TAJUK KHUSUS: Sejauh manakah perkembangan kerajaan-kerajaan
awal di Asia Tenggara berupaya membangunkan tamadun di Asia Tenggara dan
hubungkaitkan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita atas asas yang
disumbangkan oleh kerajaan awal tersebut.
1.Nyataka
ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim.
Kerajaan agraria
F1 Menjalankan ekonomi berasaskan pertanian/
penternakan/ pemungutan hasil hutan/ sungai
F2 Lokasi di lembah sungai / di kawasan
pedalaman/ kawasan berbukit dan lereng gunung berapi
F3 Mempunyai teknologi pengairan seperti baray
F4 Mempunyai kawasan tanah pertanian yang subur
F5 Raja dan kerajaaan bertanggungjawab dalam
pembinaan dan pengurusan sistem pengairan
F6 Tukang kayu dan tukang batu yang baik
terdapat dalam kerajaan agraria
Kerajaan maritim
F1 Terletak di
lembah sungai / pesisir pantai / kepulauan
F2 Aktiviti
ekonomi utama perdagangan
F3 Ada
pelabuhan
F4 Terdapat
pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan, dan pelabuhan entreport
F5 Penduduk
terdiri daripada orang tempatan / orang laut / pedagang luar
F6 Bahasa
perhubungan ialah bahasa Melayu
F7 Pelabuhan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
F8 Masyarakat
mempunyai semangat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar
F9 Mempunyai
kemahiran membina kapal layar dan perahu
F10 Memiliki kaedah
menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit
2.Jelaskan perkembangan kerajaan-kerajaan awal
berikut: (i) Angkor (ii) Srivijaya
(iii) Kedah Tua
Angkor
F1 Terletak di
Lembah Sngai Mekong
F2 Menjadi
sebuah kerajaan yang kuat kerana kedudukannya yang berhampiran Tasik Tonle
Sap
F3 Air dari
Tasik Tonle Sap menjadi sumber air domestik dan pengairan
F4 Tanah di
sekitar tasik sangat subur kerana lumpur lanar
F5 Iklim di
sekeliling tasik panas dan lembap sepanjang tahun sangat sesuai untuk
pertanian
F6 Tonle Sap
membekalkan bekalan ikan air tawar
F7 Pemeerintah
seperti Raja Indravarman I telah
membina sistem pengairan yang dikenali sebagai baray
F8 Raja sendiri
terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
F9 Kerajaan
bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
F10 Dengan
adanya pengairan hasil padi yang dikeluarkan dapat menampung keperluan
penduduknya
Srivijaya
F11
Pelabuhannya terletak di kawasan yang strategik di Selat Melaka dan Selat
Sunda
F12 Juga
dikenali sebagai Tuan Selat
F13 Terletak di
laluan perdagangan antara China dengan India
F14 Mempunyai
pelabuhan yang baik/ terlindung
F15 Terletak di
kawasan yang strategik
F16 Memiliki
bala tentera laut yang besar
F17 Dianggotai
oleh pelbagai golongan rakyat termasuk Orang Laut
F18 Tentera
laut berfungsi mengawal perdagangan di Selat Melaka / mengawal keselamatan
kerajaan
F19 Menjadi
tempat persinggahan kapal yang berdagang antara China dengan India
F20 Pellabuhan
Srivijaya mempunyai banyak barang dagangan yang dibekalkan oleh kawasan
pemerintahan dan taklukannya
F21 Penduduk
Srivijaya mampu menghasilkan kapal besar
F22 Mempunyai
sistem pentadbiran yang agak kompleks
Kedah Tua
F23 Terletak di
Lembah Bujang
F24 Berkembang
antara abad kelima hingga akad ketiga belas
F25 Kebangkitannya
sangat berkait rapat dengan kerajaan Srivijaya
F26 Bahkan
pernah disebut secara bersamaan dengan nama Shih-li-fo-shi /Kataha
F27 Menjadi
pelabuhan entreport sejak abad kelima
F28 Pada
awalnya terletak di Sungai Mas
F29 Pada abad
kelima hingga abad kesepuluh penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha
F30 Selepas
abad kesebelas penduduk Kedah Tua menganut agama Hindu
F31 Merupakan
pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai Barat Tanah Melayu
F32
perkembangan kerajaan Kedah Tua dibantu oleh peranan Gunung Jerai
F33 Pada waktu
malam nyalaan api dipasang untuk memandu kapal dagang singgah dan keluar dari
pelabuhan
F34
Perkembannya juga kerana kedudukannya yang strategik
F35 Berada di
Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monson barat daya dan
angin monson timur laut
F36 Banyaknya
kemudahan menyimpan barang dagangan
F37 Kedah Tua
kaya dengan barang dagangan asil hutan seperti damar/ rotan/ dan sumber bumi
seperti timah
F38 Barangan
dari luar yang diperdagangkan oleh pelabuhan Kedah Tua termasuklah kapas/
sutera/ teh/ tembikar/ kaca/ manik
3. Buat satu analisis yang terperinci tentang
pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaa-kerajaan
awal di Asia Tenggara.
F1 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H1a
Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
H1b Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk
ketua kerajaan
F2
Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di
bawahnya terdapat kerabat diraja
H2b
Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
H2c
Diikuti dengan rakyat
H2d
Hamba golongan paling bawah
F3
Raja berkuasa mutlak
H3a Berkuasa
meliputi hal pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
F4 Perintah raja menjadi undang-undang
H4a Sesiapa
melanggar perintah dianggap menderhaka
H4b Kesalahaan
menderhaka tidak diampunkan
H4c Raja dikehendaki
adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja
sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat
takut menderhaka
H5b Lahir
konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
H5c Dipercayai
memiliki kesaktian
F6
Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
H6a Bertujuan
mengukuhkan kedudukan dan status raja
F7
Wujud adat istiadat pertabalan raja
H7a Bertujuan
mengukuhkan kedaulatan raja
H7b Upacara pertabalan
dipimpin oleh golongan Brahmin
H7c Dapat
membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F8 Raja
berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a Bertujuan
menjadi raja terulung
H8b Mendirikan
kompleks kota
H8c Lambang
konsep alam semesta / orde kosmos
F9 Terdapat
gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
H9a Seperti
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
H9b Di bawah
anak raja terdapat parvanda / senapati sbg ketua pentadbir
4.Kerajaan-kerajaan
awal di Asia Tenggara berjaya membangunkan tamadun yang besar dan hebat.
Pada
pendapat anda, apakah aspek pencapaian kerajaan awal yang boleh kita contohi
bagi menjadikan negara kita gemilang menjelang tahun 2020.
F1 Sistem
pemerintahan yang teratur/ sistematik /raja berkuasa mutlak
H1 Kita perlu
mewujudkan sistem pemerintahan sistematik mengikut ukuran zaman kini/
melaksanakan pemerintahan secara demokrasi
F2 Pentadbiran
yang diterajui golongan bangsawan
H3 Kita perlu
mewujudkan suatu golongan pentadbir yang cekap/ Misalnya penjawat awam yang
dilatih oleh INTAN
F3 Memiliki
golongan tentera yang berkeupayaan/ orang laut
H4 Kita mesti
memiliki angkatan tentera yang besar dan moden bagi menjaga kedaulatan
negara/ Contohnya angkatan tentera laut dilengkapi kapal selam Scorpene
F5 Memiliki
kemampuan menguatkuasakan undang-undang bagi menjadikan negara aman
H5 Kita
perlulah menguatkuasakan undang-undang secara telus dan adil/ Contohnya pihak
mahkamah mempunyai kebebasan menjalankan perbicaraan tanpa sebarang gangguan
F6 Memiliki
adat istiadat negara bagi menunjukkan kewujudan sebuah kerajaan yang
berdaulat
F7 Kita perlu
mempunyai adat istiadat negara / Contohnya adat penganugerahan oleh ketua
negara dan ketua negeri kepada warga Malaysia
F8 Mempunyai
sumber alam yang banyak
H8 Kita
perlulah mempelbagaikan sumber eksport negara kita bagi mengelakkan
kebergantungan kepada sesuatu sumber sahaja/ dapat mengelakkan terlalu
bergantung kepada keadaan pasaran
F9 Memiliki
pelabuhan entreport yang maju
H9 Kita
mestilah membangunkan pelabuhan negara kita menjadi pelabuhan yang moden
supaya hasil negara tidak perlu dieksport melalui pelabuhan negara asing
F10 Mampu
menyediakan prasarana yang mencukupi
H10 Kita
hendaklah menyediakan kmudahan infrastruktur moden bagi memudahkan urusan
pelabur yang melabur dalam negara kita
F11 Mempunyai
keupayaan menyediakan makanan yang mencukupi
H11 Kita
perlulah memajukan industri pertanian supaya industri tersebut dapat menjadi
sumber pendapatan negara/ sumber pekrjaan
F12 Mempunyai
hubungan yang baik dengan negara tetangga
H12 Kita mesti
mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan negara tetangga bagi
mengelakkan pelbagai konflik
F13 Mampu
memanfaatkan sumber alam untuk kepentingan negara/ contohnya Gunung Jerai
dijadikan panduan untuk kapal keluar dan masuk
H13 Kita
mestilah enggunakan kekayaan alam semula jadi dalam negara secara bijaksana.
Contohnya membangunkan industri pelancongan kerana keunikan muka bumi negara
F14 Mampu
menghasilkan kebudayaan yang menarik dan unggul
H14 Kita
mestilah sentiasa memelihara warisan kebudayaan negara yang kaya dengan
sumber sejarahnya
F15 Mampu
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
H15 Kita
mestilah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan dan ilmu di
Asia Tenggara
Mana-mana jawapan yang munasabah
5.
Kewujudan kerajaan awal yang terbilang di Asia Tenggara terutamanya berpunca
daripada faktor geografi kerajaan-kerajaan awal tersebut. Bersetujukah anda
dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda.
Bersetuju
F1 Berada pada kedudukan yang strategik
F2 Di tengah-tengah laluan antara China dengan
India
F3 Mengawal laluan masuk dan keluar selat Melaka
F4 Menguasai Selat Sunda
F5 Terlindung daripada tiupan angin monson barat
daya dan timur laut
F6 Berada pada selat antara yang tersibuk di
dunia
F7 Berdekatan dengan kawasan pengeluar bahan
mentah seperti rempah dan hasil hutan
F8 Kawasannya sesuai didirikan pelabuhan
F9 Mempunyai tanah yang subur
F10 Hasil daripada lumpur lanar dan letusan
gunung berapi
F11 Mempunyai sumber air semulajadi yang
mencukupi/ Sungai Mekong/ Tonle Sap
Tidak bersetuju
F12 Keupayaan raja memimpin kerajaan
F13 Wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik
F14 Membangunkan kemudahan pelabuhan yang
bertaraf dunia
F15 Membina sistem pengairan/ baray
F16 Menjalin hubungan perdagangan dengan
pelbagai negara
F17 Keupayaan Orang Laut mengawal Selat Melaka
F18 Memiliki bala tentera yang besar
F19 Menjadikan bahasa Melayu bahasa lingua
franca dalam urusan perdagangan
F20 Masyarakat memiliki semangat meneroka
F21 Masyarakat mampu membina kapal yang besar/
kapal layar
F22 Mempunyai barang dagangan yang banyak
F23 Mempunyai sumber makanan yang mencukupi
Mana-mana jawapan yang munasabah
6.
Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada tahun 2020. Sebagai pelajar,
apakah yang perlu anda lakukan bagi menjayakan hasrat murni tersebut?
F1 Belajar
bersungguh-sungguh
F2 Mendalami
teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan
perpaduan kaum
F4 Patuh kepada
peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi
pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada
negara
F7 Hormat
kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita
tinggi
F9 Sanggup
menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai
semangat daya saing
F11 Bersifat
kreatif dan inovatif
F12 Bersifat
terbuka
F13 Sedia
menerima perubahan
F14 Tidak
mementingkan diri sendiri
F15 Tidak
terlibat dengan gejala sosial yang negatif
Mana-mana jawapan yang munasabah
7. Pada pandangan anda, apakah unsur patriotisme
yang boleh diperoleh daripada kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia
Tenggara demi menerapkan jati diri warga Malaysia?
F1 Cinta akan negara
H1a sanggup menentang ancaman luar dari kerajaan
Chola di India Selatan
H1b sedar akan keburukan akibat daripada penguasaan
kuasa asing
H1d perpaduan tercapai dalam kalangan rakyat
bagi menentang pihak luar
H1d sentiasa berusaha menyaingi kuasa asing
F2 Menghormati raja
sebagai ketua negeri
H2a mempunyai kesedaran yang tinggi peri penting
menghormati ketua negara dan pemimpin negara
H2b contohnya sultan
H2c contohnya Yang Di-Pertuan Agong
H2d tidak melakukan perbuatan khianat terhadap
ketua negeri
H2e contohnya memuatnaik imej negatif sistem
F3 Menyayangi bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan
H3a bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua
franca di Alam Melayu
H3b bahasa melayu pernah menjadi bahasa sarjana
menggantikan bahasa Sanskrit
H3c bangga mampu bertutur menggunakan bahasa
kebangsaan dengan betul
H3d menjadikan bahasa kebangsaan alat perpaduan
kaum
H3e tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan
H3f mengiktiraf bahasa kebangsaan dalam majlis
negeri/ negara sama ada majlis rasmi mahupun tidak rasmi
H3g penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada
semua papan tanda jalan dan perniagaan
F4 Mempunyai semangat kekitaan
/ esprit de corp
H4a semua golongan rakyat dalam kerajaan awal
patuh menyokong apa-apa sahaja perintah raja mereka
H4b menyokong negara sendiri
H4c contohnya dalam kegiatan sukan / kebudayaan
/ filem dsbnya
H4d berbangga dengan sorakan ‘Malaysia Boleh’
H4e berbangga dengan konsep ‘1Malaysia’
F5 Menyanjung budaya
bangsa
H5a rakyat dalam kerajaan awal menerima budaya
yang diterapkan oleh pemerintah mereka
H5b sentiasa menyanjung prinsip Kebudayaan
Kebangsaan
H5c budaya masyarakat peribumi dipelihara / menjadi
teras
H5d budaya universal diterima pakai
H5e prinsip asimilasi dalam budaya dihargai
H5f kerencaman budaya menjadikan negara Malaysia
unik
F6 Menghargai warisan
sejarah negara
H6a warisan sejarah kerajaan awal dibanggakan
rakyat kerajaan awal
H6b warisan sejarah negara dipulihara
H6c peristiwa sejarah dijadikan iktibar warga
dan negara
H6d tokoh / wira bangsa dihargai
H6e kesilapan lampau diazami tidak akan diulangi
H6f menyambut perayaan Hari Kemerdekaan
H7g menyambut perayaan Hari Malaysia
F7 Berdisiplin
H7a perbuatan melanggar arahan raja dikenakan
hukuman yang berat
H7bmelahirkan warga yang patuh kepada
perlembagaan negara
H7c taat dan setia kepada negara
H7d amanah dan mempunyai intergriti dalam setiap
pekerjaan
H7e kedaulatan negara menjadi keutamaan
H7f sanggup bersaing dengan penduduk negara yang
lebih maju
F8 Membentuk bangsa Malaysia
H8a sesebuah kerajaan walau berapa luas
kawasanpun menerima raja yang sama sebagai kerajaan yang sama
H8b berfikir dari sudut sebagai rakyat Malaysia
H8c perasaan perkauman disisihkan
H8d hak etnik peribumi dikekalkan
H8e hak kaum-kaum yang lain tidak dinafikan
H8f keadilan sosial untuk rakyat Malaysia
8
Rumusan
·
Pengetahuan yang
diperoleh
·
Iktibar kepada diri,
bangsa dan negara
·
Harapan untuk masa depan
ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
|