Isnin, 16 September 2013

Sistem Ahli


        

(a)     Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli?
(b)   Senaraikan tokoh yang pernah dilantik menganggotai Sistem Ahli.
(c)    Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.
(d)   Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada rakyat Tanah Melayu?
          
(a)
F1 Menjalankan dasar dekolonisasi
F2 Mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya
F3 Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu

(b)
F1 Dato’ Onn bin Jaafar
F2 O.A. Spencer
F3 Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid
F4 Dr Lee Tiang Keng
F5 Dato’ E.E.C. Thuraisingam
F6 J.D. Hodgkinson
F7 J.D. Mead
F8 Dato’ Mahmud Mat

(c)
F1 Satu sistem kabinet bayangan
F2 Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
F3 Anggota Sistem Ahli dipanggil Ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
F4 Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British
F5 Pelantikan dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu
F6 Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai British
F7 Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu tiga daripadanya orang Melayu, orang Cina dan orang India
F8 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
F9 Ahli yang dilanti dikehendaki menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan
F10 Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada
F11 Bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP
F12 Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama
F13 Pesuruhjaya Tinggi memberi arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut

(d)
F1 Tapak asas melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
F2 Memulakan proses perpaduan kaum di Tanah Melayu
F3 Asas ke arah kemerdekaan
F4 Memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk berlatih mentadbir
F5 Mengurangkan ancaman komunis
     Mana-mana jawapan yang munasabah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan