Isnin, 14 Januari 2013

Pentadbiran Barat di Asia Tenggara



Soalan:
(a)    Jelaskan birokrasi Barat di Asia Tenggara dari tahun 1500 hingga tahun 1800.


Soalan

Butiran

1(a)








































F1 Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro / jabatan
F4 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5 Pengenalan undang-undang barat
F6 Di Filipina diwujudkan jawatan Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F7 Gabenor kecil dilantik sebagai pentadbir bandar
F8 Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
F9 Encomienda diketuai oleh encomiendero
F10 Tugas encomiendero untuk menjaga keamanan / mengutip cukai / mengkristiankan penduduk barangay
F11 Di Indonesia dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
F12 Ditubuhkan Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian
F13 Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
F14 Penubuhan Volksraad
F15 Di Burma Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
F16 Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
F17 Pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F19 Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok / pegawai bandaran
F20 Majlis Perundangan telah diperkenalkan
F21 Jabatan Perhutanan / Jabatan kesihatan / Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan
F22 Di IndoChina Perancis menubuhkan Union Indochinoise
F23 Undang-undang IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
F24 Di Tanah Melayu, Melaka, Pulau pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
F25 Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di NNS
F26 Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
F27 Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan kepada penghulu
F28 Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
F29 DI NNMB sistem Residen diperkenalkan
F30 Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor digabungkan menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
F31 British memperkenalkan Sistem Penasihat
F32 Residen dan penasihat diletakkan di bawah gabenor NNS
F33 Tugas utama Residen dan Penasihat adalah menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan