Ahad, 26 Jun 2011

hijrah

(a) Apakah yang anda faham dengan maksud hijrah.
[ 4 markah ]
(b) Jelaskan sebab hijrah terjadi.
[ 8 markah ]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa hijrah?


F1 Berasal daripada perkataan Arab
F2 Bermakna berpindah
F3 Umumnya perpindahan dari satu tempat ke satu teempat yang lain
F4 Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan / kejahatan
F6 Semangat ingin berubah
F7 Perubahan berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap / cara berfikir / tingkah laku


F1 Untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
F2 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
F3 Untuk meneruskan dakwah Islamiah
F4 Kerana perintah Allah menerusi wahyu
F5 Surah al-Anfal
F6 Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
F7 Ancaman daripada orang Quraisy Makkah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
F8 Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam
F9 Membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan
F10 Disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
F11 Salah satu syarat dalam Perjanjian Aqabah II
F12 Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber
F13 Jaminan keselamatan yang diberi oleh orang Arab Madinah


F1 Kita mesti sanggup berkorban demi mencapai kejayaan. Sebagai contoh, Rasulullah meninggalkan kampung halaman
F2 Kita mesti berani berkata benar. Sebagai contoh, Rasulullah menyebarkan agama Islam walaupun ditentang dan diancam
F3 Kita meesti menjadi bijak. Sebagai contoh, baginda menggunakan jalan ke selatan untuk ke Madinah
F4 Kita mesti mempunyai kebolehan merancang. Sebagai contoh, baginda tidak terus ke Madinah, sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur
F5 Kita tidak boleh berputus asa. Sebagai contoh, baginda tidak berputus asa mengubah tingkah laku masyarakat Quraisy Makkah
F6 Kita mesti memandang mulia peranan kaum wanita. Sebagai contoh, Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy
F7 Kita mesti sedia berbakti demi negara. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf menyumbangkan hartanya untuk umat Islam
F8 Kita mesti mengamalkan sikap berkasih sayang sesama insan. Sebagai contoh, Ali bin Abu Talib sanggup mengambil tempat tidur Nabi Muhammad kerana kasih dan sayangnya terhadap Nabi
F9 Kita mesti mengamalkan nilai bersatu padu dalam masyarakat. Sebagai contoh, kaum Aus dan Khazraj disatukan oleh Rasulullah menjadi Ansar
F10 Kita mesti menyemai hubungan persaudaraan yang sejati. Sebagai contoh, golongan Ansar bersedia menawarkan harta, tempat tinggal dan isteri kepada golongan Muhajirin
F11 Kita mesti mengamalkan semangat bekerjasama. Sebagai contoh melalui semangat ini Masjid nabawi berjaya didirikan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Sabtu, 25 Jun 2011

undang-undang tanah

Soalan 1 :
(a) Nyatakan sebab-sebab undang-undang tanah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
(b) Jelaskan ciri-ciri undang-undang tanah semasa British mentadbir Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah undang-undang tersebut menguntungkan masyarakat peribumi?


(a)
F1 Meneruskan penguasaan British terhadap ekonomi
F2 Melindungi orang Melayu
F3 Mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi
pemodal asing
F4 Membolehkan tanah mempunyai catatan / rekod pemilikan
F5 Membolehkan tanah dijadikan cagaran untuk mendapatkan
modal
F6 Memberikan kuasa kepada residen negeri untuk menentukan
jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada
para pemodal
F7 Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan
politik orang Melayu
F8 Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
F9 Melarang orang Melayu menanam tanaman dagangan
F10 Mengekalkan tanaman padi ditanam

(b)
F1 Memperkenalkan sistem pemilikan tanah berekod
F2 Bertujuan untuk menjamin / mengesahkan hak pemilikan
tanah
F3 Rekod untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti
urusan cukai / pajakan / sewa beli / penjualan / pembelian
F4 Tanah boleh dijadkan cagaran bagi mendapatkan modal
F5 Perak merupakan negeri Melayu pertama diperkenalkan
dengan undang-undang tanah Barat
F6 Selepas itu undang-undang tanah diperkenalkan di Selangor,
dan Sungai Ujong
F7 Tanah dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai
komersialnya seperti tanah ladang / tanah peribumi / tanah
perlombongan
F8 Kadar cukai yang dikenakan bergantung pada jenis tanah
atau apa-apa yang diusahakan
F9 Sesiapa yang ingin mengusahakan kawasan tidak lagi
perlu mendapatkan kebenaran daripada pembesar
F10 Kebenaran mesti dipohon daripada Pejabat Daerah
F11 Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada

Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti
nipah / damar / rotan
F12 Residen negeri berkuasa menentukan jumlah kawasan
konsesi tanah yang akan diberi kepada para pemodal
F13 Kesannya, pengenalan sistem ekonomi wang dalam
kalangan orang Melayu
F14 Orang Melayu bergantung kepada orang tengah
untuk meminjam wang
F15 Akibatnya, mereka terpaksa menjual tanah mereka
untuk melangsaikan hutang
F16 Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Persekutuan
F17 Orang Melayu tidak boleh menanam tanaman komersial
di Tanah simpanan Melayu
F18 Kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu
tidak subur
F19 Land Order telah diisytiharkan pada tahun1931 di Sarawak
F20 Land Settlement Order diisytiharkan pada tahun 1933.
F21 Melalui undang-undang di atas pemindahan hak milik
tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan
F22 Land Order membahagikan tanah kepada tiga kawasan
iaitu kawasan tanah campuran / kawasan tanah simpanan /
kawasan tanah pedalaman
F23 Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap
tanah campuran
F24 Kepentingan peribumi terhadap tanah simpanan dan
tanah pedalaman dapat dilindungi
F25 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi telah diwartakan
British di Sabah
F26 Kepentingan hak peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah
F27 Urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan
kepada ketua peribumi
F28 Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap
tanah yang dijual kepada orang asing


(c)
Ya
F1 Tanah orang Melayu dilindungi
F2 Orang luar tidak boleh membeli / memajak tanah penduduk
peribumi
F3 Kelangsungan hidup masyarakat peribumi secara tradisional
dapat dikekalkan
F4 Bekalan makanan padi dapat diteruskan
F5 Sistem sosial masyarakat Melayu dapat dipertahankan
F6 Tidak dibelenggu hutang
F7 Tidak terlibat dengan ekonomi wang
Mana-mana jawapan yang munasabah



Tidak
F8 Terpaksa membayar cukai kepada British
F9 Bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
F10 Menggadaikan tanah untuk melangsaikan hutang
F11 Tanah yang diperuntukkan tidak subur
F12 Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
F13 Hanya boleh menanam padi
F14 Tanah orang Melayu kurang nilai ekonomi
F15 Dibelenggu hutang
F16 Terlibat dengan ekonomi wang
F17 Tanah tergadai / terjual
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

piagam madinah

Soalan 2 :
(a) Jelaskan isi kandungan Perlembagaan Madinah.
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ikhtibar yang boleh diperoleh daripada Perlembagaan Madinah?
(c) Malaysia terbentuk berdasarkan Perlembagaan yang dirangkakan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid.

Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, cadangkan usaha-usaha yang boleh diambil supaya perlembagaan tersebut dihormati.



(a)
F1 Mengandungi 47 fasal
F2 Terdapat 23 membincangkan hubungan dalam kalangan
orang Islam dan tanggungjawab mereka terhadap negara
F3 Terdapat 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam
terhadap negara
F4 Nabi Muhammad S.A.W. diiktiraf sebagai pemimpin
di Madinah
F5 Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang
timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
F6 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama
masing-masing
F7 Mereka bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak
bertentangan dengan Islam
F8 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan
mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
F9 Masyarakat Madinah tidak boleh berbunuhan sesama sendiri
F10 Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F11 Peraturan kekeluargaan dalam sesebuah kabilah boleh
diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
F12 Kerjasama antara penduduk Madinah dituntut demi
memajukan ekonomi negara
F13 Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan
F14 Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan
Madinah daripada ancaman luar
F15 Keselamatan orang bukan Islam khususnya Yahudi
terjamin selagi mereka mematuhi Perlembagaan Madinah.

(b)
F1 Undang-undang Islam boleh dijadikan panduan mentadbir
sesebuah negara
F2 Perlu kebijaksanaan dalam pemerintahan
F3 Keperluan mewujudkan sistem ekonomi yang adil
F4 Riba , penindasan tidak menguntungkan umat manusia
F5 Ketokohan Rasulullah
F6 Keperluan mempunyai pemimpin yang berwibawa / karisma
F7 Keadilan sosial membina masyarakat madani
F8 Persamaan hak dan taraf dapat membina masyarakat yang
bersatu padu
F9 Semangat bantu-membantu menyumbang kepada
pembangunan
F10 Undang-undang Islam tidak meminggirkan kepentingan
kaum minoriti
F11 Undang-undang yang bersifat syumul menjamin keamanan
negara
F12 Setiap warganegara wajib mempertahankan negara
F13 Kehidupan masyarakat bersistematik disusun mengikut
perlembagaan
F14 Keselamatan harta dan nyawa penting dalam kehidupan
bernegara
Mana-mana jawapan yang munasabah


(c)
F1 Rakyat mesti mempunyai pengetahuan
F2 Pemimpin menunjukkan kepimpinan melalui teladan
F3 Tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang dilarang dalam
perlembagaan
F4 Tindakan yang tegas patut dikenakan ke atas mereka yang
membangkitkan isu-isu sensitif
F5 Pengetahuan perlembagaan perlu disisipkan dalam subjek
Sejarah /Sivik dan Kewarganegaraan / Pendidikan Moral
F6 Ikrar Rukunegara perlu dibaca dalam perhimpunan sekolah
F7 Perpaduan kaum dalam masyarakat digalakkan
F8 Menolak campur tangan kuasa asing
F9 Setia kepada negara
Mana-mana jawapan yang munasabah

kbkk buruh asing

Soalan 3 :
(a) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing di Malaysia hari ini.


(a)
F1 Menggalakkan rakyat tempatan bekerja dalam sektor kolar biru
F2 Menawarkan gaji yang berpatutan
F3 Menyediakan infrastruktur yang baik di luar bandar
F4 Mengiktiraf sumbangan pekerjaan kolar biru
F5 Mengenakan levi yang tinggi kepada majikan yang mengambil buruh asing
F6 Menguatkuasakan undang-undang antipengangguran
F6 Menggunakan ICT
F7 Memperkenalkan industri berteraskan mesin / robotik
F8 Memberi insentif kepada majikan yang mengambil buruh tempatan
Mana-mana jawapan yang munasabah

soalan pengaruh islam di malaysia

(a) Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran.
[ 8 markah ]
(b) Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang perundangan.
[ 6 markah ]
(c) Pada pendapat anda, apakah kesan pengaruh agama Islam terhadap negara kita pada masa kini?
[ 6 markah ]


(a)
F1 Golongan raja mula menitikberatkan konsep-konsep Islam
F2 Sultan menggunakan istilah Zillullah fil-alam / Zillullah
fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi
F3 Pemerintah menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin
bermakna pemimpin orang mukmin
F4 Contohnya Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan
Abdul Ghaffur Muhyiddin di Pahang
F5 Nasab keturunan pemerintah dirujuk kepada Iskandar
Zulkarnain
F6 Golongan pemerintah dinasihati oleh golongan ulama
F7 Di Melaka dinasihati oleh ulama seperti Makhdum Sayid
Abdul Aziz / Maulana Abu Bakar / Maulana Sadar Jahan /
Maulana Jalaludin / Qadi Yusof
F8 Di Kelantan dan Terengganu dinasihati ulama seperti
Tuk Pulau Manis / Tuk Pulau Condong / Tuan Tabal
F9 Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal
agama Islam dan pentadbiran negara
F10 Wujud jawatan-jawatan lain seperti kadi / khatib / bilal /
pemungut zakat / penyelia baitul mal / penjaga harta wakaf
F11 Islam dijadikan agama rasmi
F12 Unsur-unsur Islam diterapkan pada nama negeri seperti
Acheh Darus Salam
F13 Raja menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansor Shah
bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah / Sultan
Mahmud Shah bermaksud sultan yang terpuji

(b)
F1 Memperkenalkan undang-undang syariah
F2 Adat Perpatih dan temenggung disesuaikan dengan undang-undang Islam
F3 Dalam adat Temenggung peembahagian harta pusaka mengutamakan anak lelaki bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam
F4 Dalam adat temenggung seseorang individu bebas mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam
F5 Undang-undang bertulis menerima pengaruh Islam
F6 Contohnya Hukum Kanun Melaka / Undang-undang Laut Melaka / Undang-undang Pahang / Undang-undang Kedah / Undang-undang Perak / Undang-undang Johor
F7 Kekuatan agama Islam dipaparkan melalui fasal-fasal yang terdapat dalam undang-undang
F8 Undang-undang Laut Melaka menerangkan seorang nakhoda dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam
F9 Anak buah kapal sebagai makmum
F10 Secara praktisnya undang-undang mengecualikan raja daripada sebarang tindakan

(c)
F1 Agama Islam sebagai agama rasmi negara
F2 Perlembagaan negara memperuntukkan kuasa Raja-Raja Melayu menjaga hal ehwal agama Islam
F3 Penubuhan mahkamah syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil
F4 Kepimpinan bercih , cekap dan amanah
F5 Konsep Islam hadhari
F6 Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
F7 Menjadikan negara hab halal dalam perniagaan
F8 Penubuhan bank Islam dan pajak gadai Islam / al-Rahnu
F9 Pengenalan mata wang dinar
F10 Penubuhan Tabung Haji
F11 Kewujudan Pusat Islam
F12 Kutipan zakat
F13 Penubuhan Baitulmal
F14 Pusat rawatan Islam
F15 Rancangan bercorak Islam seperti Imam Muda
F16 Radio Ikim / TV alHijrah
F17 Menteri Agama dalam kabinet
F18 Jabatan Agama Islam Negeri
F19 Taraf Mufti setaraf EXCO seperti di negeri Perak
Mana-mana jawapan yang munasabah