Sabtu, 5 Oktober 2013

1249/2 TOPIK PENTING SPM 2013



  Demam peperiksaan SPM muncul semula. Calon-calon yang telah membuat persiapan rapi , menyeluruh dan holistik sangat tidak sabar menantikan tarikh peperiksaan bermula. Bagaimanapun kepada calon yang kurang bersedia dan mengulang kaji  mata pelajaran tarikh peperiksaan yang bakal tiba sangat membimbangkan mereka. Pada kala inilah mereka merasakan terlalu banyak bahan dan item yang belum dikuasai. Sebagai jalan pendek, mulalah mereka mencari soalan-soalan ramalan bagi memenuhi hasrat menjawab soalan peperiksaan yang bakal menjelang.
       Untuk kertas Sejarah 2 yakni 1249/2, calon-calon tidak harus meramalkan soalan yang akan keluar. Hal ini, perlu diingat kerana antara matlamat pembelajaran Sejarah adalah untuk memupuk dan membina suatu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat esprit de corp yang kuat dalam kalangan etnik yang berbeza tetapi berkongsi latar belakang sejarah yang serupa. Semua peristiwa dan pengkisahan sejarah negara perlu ditatar dan diperhalusi setiap individu pelajar bagi mengangkasakan jati diri bangsa Malaysia yang bermaruah tinggi.
       Oleh hal yang demikian, setiap calon mestilah membaca semua bab daripada buku Sejarah Tingkatan Empat dan buku Sejarah Tingkatan Lima. Dengan perkataan lain calon yang akan mengambil peperiksaan SPM subjek Sejarah 1249/2 wajib menguasai sebanyak 19 bab. Sepuluh bab pelajaran tingkatan empat. Manakala sebanyak sembilan bab pelajaran tingkatan 5. Apabila dicampurkan kedua-duanya jumlahnya terlalu besar. Jadi, sekiranya calon-calon telah bersedia sejak awal tahun, hal ini tidaklah sesuatu yang sukar. Tetapi, bagi calon yang membuat persediaan dalam tempoh dua bulan terakhir menjelang tarikh peperiksaan hal ini sesuatu yang amat menyulitkan.
       Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan calon-calon yang membuat persediaan di saat-saat terakhir, saya ingin berkongsi beberapa maklumat dan tips untuk menjawab soalan Sejarah Kertas 2. Sayugia diingatkan, maklumat yang akan dikongsi adalah cadangan bahan yang perlu dibaca oleh calon dan bukannya soalan ramalan. Saya masih berpegang kepada prinsip setiap calon mestilah menguasai setiap nafas helaan Sejarah Malaysia.
        Analisis yang akan saya kongsikan adalah seperti berikut:
1.      Daripada pelajaran bab 1,2 dan 3 pelajaran tingkatan empat akan dikeluarkan satu soalan di peringkat SPM. Bab-bab ini sangatlah luas skop bidangnya. Dalam Bab 1 yang belum pernah disoal di peringkat SPM hanyalah tentang tamadun Hwang Ho. Manakala dalam bab 2, yang belum pernah disoal adalah dinasti Maurya dan dinasti Chin. Manakala soalan berkaitan agama tidak begitu sesuai untuk dibuat soalan struktur dan esei. Bab 3 aspek berkaiatan pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara sahaja yang belum pernah disoal dalam soalan SPM.
Analisis saya:
Setelah saya lihat soalan-soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, saya
dapati kebanyakannya menjangkakan soalan yang bakal ditanya adalah  tamadun Hwang Ho. Saya juga menjangkakan kemungkinan soalan yang bakal ditanya adalah soalan yang pernah disoal dalam soalan SPM yang lalu. Kemungkinan soalan yang inginkan calon mengetahui mengenai sesuatu aspek tetapi melibatkan semua tamadun.Oleh kerana, tahun lalu aspek yang disoal adalah aspek seni bina, maka saya berharap tahun ini aspek yang ditanya adalah aspek pendidikan.  Jadi, calon perlulah bersedia tentang:
i. tamadun Hwang Ho [soalan yang belum pernah ditanya]
ii. sumbangan tamadun Mesopotamia [soalan ulangan spm lalu]
iii. pendidikan dalam tamadun di China, Yunani, Rom, India [soalan aspek]
iv. kerajaan maritim dan contohnya Srivijaya atau Kedah Tua [soalan ulangan spm lalu]

2.  Dalam peperiksaan SPM sebenar dijangkakan pelajaran bab 3 dan bab 4 iaitu
Islam pada zaman Rasulullah sekurang-kurangnya akan ditanya satu soalan. Berdasarkan pengkajian saya terhadap soalan-soalan percubaan negeri tahun 2013, saya dapati kebanyakan negeri menyoal tajuk yang sama. Antara tajuk yang popular disoal ialah hijrah, piagam Madinah, perang dalam Islam, dan pembukaan semula kota Makkah. Kemungkinan soalan yang pernah ditanya akan diulang dalam soalan SPM kali ini. Jadi, saya berharap calon perlulah membaca dan meneliti dengan kejap tajuk:
i. Hijrah [ pernah disoal dalam SPM tahun 2005]
ii Piagam Madinah [soalan yang belum pernah ditanya dalam SPM]
iii Pembukaan semula kota Makkah [ belum pernah ditanya dalam soalan SPM]

3.   Seterusnya, dalam soalan SPM sebenar kewujudan kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah akan ditanya satu soalan. Bab yang berkaitan meliputi bab 6 hingga bab 8. Topik ini sangat luas dan banyak soalan-soalan yang boleh disoal dan belum pernah ditanya dalam soalan SPM sebenar. Kemungkinan soalan yang akan popular ialah cara pemilihan khalifah / khalifah Abu Bakar, khalifah Uthman al-Affan,  kerajaan bani Abbasiyah,pengaruh Islam dalam pentadbiran, pengaruh Islam dalam perdagangan di Melaka, mata wang dan percukaian di Melaka, Justeru, saya menjangkakan terdapat banyak topik yang patut dibaca oleh calon. Untuk kemudahan calon yang lewat membuat persediaan tajuk yang perlu diberi perhatian termasuklah:
i. Cara pemilihan khalifah dan khalifah Abu Bakar [ pernah disoal SPM 2007]
ii. Khalifah Uthman al-Affan
iii Pengaruh Islam dalam pentadbiran
iv. Mata wang, perdagangan dan percukaian di Melaka.

4.   Bab 9 pelajaran tingkatan 4 merupakan bab yang kerap ditanya dalam soalan SPM. Bagaimanapun saya menjangkakan dalam peperiksaan SPM tahun ini bab ini tidak dikeluarkan. Sebenarnya, hampir semua sub topik dalam bab ini pernah ditanya dalam soalan SPM yang sebenar. Antara topik popular yang wujud dalam hampir semua soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia adalah Zaman Gelap, kemuncak Zaman Gelap dan Reformation.

5.   Oleh kerana, saya menjangkakan bab 9 tidak akan ditanya dalam SPM kali ini, saya yakin satu soalan akan ditanya daripada bab 10. Apabila saya meneliti soalan-soalan percubaan negeri-negeri dalam Malaysia kekerapan beberapa topik disoal sangat jelas. Antara topik itu termasuklah ekonomi tradisional masyarakat tmpatan, perlombongan bijih timah di tanah Melayu, perkembangan mata wang di Tanah Melayu, undang-undang tanah , dasar British terhadap pekebun kecil,dan perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka. Secara keseluruhannya, saya yakin dalam SPM kali ini tajuk penting yang mesti diberi tumpuan adalah :
      i.  Perlombongan bijih timah [ pernah ditanya dalam SPM 2008]
     ii.  Perkembangan mata wang di Tanah Melayu [belum pernah ditanya dalam SPM]
  iii.  Undang-undang berkaitan tanah [ belum pernah ditanya dalam SPM]
   iv. Dasar British terhadap pekebun kecil [ belum pernah ditanya dalam SPM]

6.    Menerusi pengamatan saya, bab 1 tingkatan 5 merupakan bab yang selalunya disoal dalam bentuk soalan struktur. Bab ini sangatlah luas merangkumi semua negara di Asia Tenggara. Jika diperhalusi didapati banyak lagi sub topik bab 1 ini yang belum pernah ditanya dalam soalan SPM. Kebiasaannya soalan bercorak umum yakni keseluruhan Asia Tenggara sering ditanya. Manakala solan bercorak khusus yakni menerangkan secara terperinci keadaan sesebuah negar belum pernah ditanya. Oleh itu, saya sangat berharap agar soalan bercorak khusus ditanya dalam soalan SPM tahun 2013 ini. Antara topik yang banyak dikeluarkan dalam soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia adalah ciri umum birokrasi Barat, naionalime di Filipina, nasionalisme di Indonesia dan nasionalisme di Thailand. Secara kesimpulannya, adalah wajar sekiranya calon membuat ulang kaji untuk tajuk :
   i. Ciri umum birokrasi Barat di seluruh Asia Tenggara [tidak pernah ditanya dalam SPM]
  ii. Kesan birokrasi Barat ke atas pentadbiran tradisional di Asia Tenggara
 iii. Nasionalisme di Filipina dan Indonesia

7.  Bab 2 pelajaran tingkatan 5 merupakan bab yang disoal dalam setiap kali peperiksaan SPM. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, terdpat beberapa soalan yang boleh dikategorikan sangat popular. Antaranya Gerakan Islah, akhbar dan majalah, perjuangan bercorak kesatuan,dan KMM. Sebagai kesimpulannya, saya jangkakan akan wujud satu soalan daripada bab ini. Oleh itu, sewajarnya calon mengulang kaji tajuk :
  i.  Gerakan Islah
 ii.  Perjuangan menerusi akhbar dan majalah

8.   Pelajaran bab 3 hingga bab 5, tingkatan 5 berdasarkan pola soalan-soalan SPM yang lalu akan ditanya satu soalan sahaja. Oleh kerana dalam soalan SPM kali ini jumlah soalannya ditambah menjadi sebelas, kemungkinan jumlah soalan yang disoal menjadi dua dua tidak boleh ditolak. Bab-bab ini sangat penting kerana merupakan ”jantung” sejarah Malaysia. Tanpa mempelajari bab-bab ini bahagian terpenting dalam Sejarah Malaysia hilang dalam jati diri bangsa. Menerusi pengamatan saya ke atas soalan-soalan percubaan negeri di Malaysia saya dapati, topik yang sering ditanya adalah Sistem Jemaah Meenteri di Kelantan, Undang-undang tubuh kerajaan Terengganu,prinsip demokrasi di Negeri Sembilan, Sistem Ahli, Suruhanjaya Reid, dan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dengan itu calon-calon mestilah menguasai tajuk :
    i. Sistem Ahli [ pernah disoal dalam SPM  2006]
   ii. Suruhanjaya Reid [belum pernah disoal dalam SPM]]
  iii. Persekutuaan Tanah Melayu 1957 [belum pernah ditanya dalam SPM]

9.  Pelajaran bab 6, tingkatan 5 merupakan tajuk yang sangat penting dalam peperiksaan SPM tahun ini. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap semua soalan percubaan negeri didapati hampir semua negeri meramalkan bab ini akan disoal. Jaadi, calon SPM 2013 mestilah menguasai bab ini dengan bersungguh-sungguh. Bahagian soalan yang mesti diberi perhatian adalah
   i. Tokoh yang pernah mencadangkan penggabungan [belum pernah disoal dalam SPM]
  ii. Sebab pembentukan Malaysia [belum pernah disoal dalam SPM]
 iii. Langkah pembentukan Malaysia [belum pernah disoal dalam SPM]
  iv. Reaksi terhadap pembentukan Malaysia [pernah ditanya dalam SPM 2005]

10.  Bab 7, pelajaran tingkatan 5 merupakan bahagian yang sangat luas dan melibatkan fakta yang calon mesti jawab dengan tepat. Berdasarkan pemerhatian saaya terhadap soalan-soalan percubaan negeri, terdapat beberapa tajuk yang mesti diberi perhatian oleh calon. Antaranya badan pelaksana, badan kehakiman, dan pilihan raya di Malaysia. Jadi, saya membuat kesimpulan calon mestilah menguasai dengan terperinci :
   i. Pilihan raya di Malaysia.

11. Bab 8, pelajaran tingkatan 5 melibatkan ehwal ekonomi sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini, langkah-langkah ke arah pembentukan perpaduan kaum dan Wawasan 2020. Soalan-soalan percubaan negeri yang dikaaji menyimpulkan tajuk yang perlu diberi perhatian adalah Rancangan Malaysia Keempat (industri berat), dasar pendidikan kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Sukan Untuk Perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Oleh sebab bab ini terlalu luas dan melibatkan soal ekonomi negara bab ini sangat tidak digemari  pelajar. Justeru itu, saya sangat berharap bahagian ini tidak dikeluarkan dalam soalan SPM 2013. Bagaimanapun,  saya meminta calon-calon SPM 2013membaca dua topik berikut iaitu :
   i. Wawasan 2020
  ii. Akta Bahasa Kebangsaan

12.  Bab 9 pelajaran tingkatan 5 merupakan bab yang ditanya dalam setiap kali peperiksaan SPM. Apabila kita meneliti soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia, jelas kelihatan aspek yang diberi perhatian adalah Perang Dingin, asas penggubalan dasar luar Malaysia, tiga tahap dasar luar Malaysia, hubungan serantau Malaysia dan Koridor Raya Multi Media. Sebenarnya, saya amat yakin hubungan serantau Malaysia akan dikeluarkan dalam SPM tahun ini, bagai manapun oleh kerana hal ini telah ditanya dalam Kertas 3, kekuatan kebarangkalian tajuk ini untuk dikeluarkan dalam SPM sebenar telah berkurangan. Intihanya, saya berharap calon menumpukan kepada tajuk-tajuk berikut :
  i.  Asas penggubalan dasar luar Malaysia [pernah disoal dalam SPM 2004]
 ii.  Tiga tahap dasar luar Malaysia [pernah disoal dalam SPM 2009
iii.  Hubungan serantau Malaysia [ ASEAN pernsh ditsnys dalam SPM]
 iv.  Koridor Raya Multi Media [ pernah ditanya dalam SPM 2010]

       Sebagai kesimpulannya, membaca keseluruhan tajuk adalah persediaan menjawab kertas 1249/2 yang paling baik. Tetapi, bagi mereka yang kesuntukan waktu kerana pelbagai sebab, panduan di atas diharap dapat membantu calon-calon SPM subjek 1249/2 menyiapkan diri menghadapi kertas tersebut.



Rabu, 2 Oktober 2013

Imperialisme Barat Di Asia Tenggara







 Imperialisme Barat telah membawa perubahan yang besar dalam sistem birokrasi di
 Asia Tenggara yang akhirnya mewujudkan perasaan nasionalisme dalam kalangan
 penduduk tempatan.
(a)    Terangkan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.                                                                                                     
(b)   Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tempatan di Asia Tenggara.
(c)    Wajarkah pemimpin tempatan di Asia Tenggara ketika itu bangkit melawan penjajah?
Berikan alasan anda




(a)
F1 Penubuhan kerajaan pusat
H1a hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
H1b di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
H1c di Tanah Melayu, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
H1d Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
H1e Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor gabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
H2a di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
 H2b di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
H2c Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
H2d Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
H2e Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
H2f di NNMB sistem Residen diperkenalkan
H2g British memperkenalkan Sistem Penasihat
H2h Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
H2i Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
H3a Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian di Indonesia
H3b Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
H3c Penubuhan Volksraad
H3d Jabatan Perhutanan / Jabatan kesihatan / Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan di Burma

F4 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
H4a Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
H4b Encomienda diketuai oleh encomiendero
H4c Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai / mengkristiankan penduduk barangay
H4d Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
H4e di Burma pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai bandaran
H4f di Tanah Melayu pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu

F5 Pengenalan undang-undang barat
H5a Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
H5b Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
H5c Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis

(b)
F1 Di Filipina menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan   tradisional apabila barangay disatukan
F2 Pengaruh golongan datu merosot
F3 Di Indonesia kerajaan Bantam dan Mataram merosot
F4 Di Burma Dinasti Konbaung berakhir
F5 Institusi raja tersingkir
F6 Jawatan pembesar pada peringkat pusat terhapus
F7 Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampumgan Burma 1889 melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional
F8 Pengaruh golongan agama merosot
F9 Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat
F10 Di IndoChina kerajaan tempatan perlu membayar cukai
F11 Kerajaan tempatan perlu menyediakan kerahan tenaga
F12 Di Melaka, telah meruntuhkan institusi beraja semasa zaman Portugis
F13 Semasa zaman Belanda institusi beraja di Melaka terus terhapus
F14 Sultan perlu menerima nasihat daripada Residen dan penasihat British
F15 Nasihat tidak perlu diminta dalam soal agama dan adat istiadat Melayu
F16 Peranan raja terhakis
F17 Peranan pembesar Melayu merosot

(c)
Wajar
F1 Penjajah menangambil alih kuasa pemimpin tempatan
F2 Maruah pemimpin tempatan tercalar
F3 Pengaruh pemimpin tempatan akan merosot
F4 Penjajah memecah belahkan wilayah lingkungan pengaruh pemimpin tempatan
F5 Pemimpin tempatan hilang kredibiliti
F6 Punca pendapatan pemimpin tempatan terjejas
F7 Pemimpin tempatan tidak boleh memungut cukai
F8 Sistem sosial masyarakat peribumi terjejas
F9 Kekayaan negara dibawa ke Eropah
F10 Sikap biadap dan kasar pegawai penjajah
F11 Orang Barat tidak menghormati budaya dan adat tradisi masyarakat peribumi
F12 Tindakan ketenteraan Barat yang kejam
        Mana-mana jawapan yang munasabah  

Tidak wajar:
F13 Pemimpin tempatan kurang berpengetahuan tentang kekuatan kuasa Barat
F14 Orang Barat memiliki senjata moden
F15 Barat mempunyai strategi peperangan yang lebih sistematik
F16 Pemimpin peribumi tidak bekerjasama sesama sendiri
F17 Persenjataan tentera peribumi bersifat tradisional
F18 Akan menyebabkan banyak nyawa terkorban
F19 Akan menyebabkan kerosakan banyak harta benda
F20 Boleh menjalin kerjasama dengan kuasa Barat secara dasar buka pintu seperti negara Thai
       Mana-mana jawapan yang munasabah     





Selasa, 17 September 2013

Konsep Tamadun, Sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Tamdun Rom



(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan konsep tamadun? 
(b)     Terangkan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban             manusia.
(c)     Terangkan sumbangan tamadun Rom kepada peradaban manusia.    

 (a)
F1 Tamadun berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab
F2 Berasal daripada perkataan mudun
F3 Berasal daripada perkataan madain
F4 Berkaitan perkataan madana
F5 Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F6 Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilization
F7 Berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F8 Civitas bermaksud bandar
F9 Tamadun juga bermakna  peradaban
F10 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun  dengan pembangunan lahiriah seperti  
hal-hal kebudayaan / penulisan / undang-undang / kesenian / pembandaran
F11 Sarjana Barat Gordon childe menyatakan pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan sesuatu tamadun
F12 Sarjana Barat Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah dan
hanya menekankan kepentingan lahiriah dalam proses pembangunan tamadun
F13 Tamadun Islam melihat tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah.
F14 Sarjana Syed Naquib al-Attas menyatakan tamadun adalah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
F15 Pandangan ini disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan


(b)
F1 Menghasilkan Kod Undang-undang Hammurabi
H1a digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon
H1b undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
H1b hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan
H1c tetapi hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
H1d mengandungi sebanyak 282 undang-undang
H1e dipahat pada tembok dan tiang besar agar mudah dibaca oleh rakyat
H1f menjadi dasar perundangan di Mesopotamia

F2 Mewujudkan sistem tulisan cuneiform
H2a membawa kepada kewujudan istem pendidikan
H2b mampu melahirkan jurutulis
H2c membolehkan segala urusan pentadbiran/ perniagaan direkodkan

F3 Menghasilkan epik Gilgamesh
H3a merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia
H3b menerangkan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

F4 Memajukan ilmu astronomi
H4a membolehkan pencerapan terhadap pergerakan bulan/ bintang/ matahari
H4b membolehkan mereka menggunakan jalan laut
H4c mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang meengandungi 12 bulan dalam satu tahun

F5 Menyumbang kemajuan ilmu matematik
H5a sistem mengira perpuluhan/ menambah/ menolak/ mendarab/ membahagi/ punca ganda dua/ geometri

F6 Memajukan ilmu perubatan
H6a kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota tenteranya
H6b sebanyak 500 jenis ubat-ubatan dan herba / ramuan perubatan telah dikatalogkan/ disampelkan penggunaannya
H6c cara mengubat penyakit dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan

F7 Mencipta roda
H7a menghasilkan kereta kuda untuk kegunaan dalam peperangan/ guna pada masa aman
H7b mencipta kincir air untuk mengairi kawasan tandus dan mengawal banjir

F8 Menghasilkan layar
H8a dapat membina kapal layar
H8b dapat berhubung menerusi jalan laut hingga ke kawasan Laut Mediterranean dan wilayah India

F9 Menghasilkan batu bata
H9a diperbuat daripada tanah liat  yang dikeringkan kepada panas matahari

F10 Mencipta arca dan tiang batu
H10a contoh arca patung Raja Gudea
H10b boleh dilihat dalam seni bina zigurat

F11 Mewujudkan empayar pertama di dunia
H11a Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatuka wilayah-wilayah kerajaan Sumeria  


(c)
F1 Mewujudkan sistem republik
H1a tiada pemerintah berkuasa mutlak
H1b kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
H1c kewujudan dua orang konsul membolehkan tiada yang lebih berkuasa
H1d Konsul dibantu oleh Dewan Senat
H1e Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan
H1f bertujuan membincangkan hal-hal pentadbiran negara / merangka perundangan
H1g sebelum menjadi konsul seseorang itu terlebih dahulu akan menjadi praeotor/ pemerintah tentera
H1h di bawah Dewan Senat terdapat Dewan Perhimpunan
H1g Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua rakyat Rom
H1h bertujuan untuk meluluskan semua perundangan yang dibuat oleh Dewan Senat

F2 Mewujudkan sebuah empayar yang besar
H2a semasa di bawah pemerintahan Julius Caesar
H2b kawasan taklukan meliputi Macedonia/ Yunani/ Syam/ Mesir/ Perancis/ Brittania/ beberapa kawasan di Jerman/ Sepanyol/ kawasan Sungai Rhine/ Danube/ Laut Hitam/ Pergunungan Atlas/ Afrika Utara/ Turki/ Palestin
H2c membentuk sistem pemerintahan berpusat

F3 Memperkenalkan Hukum Kanun 12
H3a dipahat pada kayu dikenali sebagai Papan Dua Belas
H3b diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat
H3c Maharaja Justinian membukukan undang-undang di Rom dikenali sebagai Kod Undang-Undang Rom/ Undang-Undang Justinian

F4 Menekankan pendidikan aplikasi ilmu yang praktikal
H4a melahirkan semangat setia kepada negara kota Rom

F5 Melahirkan cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu
H5a pakar matematik Boethius
H5b penyajak dan penulis iaitu Cicero dan Virgil

F6 Menghasilkan seni bina yang mengkagumkan
H6a aqueduct iaitu bekalan air di Rom
H6b colloseum iaitutempat pahlawan Rom bertarung/ juga sebagai teater


Isnin, 16 September 2013

Sistem Ahli


        

(a)     Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli?
(b)   Senaraikan tokoh yang pernah dilantik menganggotai Sistem Ahli.
(c)    Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.
(d)   Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada rakyat Tanah Melayu?
          
(a)
F1 Menjalankan dasar dekolonisasi
F2 Mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya
F3 Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu

(b)
F1 Dato’ Onn bin Jaafar
F2 O.A. Spencer
F3 Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid
F4 Dr Lee Tiang Keng
F5 Dato’ E.E.C. Thuraisingam
F6 J.D. Hodgkinson
F7 J.D. Mead
F8 Dato’ Mahmud Mat

(c)
F1 Satu sistem kabinet bayangan
F2 Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
F3 Anggota Sistem Ahli dipanggil Ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
F4 Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British
F5 Pelantikan dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu
F6 Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai British
F7 Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu tiga daripadanya orang Melayu, orang Cina dan orang India
F8 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
F9 Ahli yang dilanti dikehendaki menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan
F10 Menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada
F11 Bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP
F12 Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama
F13 Pesuruhjaya Tinggi memberi arahan dan persetujuan dalam perkara tersebut

(d)
F1 Tapak asas melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
F2 Memulakan proses perpaduan kaum di Tanah Melayu
F3 Asas ke arah kemerdekaan
F4 Memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk berlatih mentadbir
F5 Mengurangkan ancaman komunis
     Mana-mana jawapan yang munasabah



Ahad, 15 September 2013

Perlombongan Bijih Timah di Tanah Melayu



(a)    Apakah ciri-ciri kegiatan perlombongan bijih timah yang diusahakan
      oleh orang Melayu sebelum pertengahan abad ke-19?  
(b)  Bagaimanakah pembesar-pembesar Melayu berjaya mengawal penguasaan
       pengusaha Cina pada pertengahan abad ke-19? 
      (c)  Mengapakah mulai awal abad ke-20 industri perlombongan bijih timah
      telah dikuasai oleh orang-orang Eropah? 
(d)   Sekiranya anda adalah pembesar Melayu pada abad ke-19, apakah usaha yang akan anda lakukan bagi mengekalkan dominasi penduduk tempatan dalam industri perlombongan bijih timah?
  (e)Wajarkah industri perlombongan bijih timah di negara kita dibangunkan semula?
      Beri alasan anda. 



 (a)
F1 Mencari bijih timah sebagai kerja sambilan untuk menambah pendapatan
F2 Menggunakan cara mendulang
F3 Menggunakan cara melampan
F4 Bijih timah dilombong secara kecil-kecilan
F5 Kebanyakan bijih timah dijual kepada pedagang dari India/ Arab/ China
F6 Lombong dibuka dan diusahakan oleh pembesar Melayu
F7 Contohnya oleh Long Jaafar/ Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat/ Dato’ Kelana/ Dato’ Bandar
F8 Lombong dikerjai oleh buruh tempatan

(b)
F1 Pengusaha Cina mesti mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu terlebih dahulu
F2 Bijih timah yang dilombong mesti dijual semula kepada pembesar Melayu
F3 Harga bijih timah yang dijual pengusaha Cina kepada pembesar Melayu ditentukan oleh pembesar Melayu
F4 Pembesar Melayu di Larut/ Lukut/ Sungai Ujong membawa masuk pelombong Cina
F5 Pembesar Melayu memajakkan tanah lombong kepada pengusaha Cina dari Negeri-Negeri Selat

(c)
F1 Kemampuan orang Eropah menyediakan modal yang besar
F2 Mereka menggunakan teknologi moden iaitu kapal korek
F3 Penggunaan beberapa enakmen dan undang-undang yang berpihak kepada pengusaha dari Eropah
F4 Pengusaha Cina hanya menggunakan teknologi bomba palong/ pam kelikir/ pam kayu
F5 Pengusaha Cina mengerjakan perusahaan bijih timah berintensifkan buruh
F6 Orang Eropah memiliki / mampu meleburkan bijih timah yang dilombong dijadikan jongkong timah

(d)
F1 Melabur modal yang banyak dalam perusahaan bijih timah
F2 Berkongsi dengan pembesar Melayu yang lain
F3 Menubuhkan syarikat perlombongan yang bermodal besar
F4 Menjalin kerjasama dengan pemodal Barat secara pembesar Melayu masih memiliki 60 peratus ekuiti
F5 Melatih penduduk tempatan menjadi pekerja di lombong bijih timah
F6 Menolak kehadiran pemodal asing
F7 Tidak memajakkan tanah lombong kepada pengusaha asing
F8 Tidak membawa masuk buruh asing dalam perlombongan bijih timah
F9 Menjual bijih timah kepada negara luar
F10 Memiliki syarikat peleburan bijih timah
F11 Membawa masuk teknologi moden dalam perlombongan bijih timah
       Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
Wajar
F1 Negara masih mempunyai kawasan yang banyak sumber bijih timah
F2 Harga bijih timah sangat tinggi di pasaran dunia
F3 Bijih timah banyak kegunaannya
F4 Boleh menjadi negara pengeluar bijih timah yang utama di dunia semula
F5 Menjana sumber pendapatan negara
F6 Menjadi sumber pekerjaan penduduk
F7 Membangunkan kawasan yang dibuka sebagai kawasan perlombongan
F8 Mengembalikan nostalgia Malaysia sebagai negara pengeluar bijih timah terbesar di dunia
     Mana-mana jawapan yang munasabah

Tidak wajar
F9 Harga bijih timah terlalu bergantung kepada keadaan pasaran
F10 Kemahiran rakyat terhadap perusahaan bijih timah sudah berkurangan
F11 Memerlukan modal yang besar
F12 Memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi
F13 Lebih menguntungkan terlibat dalam industri lain
F14 Menyebabkan banyak tanah menjadi kawasan lombong
       Mana-mana jaawapan yang munasabah



F1 Pendidikan
F2 Sukan
F3 Muzik
F4 Kesusasteraan
F5 Seni berpidato
F6 Membaca
F7 Menulis
F8 Menghafal
F9 Falsafah
F10 Sejarah
F11 Sains dan teknologi
F12 Perubatan
F13 Matmatik

(b)
F1 Thucydides
F2 Herodutus
F3 Thales
F4 Anaximander
F5 Heraclitus
F6 Anaxagoras
F7 Socrates
F8 Aristotle
F9 Plato
F10 Zeno
F11 Pythagoras
F12 Hippocrates
F13 Archimedes
F14 Ptolemy
F15 Homer
F16 Hesiod

(c)
F1 Mengenal dan menghafal tulisan ideogram
F2 menghafal sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
F3 Karangan
F4 Sasatera
F5 Menterjemah buku suci

(d)
F1 Memberi ilmu pengetahuan
F2 Menyemai semangat setia kepada negara
F3 Membasmi buta huruf
F4 Melahirkan golongan cendekiawan
F5 Memenuhi keperluan tenaga kerja
F6 Melahirkan generasi berdisiplin
F7 Menanam sikap patriotik dalam kalangan rakyat
F8 Memantapkan pentadbiran negara
      Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
F1 Menyusun Falsafah Pendidikan Negara
F2 Memperkasa sekolah kebangsaan
F3 Menubuhkan Sekolah Wawasan
F4 Menubuhkan Sekolah Bestari
F5 Mengiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi
F6 Menubuhkan Sekolah Berasrama Penuh
F7 Menubuhkan sekolah jenis kebangsaan
F8 Melaksanakan Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris/ MBMMBI
F9 Melaksanakan Satu Murid Satu Sukan
F10 Melaksanakan Program J-Qaf
F11 Melaksanakan markah kokurikulum sebanyak sepuluh peratus untuk kemasukan ke universiti
F12 Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan/ PIPP
F13 Melaksanakan program E-Book
F14 Melaksanakan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat SPM
F15 Melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah/ PBS
     Mana-mana jawapan yang munasabah    


Pendidikan di China dan Yunani



(a)    Senaraikan bidang ilmu yang diberi penekanan oleh negara kota Athens.
(b)   Nyatakan tokoh ilmuan yang dapat dilahirkan oleh tamadun Yunani.
(c)    Nyatakan bidang ilmu yang dipelajari dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi dalam sistem pendidikan di China.
(d)   Pada pendapat anda, mengapakah setiap negara memajukan bidang pendidikan dalam kalangan rakyat mereka?
(e)    Negara Malaysia telah membangunkan bidang pendidikan sejak merdeka hingga kini.
           Berdasarkan pemerhatian anda, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan
           untuk membangunkan bidang pendidikan di negara kita?
(a)
F1 Pendidikan
F2 Sukan
F3 Muzik
F4 Kesusasteraan
F5 Seni berpidato
F6 Membaca
F7 Menulis
F8 Menghafal
F9 Falsafah
F10 Sejarah
F11 Sains dan teknologi
F12 Perubatan
F13 Matmatik

(b)
F1 Thucydides
F2 Herodutus
F3 Thales
F4 Anaximander
F5 Heraclitus
F6 Anaxagoras
F7 Socrates
F8 Aristotle
F9 Plato
F10 Zeno
F11 Pythagoras
F12 Hippocrates
F13 Archimedes
F14 Ptolemy
F15 Homer
F16 Hesiod

(c)
F1 Mengenal dan menghafal tulisan ideogram
F2 menghafal sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
F3 Karangan
F4 Sasatera
F5 Menterjemah buku suci

(d)
F1 Memberi ilmu pengetahuan
F2 Menyemai semangat setia kepada negara
F3 Membasmi buta huruf
F4 Melahirkan golongan cendekiawan
F5 Memenuhi keperluan tenaga kerja
F6 Melahirkan generasi berdisiplin
F7 Menanam sikap patriotik dalam kalangan rakyat
F8 Memantapkan pentadbiran negara
      Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
F1 Menyusun Falsafah Pendidikan Negara
F2 Memperkasa sekolah kebangsaan
F3 Menubuhkan Sekolah Wawasan
F4 Menubuhkan Sekolah Bestari
F5 Mengiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi
F6 Menubuhkan Sekolah Berasrama Penuh
F7 Menubuhkan sekolah jenis kebangsaan
F8 Melaksanakan Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris/ MBMMBI
F9 Melaksanakan Satu Murid Satu Sukan
F10 Melaksanakan Program J-Qaf
F11 Melaksanakan markah kokurikulum sebanyak sepuluh peratus untuk kemasukan ke universiti
F12 Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan/ PIPP
F13 Melaksanakan program E-Book
F14 Melaksanakan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat SPM
F15 Melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah/ PBS
     Mana-mana jawapan yang munasabah