Ahad, 30 Oktober 2011

Tamadun Hwang Ho

5 Pada sekitar tahun 2205 S.M. tamadun Hwang Ho telah berkembang menjadi pusat tamadun awal dunia.
(a) Terangkan ciri-ciri tamadun Hwang Ho.
[8 markah]
(b) Jelaskan sumbangan tamadun tersebut kepada peradaban manusia. [6 markah]
(c) Berdasarkan pengkajian anda terhadap tamadun tersebut, apakah iktibar yang boleh diperoleh untuk memajukan bidang pertanian di Malaysia?
[6 markah]



(a) F1 Kemunculan bandar-bandar
H1a bandar menjadi negara kota / contoh bandar Anyang
H1b dalam bandar ada istana / kuil / pusat pentadbiran
H1c raja / pembesar / golongan agama tinggal dalam bandar
H1d bandar Anyang dilengkapi tembok
H1e dikelilingi perkampungan

F2 Pemerintahan berdasarkan dinasti
H2a dinasti Hsia
H2b dinasti Shang
H2c dinasti Chou

F3 Susun lapis masyarakat
H3a raja dan pembesar lapisan tertinggi
H3b lapisan rakyat teramai sebagai petani
H3c terdapat golongan artisan dan pedagang
H3d lapisan paling bawah hamba
H3e hanya golongan pembesar boleh memiliki tentera dan
senjata gangsa
H3f tentera terdiri daripada dua kumpulan ; berkereta kuda /
berjalan kaki
H3g artisan mencipta pelbagai barangan tembaga
H3h hamba berperanan sebagai tentera upahan / membantu
kerja-kerja perburuhan / untuk tujuan korban
H3i mewujudkan pengkhususan pekerjaan

F4 Sistem pemerintahan
H4a sistem beraja
H4b raja mendapat mandat daripada tuhan
H4c raja-raja dinasti Shang tidak perlu mendapatkan
pengesahan politik kerana berketurunan pemerintah agama
H4d raja dibantu golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
H4e raja dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka
kepada wilayah-wilayah
H4f pembesar tempatan dilantik di setiap wilayah
H4g pembesar tempatan perlu berikrar taat setia kepada dinasti
Chou

F5 Amalan agama dan kepercayaan
H5a menyembah animisme
H5b politeisme
H5c penyembahan roh nenek-moyang
H5d menyembah tuhan syurga (Shang-ti) / tuhan bumi (Tu)
H5e menyembah sungai / bukit / gunung
H5f upacara penyembahan melibatkan muzik / tarian / korban
H5g upacara penyembahan diketuai oleh bomoh

F6 Sistem tulisan
H6a berpunca daripada amalan penilikan tulang oracle
H6b bomoh mentafsirkan rekahan pada tulang
H6c lahir tulisan berbentuk ideogram




F1 Memperkenalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
F2 Mengamalkan pemerintahan secara dinasti
F3 Membina sistem pengairan untuk kegiatan pertanian /
mengelakkan banjir
F4 Membina terusan Szechwan
F5 Memajukan teknologi pembajakan
F6 Mencipta cangkul
F7 Mencipta sabit
F8 Menggunakan batas dalam pertanian
F9 Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
F10 Memperkenalkan sistem tulisan ideogram
F11 Memuja roh nenek moyang
F12 Memperkenalkan konsep Yin dan Yang
F13 Memperkenalkan kalendar Cina yang mengandungi 30 hari
dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun
F14 Mengamalkan falsafah perang Sun Tzu / The Art of War





F1 Menjadikan pertanian sektor ekonomi yang penting
F2 Membina sistem pengairan
F3 Memperbarui teknik dan kaedah pertanian
F4 Memaksimumkan penggunaan tanah
F5 Memastikan kesuburan tanah sentiasa terpelihara
F6 Mengawal banjir secara berkesan
F7 Mengawal wabak penyakit pertanian
F8 Menggunakan alatan pertanian moden
F9 Menganggap pertanian satu perniagaan
F10 Mengiktiraf status sosial golongan petani / Hari Petani /
Penternak dan Nelayan
F11 Menghargai daya kreativiti dalam pertanian
F12 Mengamalkan sifat daya saing dan daya cipta
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum . cikgu , kalau keluar kertas 3 soalan mcm ni , lebih baik kite guna nota yg mcm ni dan terus bina ayat . atau salin shj dr buku teks ??

    BalasPadam