Selasa, 25 Oktober 2011

Zaman Gelap

(a) Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap
(b) Jelaskan perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah semasa Zaman Kemuncak Pertengahan.


(a)

F1 Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
F2 Kemerosotan dalam perdagangan
F3 Kemerosotan dalam kehidupan perbandaran
F4 Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
F5 Berlaku sistem feudal
F6 Kemunculan golongan tuan tanah / baron
F7 Tuan tanah memberi perlindungan kepada petani
F8 Sebagai tukaran petani terpaksa membayar cukai yang tinggi
kepada tuan tanah
F9 Petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa
menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
F10 Mereka menjadi hamba
F11 Tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada raja
F12 Tuan tanah terpaksa membayar cukai atau berkhidmat
kepada raja
F13 Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa
dan memiliki hartanah yan banyak
F14 Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
F15 Gereja memberi fokus kepada kegiatan agama dan
pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
F16 Kegiatan perdagangan tidak berkembang meluas
F17 Di perairan pantai utara dan barat diganggu oleh
serangan orang Viking dan Magyar
F18 Di kawasan mediterranean telah dikuasai oleh
pedagang-pedagang Islam
F19 Ekonomi ditumpukan kepada bidang pertanian
F20 Perniagaan barangan pertanian dijalankan secara
tukar barang
F21 Penggunaan mata wang sangat terhad
F22 Pusat pemerintahan yang lemah

(b)
F1 Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang univrsal
F2 Gereja menjadi agen penyatuan
F3 Berlaku perubahan ekonomi yang ketara
F4 Berlaku pertambahan penduduk
F5 Berlaku peningkatan aktiviti pertanian
F6 Kemunculan aktivii perdagangan
F7 Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan
dan Florence
F8 Lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,
pedagang dan ahli perbankan
F9 Status sosial seorang bergantung kepada kekayaan
bukannya pemilikan tanah
F10 Rakyat mula terlibat dalam urusan politik
F11Penglibatan rakyat menerusi institusi parlimen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan