Ahad, 15 Januari 2012

birokrasi barat di asia tenggara

(a) Jelaskan birokrasi Barat di Asia Tenggara dari tahun 1500 hingga tahun 1800.
(b) Jelaskan faktor yang membolehkan Thailand menjadi negara yang berjaya mempertahankan negaranya.
(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-pemimpin tempatan bagi menghadapi kedatangan penjajah Barat?


(a)
F1 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
F4 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang barat
F6 Di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F7 Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
F8 Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
F9 Encomienda diketuai oleh encomiendero
F10 Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai /
mengkristiankan penduduk barangay
F11 Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai
Belanda
F12 Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian
F13 Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada
kuasa perundangan
F14 Penubuhan Volksraad
F15 Di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F16 Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
F17 Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F19 Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai bandaran
F20 Majlis Perundangan telah diperkenalkan
F21 Jabatan Perhutanan / Jabatan kesihatan / Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan
F22 Di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
F23 Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
F24 Di Tanah Melayu, Melaka, Pulau pinang dan Singapura digabungkan menjadi
Negeri-Negeri Selat (NNS)
F25 Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
F26 Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
F27 Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu
F28 Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
F29 DI NNMB sistem Residen diperkenalkan
F30 Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor digabungkan menjadi Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
F31 British memperkenalkan Sistem Penasihat
F32 Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
F33 Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua
perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu


(b)
F1 Mempunyai raja Mongkut yang bijak
F2 Mempunyai raja Chulalongkorn yang bijak
F3 Mongkut mengambil seramai 80 orang penasihat Barat
F4 Penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di Thailand
F5 Penasihat Barat bertanggungjawab melatih pegawai-pegawai tempatan
F6 Penasihat kewangan / pelabuhan / polis dibawa dari Britain
F7 Penasihat kastam / ketenteraan di bawa dari Perancis
F8 Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah / Majlis
Mesyuarat Tertinggi / Kabinet Menteri
F9 Juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F10 Muncul golongan pentadbir baru yang berpendidikan Barat
F11 Pada 1932 sistem raja berperlembagaan telah diperkenalkan
F12 Kuasa Perancis dan Britain ingin menjadikan Thailand sebagai negara penampan


(c)
F1 Berbaik-baik dengan kuasa Barat
F2 Membukakan pintu negara untuk perdagangan dengan kuasa Barat
F3 Mengambil penasihat Barat daripada pelbagai negara
F4 Memodenkan pentadbiran negara
F5 Mewujudkan sistem raja berperlembagaan
F6 Menguatkan pertahanan negara
F7 Melengkapkan angkatan tentera
F8 Membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan semua negara
F9 Memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat
F10 Berhati-hati dengan muslihat pihak Barat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan