Rabu, 19 Oktober 2011

Penubuhan Malaysia

(a) Huraikan sebab pembentukan Malaysia.
(b) Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.
(c) Berikan cadangan bagaimanakah generasi muda hari ini boleh mengekalkan kemerdekaan negara kita


(a)
F1 Faktor Keselamatan
H1a Lee Kuan Yew bimbang akan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
C1a contoh Barisan Sosialis telah memenangi pilihanraya kecil di Hong Lim /
Anson
H1b kebangkitan Barisan Sosialis boleh melemahkan Parti Tindakan Rakyat /
PAP
H1c Barisan Sosialis dianggap parti berhaluan kiri
H1d Lee Kuan Yew bimbang akan ancaman komunis
C1b Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras ancaman
komunis/ peristiwa darurat 1948 – 1960
H1e ancaman komunis juga wujud di Sarawak
C1c diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization / CCO

F2 Faktor mempercepatkan kemerdekaan
H2a dapat mempercepatkan kemerdekaan Sabah/ Sarawak/ Singapura

F3 Faktor dekolonisasi/kebijajahan terhadap negeri-negeri kecil yang belum
merdeka
H3a dalam Perhimpunan Agung PBB timbul isu agar tanah-tanah jajahan
dimerdekakan
H3b pembentukan Malaysia diharap dapat menstabilkan keadaan politik di Asia
Tenggara
H3c British ingin memastikan kepentingan mereka terus terkawal
C3a contoh pangkalannya di Singapura

F4 Faktor Kerjasama ekonomi
H4a akan mewujudkan satu kawasan pasaran yang lebih luas
H4b boleh menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
H4c dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada
C4a contoh Tanah Melayu kaya dengan getah dan bijih timah
C4b contoh Sarawak dan Sabah kaya dengan kayu balak
C4c contoh Brunei kaya dengan sumber minyak

F5 Faktor kependudukan
H5a untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan
negara anggota


(b)
F1 Tunku mencadangkan idea Malaysia pada 27 Mei 1961
H1a dilakukan dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar
Negeri di Hotel Adelphi, Singapura


F2 Tunku melawat Sarawak/ Sabah / Brunei
H2a untuk menerangkan konsep / tujuan / dan matlamat penubuhan Malaysia

F3 Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak/ Sarawak / Singapura

F4 Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum /JPPK
H4a ditubuhkan di Singapura
H4b dipengerusikan oleh Donald Stephens
H4c berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
H4d mengumpulkan pandangan penduduk
H4e menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
H4f Mesyuarat jawatankuasa telah dijalankan sebanyak 4 kali di Jesselton / Kuching
/ Kuala Lumpur / Singapura

F5 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
H5a dianggotai oleh tiga orang pegawai British Lord Cobbold/ Anthony Abell /
David Watherston
H5b anggota rakyat tempatan Wong Pow Nee / Tan Sri Ghazali Shafie
H5c bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia
H5d Suruhanjaya Cobbold memuatkan hasil laporannya satu pertiga menyokong
tanpa syarat
H5e satu pertiga menyokong gagasan malaysia dengan syarat kepentingan mereka
dilindungi
H5f satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai
Malaysia
H5g Suruhanjaya ini mengemukakan cadangan perlembagaan malaysia yang baru
harus berasaskan perlembagaan Tanah Melayu 1957

F6 Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan / JAK
H6a Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne
H6b bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam Malaysia
H6c Turut membincangkan kepentingan dan hak rakyat Sabah dan Sarawak

F7 Tentangan daripada Filipina dan Indonesia
H7a sidang kemuncak antara tiga ketua kerajaan telah diadakan di Manila
H7b antara yang terlibat Tunku / Soekarno/ Macapagal
H7c hasilnya terbentuk MAPHILINDO

F8 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / PBB menghantar Suruhanjaya
Lawrence Michaelmore
H8a bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak sekali lagi
H8b majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia


(c)
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami pengetahuan ICT
F3 Mempelajari ilmu sains
F4 Mengekalkan keamanan negara
F5 Menjaga perpaduan kaum
F6 Menghormati budaya bangsa lain
F7 Mematuhi undang-undang negara
F8 Menghormati institusi raja berperlembagaan
F9 Mengamalkan cara hidup sihat
F10 Menjalankan R & D
F11 Mencintai inovasi
F12 Menjadi manusia yang kreatif dan inovatif
F13 Bersifat terbuka
F14 Tidak menderhaka kepada negara
Mana-mana jawapan yang munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan