Isnin, 28 Januari 2013

Perkembangan Sejarah Mata Wang di Tanah Melayu



Jelaskan sejarah perkembangan mata wang di Tanah Melayu sehingga tahun 1941.

(a)
F1 Mata wang dalam Kesultanan Melayu Melaka diperbuat daripada bijih timah
F2 Berbentuk bulat
F3 Beratnya satu kati lapan tahil
F4 Nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dicatat pada mata wang
F5 Mata wang dari Pasai / Hormuz / Cambay boleh digunakan di Melaka
F6 Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah mata wang emas, perak dan timah telah digunakan
F7 Di negeri Johor mata wang timahnya dikenali sebagai katun
F8 Mata wang berbentuk bulat atau segi enam
F9 Mata wang tidak mempunyai tarikh
F10 Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil
F11 Negeri Kedah mengeluarkan mata wang timah sejak abad ke-17
F12 Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin
F13 Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
F14 Mata wang yang diperbuat daripada emas digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke-16
F15 Mata wang emas terawal di Johor bertarikh 1527 pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah
F16 Mata wang emas di Johor dikenali sebagai kupang
F17 Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan emas seberat 40 grain (2.6gram)
F18 Pada mata wang tertera nama sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut
F19 Pada bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam seperti Khalifatul Muslimin
F20 Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang
F21Penggunaan dinar emas di Kelantan
F22 Wang dan kupang emas di Terengganu
F23 Jongkong tampang di Pahang
F24 pedagang Eropah di Tanah Melayu menggunakan mata wang perak
F25 Pedagang Arab/ China / India menggunakan emas atau mata wang emas
F26 Penggunaan mata wang perak Sepanyol bermula pada tahun 1580 dan mampu bertahan sehingga 300 tahun
F27 Pada tahun 1897 Kerajaan British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri-Negeri Selat di bawah Ordinan XIII
F28 Pada 1906 mata wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenal dan hanya diperguna utk perdagangan di NNS             
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan