Isnin, 20 Februari 2012

Tamadun Hwang Ho ii

1. a. Berikan nama dua buah dinasti yang pernah memerintah dalam tamadun
tersebut.
b. Senaraikan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia.
c. Apakah kemajuan yang telah dicapai oleh tamadun tersebut dalam bidang
pertanian?
d. Mengapakah pertanian penting kepada kemajuan sesebuah tamadun
manusia?
e. Pada pendapat anda, apakah usaha yang telah dijalankan bagi memajukan
bidang pertanian di Malaysia?

(a)
F1 Dinasti Hsia
F2 Dinasti Shang
F3 Dinasti Chou
F4 Dinasti Chin
F5 Dinasti Han


(b)
F1 Sistem pemerintahan beraja
F2 Penggunaan tulang oracle untuk meramal
F3 Kewujudan tulisan ideogram
F4 Pembinaan sistem pengairan / terusan
F5 Kemajuan dalam teknologi pembajakan
F6 Penciptaan cangkul
F7 Penciptaan sabit
F8 Penggunaan batas
F9 Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
F10 Pemujaan roh nenek moyang
F11 Konsep Yin dan Yang
F12 Peranan Feng Hsui
F13 Kalendar China yang mengandungi 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun
F14 Pengamalan falsafah perang Sun Tzu / penciptaan karya The Art of War



(c)
F1 Pembinaan sistem pengairan / terusan
F2 Kemajuan dalam teknologi pembajakan
F3 Penciptaan cangkul
F4 Penciptaan sabit
F5 Penggunaan batas
F6 Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
F7 Penggunaan tenggala untuk membuat batas
F8 Penciptaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu
F9 Sistem penanaman secara bergilir
F10 Kawasan bukit diteres untuk kegiatan pertanian
F11 Pembinaan terusan untuk mengawal banjir



(d)
F1 Menyediakan bekalan makanan
F2 Menjadi bahan untuk tujuan perdagangan
F3 Membolehkan tidak bergantung kepada bekalan daripada negara luar
F4 Menjadi sumber pekerjaan penduduk
F5 Menjadi lambang kemegahan sesebuah tamadun
F6 Membolehkan rakyat menjana pendapatan / hasil negara
F7 Membolehkan pengkhususan pekerjaan berlaku
F8 Membolehkan tanah dibangunkan secara optimum
F9 Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat
F10 Melahirkan masyarakat yang inovatif dan kreatif
Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
F1 Penubuhan Rancangan-rancangan Pembangunan Lima Tahun
F2 Dasar Ekonomi Baru
F3 Dasar Pembangunan Nasional
F4 Pembukaan tanah baru untuk pertanian
F5 Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa / RIDA
F6 Penubuhan FELDA
F7 Mempelbagaikan hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit
F8 Penubuhan Kementerian pembangunan Negara dan Luar Bandar
F9 Penubuhan FAMA
F10 Penubuhan FELCRA
F11 Penubuhan MARA
F12 Penubuhan MARDI
F13 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
F14 Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara
F15 Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
F16 Penubuhan RISDA
F17 Penubuhan KEJORA / KETENGAH / DARA / KESEDAR
F18 Penubuhan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
F19 Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
F20 Penubuhan pasar tani
F21 Pelaksanaan hari peladang
F22 Penubuhan Bank Pertanian
Mana-mana jawapan yang munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan