Isnin, 20 Februari 2012

birokrasi barat ii

Jelaskan ciri-ciri birokrasi Barat di Asia Tenggara.
b. Apakah kesan yang terjadi ke atas sistem pemerintahan tradisional di Asia
Tenggara akibat daripada pengenalan birokrasi Barat?
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh
daripada pengenalan birokrasi Barat ke atas masyarakat peribumi di Asia
Tenggara?
(a)
F1 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
F4 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang barat
F6 Di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F7 Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
F8 Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
F9 Encomienda diketuai oleh encomiendero
F10 Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai / mengkristiankan penduduk barangay
F11 Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
F12 Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian
F13 Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
F14 Penubuhan Volksraad
F15 Di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F16 Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
F17 Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F19 Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai bandaran
F20 Majlis Perundangan telah diperkenalkan
F21 Jabatan Perhutanan / Jabatan kesihatan / Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan
F22 Di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
F23 Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
F24 Di Tanah Melayu, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
F25 Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
F26 Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
F27 Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu
F28 Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
F29 DI NNMB sistem Residen diperkenalkan
F30 Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor gabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
F31 British memperkenalkan Sistem Penasihat
F32 Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
F33 Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu


(b)
F1 Di Filipina menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional apabila barangay disatukan
F2 Pengaruh golongan datu merosot
F3 Di Indonesia kerajaan Bantam dan Mataram merosot
F4 Di Burma Dinasti Konbaung berakhir
F5 Institusi raja tersingkir
F6 Jawatan pembesar pada peringkat pusat terhapus
F7 Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampumgan Burma 1889 melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional
F8 Pengaruh golongan agama merosot
F9 Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat
F10 Di IndoChina kerajaan tempatan perlu membayar cukai
F11 Kerajaan tempatan perlu menyediakan kerahan tenaga
F12 Di Melaka, telah meruntuhkan institusi beraja semasa zaman Portugis
F13 Semasa zaman Belanda institusi beraja di Melaka terus terhapus
F14 Sultan perlu menerima nasihat daripada Residen dan penasihat British
F15 Nasihat tidak perlu diminta dalam soal agama dan adat istiadat Melayu
F16 Peranan raja terhakis
F17 Peranan pembesar Melayu merosot


(c)
F1 Berani dapat menghadapi birokrasi Barat
F2 Berilmu pengrtahuan dapat menangani tipu helah penjajah
F3 Bijaksana dapat menjaga kepentingan peribumi walaupun diasak penjajah
F4 Bekerjasama dapat mengurangkan karenah birokrasi yang dibawa penjajah
F5 Bersabar dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat tempatan
F6 Berhati-hati dapat menyusun gerakan menangani kekejaman penjajah
F7 Bersatu-padu dapat mengekang ketidakadilan penjajah
F8 Mencintai teknologi dapat memajukan diri bagi menghadapi penjajah
F9 Pentadbiran yang tersusun / sistematik
F10 Pentadbir yang adil
F11 Rakyat dilindungi
F12 Pertahanan negara perlu mantap
F13 Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
F14 Kepentingan ilmu pengetahuan
F15 Kemajuan sains dan teknologi
F16 Perlu ada perasaan cinta akan tanah air
F17 Pembangunan ekonomi mesti mapan
F18 Cukai yang tidak membebankan rakyat
F19 Kerajaan berjiwa rakyat
Mana-mana jawapan yang munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan