Ahad, 15 Januari 2012

birokrasi barat di asia tenggara

(a) Jelaskan birokrasi Barat di Asia Tenggara dari tahun 1500 hingga tahun 1800.
(b) Jelaskan faktor yang membolehkan Thailand menjadi negara yang berjaya mempertahankan negaranya.
(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-pemimpin tempatan bagi menghadapi kedatangan penjajah Barat?


(a)
F1 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
F4 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang barat
F6 Di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F7 Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
F8 Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
F9 Encomienda diketuai oleh encomiendero
F10 Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai /
mengkristiankan penduduk barangay
F11 Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai
Belanda
F12 Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian
F13 Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada
kuasa perundangan
F14 Penubuhan Volksraad
F15 Di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F16 Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
F17 Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F19 Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai bandaran
F20 Majlis Perundangan telah diperkenalkan
F21 Jabatan Perhutanan / Jabatan kesihatan / Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan
F22 Di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
F23 Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
F24 Di Tanah Melayu, Melaka, Pulau pinang dan Singapura digabungkan menjadi
Negeri-Negeri Selat (NNS)
F25 Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
F26 Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
F27 Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu
F28 Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
F29 DI NNMB sistem Residen diperkenalkan
F30 Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor digabungkan menjadi Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
F31 British memperkenalkan Sistem Penasihat
F32 Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
F33 Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua
perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu


(b)
F1 Mempunyai raja Mongkut yang bijak
F2 Mempunyai raja Chulalongkorn yang bijak
F3 Mongkut mengambil seramai 80 orang penasihat Barat
F4 Penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di Thailand
F5 Penasihat Barat bertanggungjawab melatih pegawai-pegawai tempatan
F6 Penasihat kewangan / pelabuhan / polis dibawa dari Britain
F7 Penasihat kastam / ketenteraan di bawa dari Perancis
F8 Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah / Majlis
Mesyuarat Tertinggi / Kabinet Menteri
F9 Juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F10 Muncul golongan pentadbir baru yang berpendidikan Barat
F11 Pada 1932 sistem raja berperlembagaan telah diperkenalkan
F12 Kuasa Perancis dan Britain ingin menjadikan Thailand sebagai negara penampan


(c)
F1 Berbaik-baik dengan kuasa Barat
F2 Membukakan pintu negara untuk perdagangan dengan kuasa Barat
F3 Mengambil penasihat Barat daripada pelbagai negara
F4 Memodenkan pentadbiran negara
F5 Mewujudkan sistem raja berperlembagaan
F6 Menguatkan pertahanan negara
F7 Melengkapkan angkatan tentera
F8 Membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan semua negara
F9 Memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat
F10 Berhati-hati dengan muslihat pihak Barat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

pengertian dan ciri tamadun

(a) Apakah yang anda faham dengan istilah tamadun.
(b) Huraikan ciri-ciri tamadun manusia.
(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak bertamadun?

(a)
F1 Tamadun berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab
F2 Berasal daripada perkataan mudun
F3 Bersal daripada perkataan madain
F4 Berkaitan perkataan madana
F5 Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F6 Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilization
F7 Berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F8 Civitas bermaksud bandar
F9 Tamadun juga bermakna peradaban
F10 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah seperti
hal-hal kebudayaan / penulisan / undang-undang / kesenian / pembandaran
F11 Sarjana Barat Gordon childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan sesuatu tamadun
F12 Sarjana Barat Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah dan
hanya menekankan kepentingan lahiriah dalam proses pembangunan tamadun
F13 Tamadun Islam melihat tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah.
F14 Sarjana Syed Naquib al-Attas menyatakan tamadun adalah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
F15 Pandangan ini disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan

(b)
F1 Kewujudan petempatan kekal
H1a kehidupan secara menetap menjadikan kehidupan lebih sistematik
H1b memastikan kelangsungan bekalan makanan
H1c inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman /
penyimpanan makanan / penternakan
C1a penciptaan peralatan baru seperti cangkul
C1b penggunaan teknologi seperti sistem pengairan
H1d berjaya meningkatkan pengeluaran
H1e lebihan pengeluaran makanan boleh menampung jumlah penduduk

F2 Kehidupan berorganisasi
H2a dapat mengatur cara hidup manusia bagi memastikan kestabilan / kemakmuran
H2b organisasi sosial paling ringkas ialah sistem keluarga
H2c pertambahan penduduk / kepelbagaian akttiviti ekonomi membawa kehidupan
masyarakat yang lebih kompleks
C2a sistem sosial tamadun awal selalunya berbentuk piramid / bersusun lapis
H2d lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang diketuai raja /
menerajui pentadbiran
H2e lapisan kedua golongan pembesar menguasai upacara agama / kumpulan ilmuan /
kepakaran dalam seni
H2f lapisan ketiga golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah teramai
H2g lapisan terakhir golongan hamba

F3 Wujudnya sistem pemerintahan
H3a bertujuan menjalankan pentadbiran
H3b pemimpin / raja menggunakan unsur magis
H3c raja mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan
sebagai ketua pemerintah
H3d sistem pemerintahan mewujudkan sistem perundangan
H3e sistem perundangan menjadi panduan kepada masyarakat
H3f bertujuan menjaga keamanan / kemakmuran sesebuah tamadun

F4 Adanya pengkhususan pekerjaan
H4a peningkatan dalam produktiviti menyebabkan pengkhususan pekerjaan penting
C4a barangan /produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
H4b mewujudkan lebihan hasil
H4c mewujudkan pertukaran barangan / sistem barter
H4d merupakan titi permulaan kegiatan perdagangan
H4e perdagangan membolehkan berlaku pertukaran ilmu pengetahuan / teknologi /
budaya antara masyarakat

F5 Wujud agama dan kepercayaan
H5a mengiktiraf golongan pemerintah / pembahagian sosial masyarakat /
perkembangan ilmu pengetahuan / kesenian
H5b manusia cuba menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling
C5a alam sekitar seperti pokok / batu / matahari / laut dipercayai mempunyai
semangat
H5c mempercayai ada kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling
H5d mempercayai animisme
H5e agama tamadu awal bersifat politeisme / penyembahan terhadap lebih daripada
satu tuhan

F6 Wujud sistem bahasa dan tulisan
H6a berfungsi dalam penyebaran ilmu pengetahuan
H6b berfungsi sebagai alat perhubungan dalam masyarakat dan antara masyarakat lain
H6c sistem tulisan memudahkan urusan pentadbiran / penyimpanan rekod / penulisan
undang-undang / hal-hal keagamaan
C6a contoh bahasa tertua Yunani / Sanskrit
C6b contoh tulisan awal hieroglif / cuneiform / ideogram / piktograf


(c)
F1 Hidup secara nomad / berpindah randah
F2 Kemajuan tidak tercapai
F3 Selalu berperang
F4 Tidak wujud negara
F5 Tidak berlaku hubungan antarabangsa
F6 Hasil pertanian tidak mencukupi
F7 Berlaku kebuluran
F8 Perdagangan tidak berlaku
F9 Manusia hidup secara individu
F10 Sistem tulisan tidak dicipta
F11 Idea baru tidak berkembang
F12 Dunia tidak maju seperti hari ini
Mana-mana jawapan yang munasabah

Sabtu, 14 Januari 2012

imperialisme di asia tenggara

Imperialis Barat telah menguasai Asia Tenggara sejak abad ke-15.
(a) Nyatakan negara Barat dan kawasan jajahannya di Asia Tenggara?
[10 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan faktor yang menyebabkan Asia Tenggara dijajah?
[10 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
generasi muda hari ini bagi mengelakkan penjajajahan asing berulang
ke atas negara kita?
[5 markah]


(a)
F1 Portugis
F2 Melaka
F3 Timor-Timur / Timor Leste

F4 Sepanyol
F5 Filipina

F6 Britain
F7 Tanah Melayu
F8 Sabah
F9 Sarawak
F10 Brunei
F11 Burma

F12 Belanda
F13 Indonesia

F14 Perancis
F15 Vietnam
F16 Laos
F17 Kemboja

F18 Amerika Syarikat
F19 Filipina


(b)
F1 Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
H1a terletak di antara China dengan India

F2 Kekayaan bahan mentah
H2a bijih timah, kayu jati, tebu, kelapa
H2b tanah yang subur

F3 Revolusi Perindustrian di Barat
H3a bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten
H3b perlu kawasan pasaran baru

F4 Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
H4a penggunaan kapal berkuasa wap
H4b muatan boleh dibawa banyak
H4c perjalanan menjadi cepat
H4d pembukaan Terusan Suez
H4e memendekkan perjalanan di antara Barat dengan Timur
H4f perjalanan lebih selamat
H4g menjimatkan kos
H4h penciptaan telegraf
H4i urusan pentadbiran dan perniagaan menjadi lebih mudah


F5 Persaingan antara kuasa-kuasa Barat
H5a semakin luas tanah jajahan semakin tinggi sanjungan yang
diterima
H5b keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
penjajah

F6 Slogan Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun
H6a kuasa British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun
H6b mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur
H6c mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggunjawab
menyebarkan ajaran Kristian di tanah jajahan


(c)
F1 Mendalami ilmu pengetahuan
F2 Memantapkan diri dengan teknologi ICT
F3 Mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang sejati
F4 Mempunyai semangat yakin Malaysia boleh
F5 Mengekalkan perpaduan kaum
F6 Mengekalkan kestabilan / keamanan dalam negara
F7 Mengelakkan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh
membangkitkan sensitiviti perkauman
F8 Bekerja / tidak menganggur
F9 Menjadi askar / tentera
F10 Mengamalkan semangat “1Malaysia”
F11 Tidak khianat / belot kepada negara
Mana-mana jawapan yang munasabah