Ahad, 15 Januari 2012

pengertian dan ciri tamadun

(a) Apakah yang anda faham dengan istilah tamadun.
(b) Huraikan ciri-ciri tamadun manusia.
(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak bertamadun?

(a)
F1 Tamadun berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab
F2 Berasal daripada perkataan mudun
F3 Bersal daripada perkataan madain
F4 Berkaitan perkataan madana
F5 Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F6 Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilization
F7 Berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F8 Civitas bermaksud bandar
F9 Tamadun juga bermakna peradaban
F10 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah seperti
hal-hal kebudayaan / penulisan / undang-undang / kesenian / pembandaran
F11 Sarjana Barat Gordon childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan sesuatu tamadun
F12 Sarjana Barat Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah dan
hanya menekankan kepentingan lahiriah dalam proses pembangunan tamadun
F13 Tamadun Islam melihat tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah.
F14 Sarjana Syed Naquib al-Attas menyatakan tamadun adalah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
F15 Pandangan ini disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan

(b)
F1 Kewujudan petempatan kekal
H1a kehidupan secara menetap menjadikan kehidupan lebih sistematik
H1b memastikan kelangsungan bekalan makanan
H1c inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman /
penyimpanan makanan / penternakan
C1a penciptaan peralatan baru seperti cangkul
C1b penggunaan teknologi seperti sistem pengairan
H1d berjaya meningkatkan pengeluaran
H1e lebihan pengeluaran makanan boleh menampung jumlah penduduk

F2 Kehidupan berorganisasi
H2a dapat mengatur cara hidup manusia bagi memastikan kestabilan / kemakmuran
H2b organisasi sosial paling ringkas ialah sistem keluarga
H2c pertambahan penduduk / kepelbagaian akttiviti ekonomi membawa kehidupan
masyarakat yang lebih kompleks
C2a sistem sosial tamadun awal selalunya berbentuk piramid / bersusun lapis
H2d lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang diketuai raja /
menerajui pentadbiran
H2e lapisan kedua golongan pembesar menguasai upacara agama / kumpulan ilmuan /
kepakaran dalam seni
H2f lapisan ketiga golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah teramai
H2g lapisan terakhir golongan hamba

F3 Wujudnya sistem pemerintahan
H3a bertujuan menjalankan pentadbiran
H3b pemimpin / raja menggunakan unsur magis
H3c raja mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan
sebagai ketua pemerintah
H3d sistem pemerintahan mewujudkan sistem perundangan
H3e sistem perundangan menjadi panduan kepada masyarakat
H3f bertujuan menjaga keamanan / kemakmuran sesebuah tamadun

F4 Adanya pengkhususan pekerjaan
H4a peningkatan dalam produktiviti menyebabkan pengkhususan pekerjaan penting
C4a barangan /produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
H4b mewujudkan lebihan hasil
H4c mewujudkan pertukaran barangan / sistem barter
H4d merupakan titi permulaan kegiatan perdagangan
H4e perdagangan membolehkan berlaku pertukaran ilmu pengetahuan / teknologi /
budaya antara masyarakat

F5 Wujud agama dan kepercayaan
H5a mengiktiraf golongan pemerintah / pembahagian sosial masyarakat /
perkembangan ilmu pengetahuan / kesenian
H5b manusia cuba menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling
C5a alam sekitar seperti pokok / batu / matahari / laut dipercayai mempunyai
semangat
H5c mempercayai ada kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling
H5d mempercayai animisme
H5e agama tamadu awal bersifat politeisme / penyembahan terhadap lebih daripada
satu tuhan

F6 Wujud sistem bahasa dan tulisan
H6a berfungsi dalam penyebaran ilmu pengetahuan
H6b berfungsi sebagai alat perhubungan dalam masyarakat dan antara masyarakat lain
H6c sistem tulisan memudahkan urusan pentadbiran / penyimpanan rekod / penulisan
undang-undang / hal-hal keagamaan
C6a contoh bahasa tertua Yunani / Sanskrit
C6b contoh tulisan awal hieroglif / cuneiform / ideogram / piktograf


(c)
F1 Hidup secara nomad / berpindah randah
F2 Kemajuan tidak tercapai
F3 Selalu berperang
F4 Tidak wujud negara
F5 Tidak berlaku hubungan antarabangsa
F6 Hasil pertanian tidak mencukupi
F7 Berlaku kebuluran
F8 Perdagangan tidak berlaku
F9 Manusia hidup secara individu
F10 Sistem tulisan tidak dicipta
F11 Idea baru tidak berkembang
F12 Dunia tidak maju seperti hari ini
Mana-mana jawapan yang munasabah

1 ulasan:

  1. kepada pelajar 4 geografi dan 4 sains 2 tahun2012 boleh ambil edaran ini jadikan nota sejarah tajuk pengertian tamadun

    BalasPadam