MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Pengertian Blok Dunia
1. Negara-negara yang sehaluan dan berusaha untuk bersatu
2. Negara-negara ini bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
3. Blok dunia boleh tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berasaskan aspek politik , ekonomi dan geografi
4. Semasa Perang Dingin blok dunia yang terbentuk berasaskan geopolitik
Perang Dingin
1. Berlaku sejak tamat Perang Dunia Kedua hingga tahun 1989 apabila sistem komunis di Soviet Union hancur.
2. Perang berlaku kerana ideologi / fahaman politik yang berbeza.
3. Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat
4. Blok komunis diketuai oleh Soviet Union
5. Ciri-ciri Perang Dingin:
i. tidak berlaku konflik bersenjata
ii. kedua-dua blok ingin mengukuhkan kekuatan / pengaruh masing-masing
iii. mereka menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing melalui propaganda dan bantuan ekonomi / ketenteraan
iv. Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok dunia.
v. Mereka mengamalkan prinsip berkecuali
vi. Kedua-dua blok cuba mempengaruhi Negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ketenteraan
vii. Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
6. Kesan Perang Dingin
i. pembentukan blok dunia
ii. penubuhan NATO
iii. penubuhan Pakatan Warsaw
iv. Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara / SEATO
v. Perlumbaan senjata
dah siap..
BalasPadam