Ahad, 18 September 2011

tips pertama kertas sejarah 1249/2

TIPS PERTAMA MENJELANG PEPERIKSAAN SPM 2011 UNTUK KERTAS SEJARAH 1249/2


Assalamualaikum, kepada calon dan pembaca blog yang budiman. Saya akan memberikan beberapa tips penting berkaitan kertas 1249/2. Bagaimanapun saya tidak akan menyentuh teknik belajar. Apa yang ingin saya sentuh, hanya hal berkaitan subjek 1249/2 seperti kesilapan-kesilapan umum yang kerap dilakukan oleh calon.

Langkah pertama, setelah membuka kertas soalan, calon perlu mengenal pasti soalan yang boleh dijawab dengan mendapat markah maksimum. Soalan nombor 1 hingga soalan nombor 4 wajib dijawab. Jadi, calon mempunyai hak untuk membuat pilihan bagi soalan nombor 5 hingga nombor 9.
Kebiasaannya soalan nombor 5 dan soalan nombor 6 diambil daripada pelajaran Tingkatan 4. Manakala soalan nombor 7 hingga soalan nombor 9 diambil daripada pelajaran Tingkatan 5. Bermakna jika, calon membaca semua bab-bab dalam Tingkatan 5 clon sudah boleh mendapat markah yang baik dalam kertas Sejarah. Tetapi, langkah berkenaan adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Hal ini, kerana kadang kala sewaktu berada dalam dewan peperiksaan, calon tidak dapat mengingati apa-apa sahaja yang telah dibaca. Lantaran itu, langkah yang lebih tepat adalah calon juga hendaklah mengulang kaji pelajaran Tingkatan 4.
Langkah kedua, calon perlu memilih soalan yang diyakini mampu dijawab dengan baik. Oleh kerana, soalan Sejarah mempunyai tiga ceraian, calon perlu memastikan mereka mampu menguasai ketiga-tiga ceraian tersebut. Sehubungan itu, calon perlu mengambil kira kemampuan diri untuk menjawab soalan ceraian (c) yang kebiasaannya bercorak Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
Setelah langkah ini dibuat, baharulah calon boleh melagang-lagangkan rangka jawapan dalam kertas kotor.
Sekian untuk kali ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan