Selasa, 25 Oktober 2011

Peranan Akhbar

(a) Senaraikan akhbar yang wujud di negara kita sebelum Perang Dunia kedua berlangsung.
(b) Apakah isu-isu yang diperjuangkan oleh akhbar-akhbar tersebut?
(c) Pada pendapat anda, mengapakah akhbar menjadi medium utama membangkitkan kesedaran masyarakat ketika itu?

(a)
F1 Warta Malaya
F2 Lembaga Malaya
F3 Majlis
F4 Utusan Melayu
F5 Warta Negara
F6 Fajar Sarawak
F7 Neracha
F8 Al-Ikhwan
F9 Saudara
F10 Suara Benar
F11 Lidah Benar




(b)
F1 Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
F2 Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
F3 Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif
F4 Menggalakkan tabungan dalam kalangan orang Melayu
untuk pendidikan anak-anak
F5 Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti
pertukangan / kerja tangan
F6 Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
orang Melayu
F7 Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan
memberikannya nilai ekonomi
F8 Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
pentadbiran British
F9 Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan
pendidikan Islam
F10 Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
F11 Menggalakkan syarikat kerjasama
F12 Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
kerana mengancam ekonomi tempatan
F13 Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu
F14 Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
F15 Menyeru orang melayu supaya berjimat cermat
F16 Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di
Kuala Lumpur
F17 Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja
Melayu
F18 Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana
tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk
rakyat
F19 Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
kerajaan

F20 Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S.)
untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan
F21 Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya
bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
F22 Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik
tempatan


(c)
F1 Murah
F2 Mudah dibawa
F3 Popular dalam kalangan masyarakat
F4 Memuatkan pelbagai bahan dan isu
F5 Meluas jaringan penyebarannya
F6 Berpengaruh dalam kalangan golongan yang celik huruf
F7 Banyak diterbitkan
F8 Idea nasionalisme boleh digarap dalam bentuk bahan kreatif
F9 Mudah mendapat maklumat berkaitan gerakan nasionalis
di seluruh dunia
F10 Pengedaran akhbar sangat cepat
F11 Kadar celik huruf dalam kalangan orang Melayu telah
meningkat
F12 Orang Melayu belum terdedah dengan teknologi telegraf
dan telefon yang agak mahal
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan