Sabtu, 5 Oktober 2013

1249/2 TOPIK PENTING SPM 2013



  Demam peperiksaan SPM muncul semula. Calon-calon yang telah membuat persiapan rapi , menyeluruh dan holistik sangat tidak sabar menantikan tarikh peperiksaan bermula. Bagaimanapun kepada calon yang kurang bersedia dan mengulang kaji  mata pelajaran tarikh peperiksaan yang bakal tiba sangat membimbangkan mereka. Pada kala inilah mereka merasakan terlalu banyak bahan dan item yang belum dikuasai. Sebagai jalan pendek, mulalah mereka mencari soalan-soalan ramalan bagi memenuhi hasrat menjawab soalan peperiksaan yang bakal menjelang.
       Untuk kertas Sejarah 2 yakni 1249/2, calon-calon tidak harus meramalkan soalan yang akan keluar. Hal ini, perlu diingat kerana antara matlamat pembelajaran Sejarah adalah untuk memupuk dan membina suatu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat esprit de corp yang kuat dalam kalangan etnik yang berbeza tetapi berkongsi latar belakang sejarah yang serupa. Semua peristiwa dan pengkisahan sejarah negara perlu ditatar dan diperhalusi setiap individu pelajar bagi mengangkasakan jati diri bangsa Malaysia yang bermaruah tinggi.
       Oleh hal yang demikian, setiap calon mestilah membaca semua bab daripada buku Sejarah Tingkatan Empat dan buku Sejarah Tingkatan Lima. Dengan perkataan lain calon yang akan mengambil peperiksaan SPM subjek Sejarah 1249/2 wajib menguasai sebanyak 19 bab. Sepuluh bab pelajaran tingkatan empat. Manakala sebanyak sembilan bab pelajaran tingkatan 5. Apabila dicampurkan kedua-duanya jumlahnya terlalu besar. Jadi, sekiranya calon-calon telah bersedia sejak awal tahun, hal ini tidaklah sesuatu yang sukar. Tetapi, bagi calon yang membuat persediaan dalam tempoh dua bulan terakhir menjelang tarikh peperiksaan hal ini sesuatu yang amat menyulitkan.
       Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan calon-calon yang membuat persediaan di saat-saat terakhir, saya ingin berkongsi beberapa maklumat dan tips untuk menjawab soalan Sejarah Kertas 2. Sayugia diingatkan, maklumat yang akan dikongsi adalah cadangan bahan yang perlu dibaca oleh calon dan bukannya soalan ramalan. Saya masih berpegang kepada prinsip setiap calon mestilah menguasai setiap nafas helaan Sejarah Malaysia.
        Analisis yang akan saya kongsikan adalah seperti berikut:
1.      Daripada pelajaran bab 1,2 dan 3 pelajaran tingkatan empat akan dikeluarkan satu soalan di peringkat SPM. Bab-bab ini sangatlah luas skop bidangnya. Dalam Bab 1 yang belum pernah disoal di peringkat SPM hanyalah tentang tamadun Hwang Ho. Manakala dalam bab 2, yang belum pernah disoal adalah dinasti Maurya dan dinasti Chin. Manakala soalan berkaitan agama tidak begitu sesuai untuk dibuat soalan struktur dan esei. Bab 3 aspek berkaiatan pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara sahaja yang belum pernah disoal dalam soalan SPM.
Analisis saya:
Setelah saya lihat soalan-soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, saya
dapati kebanyakannya menjangkakan soalan yang bakal ditanya adalah  tamadun Hwang Ho. Saya juga menjangkakan kemungkinan soalan yang bakal ditanya adalah soalan yang pernah disoal dalam soalan SPM yang lalu. Kemungkinan soalan yang inginkan calon mengetahui mengenai sesuatu aspek tetapi melibatkan semua tamadun.Oleh kerana, tahun lalu aspek yang disoal adalah aspek seni bina, maka saya berharap tahun ini aspek yang ditanya adalah aspek pendidikan.  Jadi, calon perlulah bersedia tentang:
i. tamadun Hwang Ho [soalan yang belum pernah ditanya]
ii. sumbangan tamadun Mesopotamia [soalan ulangan spm lalu]
iii. pendidikan dalam tamadun di China, Yunani, Rom, India [soalan aspek]
iv. kerajaan maritim dan contohnya Srivijaya atau Kedah Tua [soalan ulangan spm lalu]

2.  Dalam peperiksaan SPM sebenar dijangkakan pelajaran bab 3 dan bab 4 iaitu
Islam pada zaman Rasulullah sekurang-kurangnya akan ditanya satu soalan. Berdasarkan pengkajian saya terhadap soalan-soalan percubaan negeri tahun 2013, saya dapati kebanyakan negeri menyoal tajuk yang sama. Antara tajuk yang popular disoal ialah hijrah, piagam Madinah, perang dalam Islam, dan pembukaan semula kota Makkah. Kemungkinan soalan yang pernah ditanya akan diulang dalam soalan SPM kali ini. Jadi, saya berharap calon perlulah membaca dan meneliti dengan kejap tajuk:
i. Hijrah [ pernah disoal dalam SPM tahun 2005]
ii Piagam Madinah [soalan yang belum pernah ditanya dalam SPM]
iii Pembukaan semula kota Makkah [ belum pernah ditanya dalam soalan SPM]

3.   Seterusnya, dalam soalan SPM sebenar kewujudan kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah akan ditanya satu soalan. Bab yang berkaitan meliputi bab 6 hingga bab 8. Topik ini sangat luas dan banyak soalan-soalan yang boleh disoal dan belum pernah ditanya dalam soalan SPM sebenar. Kemungkinan soalan yang akan popular ialah cara pemilihan khalifah / khalifah Abu Bakar, khalifah Uthman al-Affan,  kerajaan bani Abbasiyah,pengaruh Islam dalam pentadbiran, pengaruh Islam dalam perdagangan di Melaka, mata wang dan percukaian di Melaka, Justeru, saya menjangkakan terdapat banyak topik yang patut dibaca oleh calon. Untuk kemudahan calon yang lewat membuat persediaan tajuk yang perlu diberi perhatian termasuklah:
i. Cara pemilihan khalifah dan khalifah Abu Bakar [ pernah disoal SPM 2007]
ii. Khalifah Uthman al-Affan
iii Pengaruh Islam dalam pentadbiran
iv. Mata wang, perdagangan dan percukaian di Melaka.

4.   Bab 9 pelajaran tingkatan 4 merupakan bab yang kerap ditanya dalam soalan SPM. Bagaimanapun saya menjangkakan dalam peperiksaan SPM tahun ini bab ini tidak dikeluarkan. Sebenarnya, hampir semua sub topik dalam bab ini pernah ditanya dalam soalan SPM yang sebenar. Antara topik popular yang wujud dalam hampir semua soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia adalah Zaman Gelap, kemuncak Zaman Gelap dan Reformation.

5.   Oleh kerana, saya menjangkakan bab 9 tidak akan ditanya dalam SPM kali ini, saya yakin satu soalan akan ditanya daripada bab 10. Apabila saya meneliti soalan-soalan percubaan negeri-negeri dalam Malaysia kekerapan beberapa topik disoal sangat jelas. Antara topik itu termasuklah ekonomi tradisional masyarakat tmpatan, perlombongan bijih timah di tanah Melayu, perkembangan mata wang di Tanah Melayu, undang-undang tanah , dasar British terhadap pekebun kecil,dan perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka. Secara keseluruhannya, saya yakin dalam SPM kali ini tajuk penting yang mesti diberi tumpuan adalah :
      i.  Perlombongan bijih timah [ pernah ditanya dalam SPM 2008]
     ii.  Perkembangan mata wang di Tanah Melayu [belum pernah ditanya dalam SPM]
  iii.  Undang-undang berkaitan tanah [ belum pernah ditanya dalam SPM]
   iv. Dasar British terhadap pekebun kecil [ belum pernah ditanya dalam SPM]

6.    Menerusi pengamatan saya, bab 1 tingkatan 5 merupakan bab yang selalunya disoal dalam bentuk soalan struktur. Bab ini sangatlah luas merangkumi semua negara di Asia Tenggara. Jika diperhalusi didapati banyak lagi sub topik bab 1 ini yang belum pernah ditanya dalam soalan SPM. Kebiasaannya soalan bercorak umum yakni keseluruhan Asia Tenggara sering ditanya. Manakala solan bercorak khusus yakni menerangkan secara terperinci keadaan sesebuah negar belum pernah ditanya. Oleh itu, saya sangat berharap agar soalan bercorak khusus ditanya dalam soalan SPM tahun 2013 ini. Antara topik yang banyak dikeluarkan dalam soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia adalah ciri umum birokrasi Barat, naionalime di Filipina, nasionalisme di Indonesia dan nasionalisme di Thailand. Secara kesimpulannya, adalah wajar sekiranya calon membuat ulang kaji untuk tajuk :
   i. Ciri umum birokrasi Barat di seluruh Asia Tenggara [tidak pernah ditanya dalam SPM]
  ii. Kesan birokrasi Barat ke atas pentadbiran tradisional di Asia Tenggara
 iii. Nasionalisme di Filipina dan Indonesia

7.  Bab 2 pelajaran tingkatan 5 merupakan bab yang disoal dalam setiap kali peperiksaan SPM. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, terdpat beberapa soalan yang boleh dikategorikan sangat popular. Antaranya Gerakan Islah, akhbar dan majalah, perjuangan bercorak kesatuan,dan KMM. Sebagai kesimpulannya, saya jangkakan akan wujud satu soalan daripada bab ini. Oleh itu, sewajarnya calon mengulang kaji tajuk :
  i.  Gerakan Islah
 ii.  Perjuangan menerusi akhbar dan majalah

8.   Pelajaran bab 3 hingga bab 5, tingkatan 5 berdasarkan pola soalan-soalan SPM yang lalu akan ditanya satu soalan sahaja. Oleh kerana dalam soalan SPM kali ini jumlah soalannya ditambah menjadi sebelas, kemungkinan jumlah soalan yang disoal menjadi dua dua tidak boleh ditolak. Bab-bab ini sangat penting kerana merupakan ”jantung” sejarah Malaysia. Tanpa mempelajari bab-bab ini bahagian terpenting dalam Sejarah Malaysia hilang dalam jati diri bangsa. Menerusi pengamatan saya ke atas soalan-soalan percubaan negeri di Malaysia saya dapati, topik yang sering ditanya adalah Sistem Jemaah Meenteri di Kelantan, Undang-undang tubuh kerajaan Terengganu,prinsip demokrasi di Negeri Sembilan, Sistem Ahli, Suruhanjaya Reid, dan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dengan itu calon-calon mestilah menguasai tajuk :
    i. Sistem Ahli [ pernah disoal dalam SPM  2006]
   ii. Suruhanjaya Reid [belum pernah disoal dalam SPM]]
  iii. Persekutuaan Tanah Melayu 1957 [belum pernah ditanya dalam SPM]

9.  Pelajaran bab 6, tingkatan 5 merupakan tajuk yang sangat penting dalam peperiksaan SPM tahun ini. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap semua soalan percubaan negeri didapati hampir semua negeri meramalkan bab ini akan disoal. Jaadi, calon SPM 2013 mestilah menguasai bab ini dengan bersungguh-sungguh. Bahagian soalan yang mesti diberi perhatian adalah
   i. Tokoh yang pernah mencadangkan penggabungan [belum pernah disoal dalam SPM]
  ii. Sebab pembentukan Malaysia [belum pernah disoal dalam SPM]
 iii. Langkah pembentukan Malaysia [belum pernah disoal dalam SPM]
  iv. Reaksi terhadap pembentukan Malaysia [pernah ditanya dalam SPM 2005]

10.  Bab 7, pelajaran tingkatan 5 merupakan bahagian yang sangat luas dan melibatkan fakta yang calon mesti jawab dengan tepat. Berdasarkan pemerhatian saaya terhadap soalan-soalan percubaan negeri, terdapat beberapa tajuk yang mesti diberi perhatian oleh calon. Antaranya badan pelaksana, badan kehakiman, dan pilihan raya di Malaysia. Jadi, saya membuat kesimpulan calon mestilah menguasai dengan terperinci :
   i. Pilihan raya di Malaysia.

11. Bab 8, pelajaran tingkatan 5 melibatkan ehwal ekonomi sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini, langkah-langkah ke arah pembentukan perpaduan kaum dan Wawasan 2020. Soalan-soalan percubaan negeri yang dikaaji menyimpulkan tajuk yang perlu diberi perhatian adalah Rancangan Malaysia Keempat (industri berat), dasar pendidikan kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Sukan Untuk Perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Oleh sebab bab ini terlalu luas dan melibatkan soal ekonomi negara bab ini sangat tidak digemari  pelajar. Justeru itu, saya sangat berharap bahagian ini tidak dikeluarkan dalam soalan SPM 2013. Bagaimanapun,  saya meminta calon-calon SPM 2013membaca dua topik berikut iaitu :
   i. Wawasan 2020
  ii. Akta Bahasa Kebangsaan

12.  Bab 9 pelajaran tingkatan 5 merupakan bab yang ditanya dalam setiap kali peperiksaan SPM. Apabila kita meneliti soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, jelas kelihatan aspek yang diberi perhatian adalah Perang Dingin, asas penggubalan dasar luar Malaysia, tiga tahap dasar luar Malaysia, hubungan serantau Malaysia dan Koridor Raya Multi Media. Sebenarnya, saya amat yakin hubungan serantau Malaysia akan dikeluarkan dalam SPM tahun ini, bagai manapun oleh kerana hal ini telah ditanya dalam Kertas 3, kekuatan kebarangkalian tajuk ini untuk dikeluarkan dalam SPM sebenar telah berkurangan. Intihanya, saya berharap calon menumpukan kepada tajuk-tajuk berikut :
  i.  Asas penggubalan dasar luar Malaysia [pernah disoal dalam SPM 2004]
 ii.  Tiga tahap dasar luar Malaysia [pernah disoal dalam SPM 2009
iii.  Hubungan serantau Malaysia [ ASEAN pernsh ditsnys dalam SPM]
 iv.  Koridor Raya Multi Media [ pernah ditanya dalam SPM 2010]

       Sebagai kesimpulannya, membaca keseluruhan tajuk adalah persediaan menjawab kertas 1249/2 yang paling baik. Tetapi, bagi mereka yang kesuntukan waktu kerana pelbagai sebab, panduan di atas diharap dapat membantu calon-calon SPM subjek 1249/2 menyiapkan diri menghadapi kertas tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan