Rabu, 19 Januari 2011

jawapan latihan sejarah1 t5

Latihan Sejarah : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama

1. Faktor politik :
i. Kemunculan nasionalisme
ii. negara –negara di Eropah bersatu membentuk negara bangsa yang besar. Contohnya Jerman dan Itali
iii. mereka menyertai negara Eropah yang menjadi kuasa besar ketika itu seperti Britain,Perancis, Austria-Hungary dan Rusia.
iv. persaingan sengit berlaku antara negara-negara Eropah akibat daripada imperialisme baru .

2. Faktor ekonomi

i mereka bersaing bagi mendapatkan bahan mentah
ii mereka bersaing untuk meluaskan pasaran
iii tujuan akhir untuk membentuk lingkungan pengaruh
masing-masing

3. Pembentukan dua kem di Eropah

i Perikatan Kuasa Tengah
ii Terdiri daripada negara Jerman dan Austria-Hungary dan Itali.
iii Pakatan Bertiga
iv Terdiri daripada negara Britain , Perancis , dan Rusia
v Akibatnya mengancam perimbangan kuasa ketika itu.

4. Faktor semerta pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu bakal raja
Austria-Hungary oleh seorang pengganas berbangsa Serbia
Akibatnya Austria mengisytiharkan perang ke atas Serbia
Negara tersebut pula disokong oleh sekutunya Rusia dan
Perancis

Kesan Perang Dunia Pertama
1. menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
2. termetrinya Perjanjian Versailles
3. peta Eropah berubah
4. pembentukan negara bangsa baru
5. pembentukan Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
6. negara-negara yang berperang mengalami inflasi
7. negara-negara yang berperang mengalami hutang yang tinggi
8. wujud juga masalah pengangguran
9. pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
10. Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
11. Kesan sosial yang paling ketara ialah kehilangan nyawa

1 ulasan: