Isnin, 5 Ogos 2013

Hijrah



Pernyaaan berikut menunjukkan tuduhan orientalis Barat tentang hijrah umat Islam ke Madinah.
“Orienalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai suatu pelarian”
(a) (i) Berikan hujah anda untuk menyangkal dakwaan orientalis Barat tersebut.
     (ii)Apakah faktor yang mendorong peristiwa hijrah nabi Muhammad S.A.W. ke
  Madinah.
(b) Jelaskan kepentingan hijrah terhadap perkembangaan Islam.
(c) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh melalui peristiwa hijrah?



(a) (i)
F1 Konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan hijrah barat.
F2 Jemputan orang Arab Madinah
F3 Seperti tercatat dalam Perjanjian Aqabah 2
F3 Ketibaan orang Islam Makkah disambut meriah
F4 Orang Islam Makkah diberi tempat tinggal
F5 Dijamin keselamatan oleh orang Arab Madinah
F6 Nabi dilantik sebagai pemimpin
F7 Baginda diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah
F8 Termasuk orang bukan Islam
F9 Orang Islam Makkah tidak dianggap sebagai pelarian
F10 Penghijrahan nabi lebih kepada strategi dakwah

(a)(ii)
F1 Untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
F2 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
F3 Untuk meneruskan dakwah Islamiah
F4 Kerana perintah Allah menerusi wahyu
F5 Surah al-Anfal
F6 Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
F7 Ancaman daripada orang Quraisy Makkah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
F8 Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam
F9 Membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan
F10 Disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
F11 Salah satu syarat dalam Perjanjian Aqabah II
F12 Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber
F13 Jaminan keselamatan yang diberi oleh orang Arab Madinah
F14 Untuk mendamaikan suku Aus dan Khazraj

(b)
F1 Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung
F2 Dapat mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3  Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
F4  Menyatukan golongan Aus dan Khazraj yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan  ekonomi dan sosial
F5 Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
F6  Gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F7 Menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
F8 Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F9 Membina sebuah masjid iaitu Masji al-Nabawi
F10 Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F11 Wujud takwim Islam berdasarkan kiraan tahun Hijrah dan takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F12Menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
F13 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah
F14 Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F15 Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
F16 Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
F17 Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. seperti Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta / Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda/ Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F18 Menunjukkan peranan wanita ontohnya, Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w./ menghantar makanan/ menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F19 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
F20 Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
F21 Tidak pernah berputus asa sifat positif baginda wajar diontohi
F22 Bijak mengatur strategi peperangan bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah
F23 Dapat merangka Piagam Madinah piagam bertulis yang pertama di dunia
F24 Islam dapat berkembang di kawasan yang meluas
F25 Bilangan penganut Islam bertambah dengan pesat

 (c)
F1 Kita mesti sanggup berkorban demi mencapai kejayaan. Sebagai contoh, Rasulullah meninggalkan kampung halaman
F2 Kita mesti berani berkata benar. Sebagai contoh, Rasulullah menyebarkan agama Islam walaupun ditentang dan diancam
F3 Kita meesti menjadi bijak. Sebagai contoh, baginda menggunakan jalan ke selatan untuk ke Madinah
F4 Kita mesti mempunyai kebolehan merancang. Sebagai contoh, baginda tidak terus ke Madinah, sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur
F5 Kita tidak boleh berputus asa. Sebagai contoh, baginda tidak berputus asa mengubah tingkah laku masyarakat Quraisy Makkah
F6 Kita mesti memandang mulia peranan kaum wanita. Sebagai contoh, Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy
F7 Kita mesti sedia berbakti demi negara. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf menyumbangkan hartanya untuk umat Islam
F8 Kita mesti mengamalkan sikap berkasih sayang sesama insan. Sebagai contoh, Ali bin Abu Talib sanggup mengambil tempat tidur Nabi Muhammad kerana kasih dan sayangnya terhadap Nabi
F9 Kita mesti mengamalkan nilai bersatu padu dalam masyarakat. Sebagai contoh, kaum Aus dan Khazraj disatukan oleh Rasulullah menjadi Ansar
F10 Kita mesti menyemai hubungan persaudaraan yang sejati. Sebagai contoh, golongan Ansar bersedia menawarkan harta, tempat tinggal dan isteri kepada golongan Muhajirin
F11 Kita mesti mengamalkan semangat bekerjasama. Sebagai contoh melalui semangat ini Masjid nabawi berjaya didirikan
     (Mana-mana jawapan yang munasabah)     
    

1 ulasan: