Selasa, 17 September 2013

Konsep Tamadun, Sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Tamdun Rom



(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan konsep tamadun? 
(b)     Terangkan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban             manusia.
(c)     Terangkan sumbangan tamadun Rom kepada peradaban manusia.    

 (a)
F1 Tamadun berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab
F2 Berasal daripada perkataan mudun
F3 Berasal daripada perkataan madain
F4 Berkaitan perkataan madana
F5 Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F6 Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilization
F7 Berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F8 Civitas bermaksud bandar
F9 Tamadun juga bermakna  peradaban
F10 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun  dengan pembangunan lahiriah seperti  
hal-hal kebudayaan / penulisan / undang-undang / kesenian / pembandaran
F11 Sarjana Barat Gordon childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan sesuatu tamadun
F12 Sarjana Barat Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah dan
hanya menekankan kepentingan lahiriah dalam proses pembangunan tamadun
F13 Tamadun Islam melihat tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah.
F14 Sarjana Syed Naquib al-Attas menyatakan tamadun adalah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
F15 Pandangan ini disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan


(b)
F1 Menghasilkan Kod Undang-undang Hammurabi
H1a digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon
H1b undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
H1b hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan
H1c tetapi hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
H1d mengandungi sebanyak 282 undang-undang
H1e dipahat pada tembok dan tiang besar agar mudah dibaca oleh rakyat
H1f menjadi dasar perundangan di Mesopotamia

F2 Mewujudkan sistem tulisan cuneiform
H2a membawa kepada kewujudan istem pendidikan
H2b mampu melahirkan jurutulis
H2c membolehkan segala urusan pentadbiran/ perniagaan direkodkan

F3 Menghasilkan epik Gilgamesh
H3a merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia
H3b menerangkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

F4 Memajukan ilmu astronomi
H4a membolehkan pencerapan terhadap pergerakan bulan/ bintang/ matahari
H4b membolehkan mereka menggunakan jalan laut
H4c mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang meengandungi 12 bulan dalam satu tahun

F5 Menyumbang kemajuan ilmu matematik
H5a sistem mengira perpuluhan/ menambah/ menolak/ mendarab/ membahagi/ punca ganda dua/ geometri

F6 Memajukan ilmu perubatan
H6a kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota tenteranya
H6b sebanyak 500 jenis ubat-ubatan dan herba / ramuan perubatan telah dikatalogkan/ disampelkan penggunaannya
H6c cara mengubat penyakit dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan

F7 Mencipta roda
H7a menghasilkan kereta kuda untuk kegunaan dalam peperangan/ guna pada masa aman
H7b mencipta kincir air untuk mengairi kawasan tandus dan mengawal banjir

F8 Menghasilkan layar
H8a dapat membina kapal layar
H8b dapat berhubung menerusi jalan laut hingga ke kawasan Laut Mediterranean dan wilayah India

F9 Menghasilkan batu bata
H9a diperbuat daripada tanah liat  yang dikeringkan kepada panas matahari

F10 Mencipta arca dan tiang batu
H10a contoh arca patung Raja Gudea
H10b boleh dilihat dalam seni bina zigurat

F11 Mewujudkan empayar pertama di dunia
H11a Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatuka wilayah-wilayah kerajaan Sumeria  


(c)
F1 Mewujudkan sistem republik
H1a tiada pemerintah berkuasa mutlak
H1b kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
H1c kewujudan dua orang konsul membolehkan tiada yang lebih berkuasa
H1d Konsul dibantu oleh Dewan Senat
H1e Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan
H1f bertujuan membincangkan hal-hal pentadbiran negara / merangka perundangan
H1g sebelum menjadi konsul seseorang itu terlebih dahulu akan menjadi praeotor/ pemerintah tentera
H1h di bawah Dewan Senat terdapat Dewan Perhimpunan
H1g Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua rakyat Rom
H1h bertujuan untuk meluluskan semua perundangan yang dibuat oleh Dewan Senat

F2 Mewujudkan sebuah empayar yang besar
H2a semasa di bawah pemerintahan Julius Caesar
H2b kawasan taklukan meliputi Macedonia/ Yunani/ Syam/ Mesir/ Perancis/ Brittania/ beberapa kawasan di Jerman/ Sepanyol/ kawasan Sungai Rhine/ Danube/ Laut Hitam/ Pergunungan Atlas/ Afrika Utara/ Turki/ Palestin
H2c membentuk sistem pemerintahan berpusat

F3 Memperkenalkan Hukum Kanun 12
H3a dipahat pada kayu dikenali sebagai Papan Dua Belas
H3b diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
H3c Maharaja Justinian membukukan undang-undang di Rom dikenali sebagai Kod Undang-Undang Rom/ Undang-Undang Justinian

F4 Menekankan pendidikan aplikasi ilmu yang praktikal
H4a melahirkan semangat setia kepada negara kota Rom

F5 Melahirkan cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu
H5a pakar matematik Boethius
H5b penyajak dan penulis iaitu Cicero dan Virgil

F6 Menghasilkan seni bina yang mengkagumkan
H6a aqueduct iaitu bekalan air di Rom
H6b colloseum iaitutempat pahlawan Rom bertarung/ juga sebagai teater


Tiada ulasan:

Catat Ulasan