Isnin, 4 Julai 2011

tamadun indus

Soalan 1 :
(a) Mengapakah masyarakat tamadun Indus Berjaya membina Bandar terancang?
(b) Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam tamadun Indus.
(c) Adakah bandar tempat tinggal anda terancang?
Beri alasan anda.

(a)
F1 F1 Kemajuan dalam ilmu geometri
F2 Perkembangan ilmu pembinaan
F3 Kebolehan mengekspoitasi alam untuk memudahkan
kehidupan mereka / kreativiti masyarakat
F4 Kemajuan dalam ilmu kesenian
F5 Ada ilmu matematik
F6 Teknologi membina batu bata melalui pembakaran dengan
suhu yang tinggi
F7 Sifat keterbukaan masyarakat tamadun Indus
F8 Keamanan yang terdapat dalam tamadun Indus
F9 Sumbangan hasil perrtembungan dengan tamadun Mesopotamia / Mesir


(b)
F1 Pembentukan bandar terancang seperti Mohenjo-Daro / Harappa
F2 Bandar terbahagi kepada dua bahagian
F3 Bandar dikelilingi tembok
F4 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan
keagamaan
F5 Mempunyai bangunan pentadbiran / tempat mandi awam /
tempat penyimpanan hasil pertanian
F6 Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
F7 Bandar disusun rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik
F8 Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
F9 Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang
lurus dan bersambung antara satu sama lain
F10 Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F11 Jalan raya dihubungkan dengan sungai yang berfungsi
sebagai jalan perhubungan
F12 Rumah mempunyai bilik mandi dan tandas
F13 Jalan raya yang lurus dibina
F14 Tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang organisasi sosial
F15 Masyarakat Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan
F16 Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
F17 Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
F18 Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan mengeluarkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa
F19 Golongan menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar / membina tambak di benteng / membina terusan
F20 Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam / tembikar
F21 Menjalankan perdagangan dengan tamadun Mesopotamia
F22 Terdapat jumpaan cap mohor buatan tamadun Indus di Mesopotamia
F23 Hasil perdagangan emas / gading gajah / manik / hasil pertanian
F24 Masyarakat mempunyai amalan agama / penemuan patung proto-Siva
F25 Masyarakat percaya kepada Tuhan Ibu
F26 Mempunyai sistem tulisan piktograf
F27 Mempunyai teknologi membuat batu bata dengan membakarnya


(c)
F1 Mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik
F2 Mempunyai bangunan keagamaan yang teratur
F3 Mempunyai kawasan perumahan yang terancang
F4 Bangunan disusun atur dengan menarik
F5 Mempunyai jalan raya yang lurus
F6 Mempunyai sistem kumbahan
F7 Mempunyai sungai yang bersih
F8 Mempunyai majlis perbandaran
F9 Mempunyai sistem pungutan sampah berjadual
F10 Denda dan hukuman dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan
F11 Bandar mempunyai pendapatan yang tinggi
F12 Mempunyai sekolah / pusat pengajian tinggi untuk menimba ilmu
F13 Mempunyai balai polis / ketenteraan untuk menjaga keamanan
F14 kawasan perumahan yang sistematik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan