Selasa, 25 Oktober 2011

Faktor Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu

(a) Terangkan faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
(b) Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.
(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?

(a)
F1 Pengenalan sistem politik Barat
H1a sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional tempatan
H1b residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
Tempatan
H1c pembesar tempatan diberikan pencen
H1d perubahan ini mencabar sistem / amalan tradisi tempatan / menjatuhkan
Maruah

F2 Perkembangan sistem pendidikan
H2a Pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular melahirkan
golongan intelektual
H2b Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri
H3c Mereka menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk menyedarkan bangsa
H3d Mereka menolak penjajahan British

F3 Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu
H3a menggalakkan kedatangan orang asing datang ke Tanah Melayu
H3b telah meningkatkan jumlah penduduk imigran di Tanah Melayu
H3c mereka menguasai ekonomi dalam perlombongan/ perladangan / perniagaan
H3d orang Melayu kekal dalam pertanian padi
H3e bandar baru telah dibuka
H3f orang melayu kekal tinggal di luar bandar
H3g mewujudkan jurang taraf hidup antara orang Melayu di luar bandar
dengan penduduk bandar
H3h dasar British memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu

F4 Pendudukan Jepun
H4a konsep Kawasan Kesemakmuran Asia diperkenalkan oleh
Jepun / menggalakkan orang tempatan bekerjasama dan berjanji
memerdekakan mereka
H4b kesengseraan hidup dalam zaman Jepun menyebabkan rakyat membenci
penjajahan

F5 Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari
H5a PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
H5b telah mencetuskan konflik perkauman
H5c banyak orang Melayu terbunuh / rumah mereka dibakar
H5d serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak/ Johor/ Negeri
Sembilan/ Pahang

F6 Kemunculan mesin cetak
H6a memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong
penentangan terhadap British

F7 Kebangkitan Gerakan Pan-Islamisme
H7a merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
H7b didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia
H7c dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh / di Universiti al-Azhar

F8 Kesedaran politik serantau
H8a kesedaran politik di Indonesia terutamanya mendorong kebangkitan
nasionalisme di Tanah Melayu
H8b Indonesi sangat rapat dengan tanah melayu dari sudut geografi / budaya
H8c karya kesusasteraan Indonesia tersebar luas di Tanah Melayu
H8d kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan
unsur nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

(b)
F1 Gerakan yang berusaha mendorang masyarakat Melayu membetulkan
pandangan mereka terhadap Islam
F2 Kembali kepada ajaran Al-Quran dan hadis
F3 Dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaludin / Syed Sheikh al-Hadi / Abdul Rashid
Talu / Salim al-Kalili / Haji Abbas Taha / Burhanuddin al-Helmy
F4 Golongan Islah dikenali sebagai Kaum Muda
F5 Akhbar dan majalah al-Imam / Neracha / Idaran Zaman / Pengasuh digunakan
sebagai medium
F6 Ingin menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F7 Gesaan supaya orang Melayu memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F8 Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Melayu
F9 Mengkritik raja / pembesar Melayuyang tidak berperanan penting dalam
memajukan orang Melayu
F10 Berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah
F11 Madrasah menjalankan sistem pendidikan Islam
F12 Menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat
F13 Subjek yang diajar pendidikan fardu ain / ilmu hisab / bahasa Inggeris
F14 Bergerak dengan baik / berkesan di Negeri-Negeri Selat
F15 Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan
F16 Ditentang oleh Kaum Tua


(c)
F1 Prinsip Rukunegara
F2 Belajar dalam sekolah kebangsaan
F3 Menghayati perjuangan tokoh silam
F4 Mengekalkan keamanan negara
F5 Menjaga perpaduan kaum
F6 Menghormati budaya bangsa lain
F7 Mematuhi undang-undang negara
F8 Menghormati institusi raja berperlembagaan
F9 Menyambut sambutan hari kemerdekaan
F10 Menjadi warganegara yang bertanggungjawab
F14 Tidak menderhaka kepada negara
Mana-mana jawapan yang munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan