Sabtu, 25 Jun 2011

undang-undang tanah

Soalan 1 :
(a) Nyatakan sebab-sebab undang-undang tanah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
(b) Jelaskan ciri-ciri undang-undang tanah semasa British mentadbir Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah undang-undang tersebut menguntungkan masyarakat peribumi?


(a)
F1 Meneruskan penguasaan British terhadap ekonomi
F2 Melindungi orang Melayu
F3 Mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi
pemodal asing
F4 Membolehkan tanah mempunyai catatan / rekod pemilikan
F5 Membolehkan tanah dijadikan cagaran untuk mendapatkan
modal
F6 Memberikan kuasa kepada residen negeri untuk menentukan
jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada
para pemodal
F7 Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan
politik orang Melayu
F8 Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
F9 Melarang orang Melayu menanam tanaman dagangan
F10 Mengekalkan tanaman padi ditanam

(b)
F1 Memperkenalkan sistem pemilikan tanah berekod
F2 Bertujuan untuk menjamin / mengesahkan hak pemilikan
tanah
F3 Rekod untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti
urusan cukai / pajakan / sewa beli / penjualan / pembelian
F4 Tanah boleh dijadkan cagaran bagi mendapatkan modal
F5 Perak merupakan negeri Melayu pertama diperkenalkan
dengan undang-undang tanah Barat
F6 Selepas itu undang-undang tanah diperkenalkan di Selangor,
dan Sungai Ujong
F7 Tanah dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai
komersialnya seperti tanah ladang / tanah peribumi / tanah
perlombongan
F8 Kadar cukai yang dikenakan bergantung pada jenis tanah
atau apa-apa yang diusahakan
F9 Sesiapa yang ingin mengusahakan kawasan tidak lagi
perlu mendapatkan kebenaran daripada pembesar
F10 Kebenaran mesti dipohon daripada Pejabat Daerah
F11 Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada

Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti
nipah / damar / rotan
F12 Residen negeri berkuasa menentukan jumlah kawasan
konsesi tanah yang akan diberi kepada para pemodal
F13 Kesannya, pengenalan sistem ekonomi wang dalam
kalangan orang Melayu
F14 Orang Melayu bergantung kepada orang tengah
untuk meminjam wang
F15 Akibatnya, mereka terpaksa menjual tanah mereka
untuk melangsaikan hutang
F16 Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Persekutuan
F17 Orang Melayu tidak boleh menanam tanaman komersial
di Tanah simpanan Melayu
F18 Kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu
tidak subur
F19 Land Order telah diisytiharkan pada tahun1931 di Sarawak
F20 Land Settlement Order diisytiharkan pada tahun 1933.
F21 Melalui undang-undang di atas pemindahan hak milik
tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan
F22 Land Order membahagikan tanah kepada tiga kawasan
iaitu kawasan tanah campuran / kawasan tanah simpanan /
kawasan tanah pedalaman
F23 Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap
tanah campuran
F24 Kepentingan peribumi terhadap tanah simpanan dan
tanah pedalaman dapat dilindungi
F25 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi telah diwartakan
British di Sabah
F26 Kepentingan hak peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah
F27 Urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan
kepada ketua peribumi
F28 Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap
tanah yang dijual kepada orang asing


(c)
Ya
F1 Tanah orang Melayu dilindungi
F2 Orang luar tidak boleh membeli / memajak tanah penduduk
peribumi
F3 Kelangsungan hidup masyarakat peribumi secara tradisional
dapat dikekalkan
F4 Bekalan makanan padi dapat diteruskan
F5 Sistem sosial masyarakat Melayu dapat dipertahankan
F6 Tidak dibelenggu hutang
F7 Tidak terlibat dengan ekonomi wang
Mana-mana jawapan yang munasabah



Tidak
F8 Terpaksa membayar cukai kepada British
F9 Bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
F10 Menggadaikan tanah untuk melangsaikan hutang
F11 Tanah yang diperuntukkan tidak subur
F12 Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
F13 Hanya boleh menanam padi
F14 Tanah orang Melayu kurang nilai ekonomi
F15 Dibelenggu hutang
F16 Terlibat dengan ekonomi wang
F17 Tanah tergadai / terjual
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan