b) Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai pertubuhan tersebut.
[ 7 markah ]
(c) Nyatakan ciri-ciri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan peranan negara kita dalam pertubuhan tersebut.
[ 6 markah ]



Ciri-ciri negara Komanwel
F1 Dibentuk pada tahun 1931
F2 Terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
merdeka
F3 Keahlian sebanyak 54 buah negara anggota
F4 Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965
F5 Ibu pejabat Sekretariat bertempat di London
F6 Bermatlamat untuk membina semangat setia kawan dalam
kalangan negara anggota
F7 Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama dalam semua
bidang

Peranan Malaysia dalam Komanwel
F8 Menjalin kerjasama pertahanan dengan beberapa negara
Komanwel
F9 Menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel /
CHOGM
F10 Menjadi tuan rumah Chogm di Kuala Lumpur pada
tahun1989
F11 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
F12 Menentang dasar apartheid yang diamalkan oleh Afrika
Selatan
F13 Mengeksport barangan ke Britain / negara-negara
Komanwel dengan dikenakan kadar cukai yang rendah
F14 Menerima bantuan daripada Rancangan Colombo
F15 Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun1998

F1 Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
F2 Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan perang Iran – Iraq
F3 Malaysia memberikan sokongan kepada rakyat Palestine dalam
mendapatkan tanah air mereka daripada Israel
F4 Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
F5 Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara
Islam pada tahun 2002
F6 Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia / UIAM
F7 Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam
F8 Malaysia mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam
F9 Mendapat bantuan untuk menubuhkan UIAM
F10 Mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain kerana serius
dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

Ciri-ciri Negara-Negara Berkecuali
F1 Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang
Dingin
F2 Dibentuk oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Selatan
F3 Terdiri daripada 113 buah negara / 16 buah negara sebagai
pemerhati / 28 negara tetamu jemputan
F4 Matlamat untuk mengekalkan keamanan dunia
F5 Matlamat tidak menyokong mana-mana blok / Blok Barat /
blok komunis
F6 Prinsip NAM mengelakkan campur tangan asing dalam hal
ehwal sesebuah negara
F7 Prinsip NAM menghormati kedaulatan sesebuah negara
F8 Prinsip NAM menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara
negara melalui perundingan / persefahaman
F9 Prinsip NAM menghormati hak asasi manusia


Peranan Malaysia dalam NAM
F10 Membela kepentingan negara-negara sedang membangun
F11 Memperjuangkan isu Palestine
F12 Menjalin kerjasama sesama negara seedang membangun
F13 Mengutarakan isu benuaAntartika sebagai milik manusia
sejagat
F14 Mencadangkan penghapusan dasar apartheid di Afrika
Selatan
F15 Menerima lantikan sebagai Naib Presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade
F16 Menyertai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu
kerjasama politik negara anggota
F17 Menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM
yang ke-13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan