Ahad, 26 Jun 2011

hijrah

(a) Apakah yang anda faham dengan maksud hijrah.
[ 4 markah ]
(b) Jelaskan sebab hijrah terjadi.
[ 8 markah ]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa hijrah?


F1 Berasal daripada perkataan Arab
F2 Bermakna berpindah
F3 Umumnya perpindahan dari satu tempat ke satu teempat yang lain
F4 Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan / kejahatan
F6 Semangat ingin berubah
F7 Perubahan berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap / cara berfikir / tingkah laku


F1 Untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
F2 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
F3 Untuk meneruskan dakwah Islamiah
F4 Kerana perintah Allah menerusi wahyu
F5 Surah al-Anfal
F6 Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
F7 Ancaman daripada orang Quraisy Makkah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
F8 Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam
F9 Membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan
F10 Disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
F11 Salah satu syarat dalam Perjanjian Aqabah II
F12 Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber
F13 Jaminan keselamatan yang diberi oleh orang Arab Madinah


F1 Kita mesti sanggup berkorban demi mencapai kejayaan. Sebagai contoh, Rasulullah meninggalkan kampung halaman
F2 Kita mesti berani berkata benar. Sebagai contoh, Rasulullah menyebarkan agama Islam walaupun ditentang dan diancam
F3 Kita meesti menjadi bijak. Sebagai contoh, baginda menggunakan jalan ke selatan untuk ke Madinah
F4 Kita mesti mempunyai kebolehan merancang. Sebagai contoh, baginda tidak terus ke Madinah, sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur
F5 Kita tidak boleh berputus asa. Sebagai contoh, baginda tidak berputus asa mengubah tingkah laku masyarakat Quraisy Makkah
F6 Kita mesti memandang mulia peranan kaum wanita. Sebagai contoh, Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy
F7 Kita mesti sedia berbakti demi negara. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf menyumbangkan hartanya untuk umat Islam
F8 Kita mesti mengamalkan sikap berkasih sayang sesama insan. Sebagai contoh, Ali bin Abu Talib sanggup mengambil tempat tidur Nabi Muhammad kerana kasih dan sayangnya terhadap Nabi
F9 Kita mesti mengamalkan nilai bersatu padu dalam masyarakat. Sebagai contoh, kaum Aus dan Khazraj disatukan oleh Rasulullah menjadi Ansar
F10 Kita mesti menyemai hubungan persaudaraan yang sejati. Sebagai contoh, golongan Ansar bersedia menawarkan harta, tempat tinggal dan isteri kepada golongan Muhajirin
F11 Kita mesti mengamalkan semangat bekerjasama. Sebagai contoh melalui semangat ini Masjid nabawi berjaya didirikan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

1 ulasan:

  1. ini cikgu sejarah au masa tingkatan 4-5. memang expert sejarah. siap ajar tanpa bawak buku teks. tapi cikgu sekarang ajar pakai buku rujukan . tak cam cikgu dulu-dulu

    BalasPadam