Rabu, 19 Januari 2011

jawapan latihan sejarah 2 t5

Latihan Sejarah : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Sebab-sebab Berlakunya Perang Dunia Kedua

1. Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama.
2. Jerman tidak berpuas hati kerana:
i) kehilangan banyak tanah jajahan
ii) membayar pampasan perang yang tinggi
iii) dipaksa mengurangkan saiz angkatan tentera
3. Perubahan politik yang berlaku di Jerman
i) Adolf Hitler berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist
ii) Beliau mengingkari Perjanjian Versailles
iii) Beliau membina sebuah angkatan tentera yang besar
4. Perubahan politik yang berlaku di Rusia
i) berlaku perang saudara
ii) pihak komunis berjaya mengalahkan pihak yang disokong oleh Amerika Syarikat , Britain , Perancis dan Jepun
iii) Lenin berjaya mengukuhkan ideologi komunis
iv) Lenin telah digantikan oleh Joseph Stalin
5. Perubahan politik yang berlaku di Itali
i) Itali telah dipimpin oleh Benito Mussolini
ii) Itali telah menjajah negara Habsyah
iii) Itali telah menceroboh negara Perancis
6. Perubahan politik yang berlaku di Jepun
i) Jepun muncul sebagai negara yang menguasai negara-negara di Timur
ii) Jepun berasa bertanggungjawab untuk membebaskan
negara-negara tersebut daripada penjajahan Barat
7. Kemelesetan Ekonomi Dunia pada awal 1930-an
i) Bermula di negara Amerika Syarikat dan merebak ke tempat-tempat lain di dunia
ii) Amerika tidak lagi mampu menyediakan pinjaman kepada Jerman
iii) Tujuan mereka berbuat begitu untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi
8. Kewujudan Pakatan Ketenteraan
i) Kuasa Bersekutu : terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union
ii) Kuasa Paksi : terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun
9. Sebab semerta
i) Serangan Jerman ke atas Poland dari hala barat
ii) Serangan Soviet Union ke atas Poland dari hala timur

1 ulasan: