Selasa, 8 November 2011

tips kedua 1249/2

Tips Kedua Kertas Sejarah 1249/2
Salam bertemu sekali lagi. Kepada calon SPM kertas 1249/2, sudahkah anda membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi peperiksaan tersebut? Apakah persediaan yang dibuat disusun atur dengan rapi? Atau sekadar mengikut kata hati semata?
Sebenarnya, sekiranya kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran, kita boleh memilih topic-topik yang penting bagi menghadapi ujian tersebut. Sebagai contoh, Bab 1dan 2 tingkatan 4 pasti ada satu soalan yang akan ditanya. Sekiranya, kita tidak mempunyai masa yang banyak kita mesti membaca tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus.
Bab 3 tingkatan 4, telah disoal dalam SPM tahun lepas. Jadi, sub topik yang belum disoal berkaitan Kedah, Srivijaya, Angkor, Funan dan pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara. Oleh itu, sekiranya calon berasa sukar mengingat sub topik dalam bab ini rasanya adalah wajar kalau bab ini diabaikan.
Bab 4 dan 5 pelajaran tingkatan 4 wajib akan ditanya satu soalan. Oleh yang demikian, adalah wajar ccalon membaca ehwal berkaitan sejarah zaman Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, sub topik yang perlu dipertimbangkan adalah Hijrah, Piagam Madinah, Pembukaan Semula Kota Makkah dan Etika Perang Dalam Islam.
Bab 6, 7 dan 8 yakni hal berkaitan kerajaan yang wujud selepas zaman Rasulullah sangat luas.Dengan itu dicadangkan calon memberikan perhatian terhadap sub topik kerajaan bani Umaiyah, pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ( termasuk kesan pertembungan) dan pengaruh Islam di Asia Tenggara.
Bab 9 pelajaran tingkatan 4 satu sub topik yang mesti dibaca ialah Zaman Gelap dan Zaman Kemuncak Pertengahan.
Bab 10 adalah bab yang sangat diharap akan ditanya dalam SPM pada tahun ini. Dua sub topik utama ialah kedatangan buruh asing dan undang-undang tanah.
Sebagai kesimpulannya, tidak banyak sub topik yang perlu dipelajari secara hafalan holistik. Sekiranya calon boleh memahami hal telah dibicarakan di atas, walaupun hanya tinggal lapan hari sahaja sebelum menjawab kertas 1249/2, rasanya calon belum terlambat untuk mengulang kaji. Jadi, selamat mengulang kaji secara pintar dan berilah perhatian lebih kepada sub topik yang telah dicanai di atas tadi.
Sekali lagi, selamat membaca secara pintar dan terus berusaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan