Isnin, 28 Januari 2013

Tamadun Mesopotamia



(a)    Terangkan ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
(b)   Nyatakan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia. Malaysia.
(c)    Seperti tamadun Mesopotamia, negara Malaysia telah mencapai banyak kemajuan sejak merdeka pada tahun 1957.
      Berikan cadangan bagaimanakah generasi muda hari ini boleh meneruskan  
      kemajuan yang telah dicapai itu.

(a)
F1 Kedudukan / tanah antara dua buah sungai
H1a terletak antara Sungai Tigris dan Sungai Euprates
H1b dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut
H1c dataran tinggi Arab di bahagian barat daya
H1d Teluk Parsi di bahagian selatan

F2 Wujud banyak kerajaan  
H2a kerajaan Sumeria
H2b kerajaan Akkad
H2c kerajaan Ur
H2d kerajaan Babylon Lama / Awal
H2e kerajaan Kassites
H2f kerajaan Assyria
H2g kerajaan Chaldea

F3 Wujud negara kota
H3a seperti Kish / Nippur / Lagash / Uruk / Ur / Eridu / Assur / Mari
H3b setiap negara kota mempunyai kawasan utama yang terdiri daripada pusat kota / tembok kota / luar kota dan pelabuhan
H3c setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan
H3d dalam kota terdapat istana / rumah kediaman / rumah ibadat / rumah kedai / pasar
H3e jalan raya berkeadaan lebar dan lurus
H3f rumah ibadat menjadi pusat sesebuah negara kota
H3g kewujudan sungai untuk tujuan pengangkutan dengan kapal
H3h melalui jalan laut negara kota dihubungi oleh wilayah sekitarnya

F4 Organisasi sosial
H4a masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan rakyat
H4b golongan pemerintah terdiri daripada raja / ketua pendeta / ketua tentera / bangsawan
H4c rakyat terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas dan hamba
H4d rakyat bebas terdiri daripada petani / artisan / pedagang
H4e hamba terdiri daripada tawanan perang

F5 Sistem pemerintahan bersifat teokrasi
H5a mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H5b raja dianggap sebagai tuhan / wakil tuhan dan pemilik negara kota
H5c masyarakat tidak menyembah raja sebagai tuhan
H5d kecuali semasa pemerintahan raja Naramsin / menggelar dirinya “Raja Empat Penjuru Alam”
H5e raja sebagai ketua pentadbir / ketua pendeta / ketua tentera /ketua agama

F6 Pengkhususan pekerjaan  
H6a berlaku apabila wujud lebihan hasil pertanian
H6b terdapat golongan petani / peniaga / pedagang / artisan / pengusaha tekstil/ tembikar / alat keperluan rumah / tukang rumah / tentera


F7 Sistem tulisan
H7a tulisan bermula dalambentuk tulisan bergambar
H7b kemudian bertukar dalam bentuk simbol
H7c ditulis di atas tanah liat
H7d dikenali sebagai pepaku / cuneiform

(b)
F1 Memperkenalkan Kod Undang-undang Hammurabi
F2 Melahirkan sistem tulisan cuneiform / pepaku
F3 Melahirkan ramai jurutulis
F4 Menggunakan resit / nota / surat kredit dalam urusan perdagangan
F5 Menghasilkan epik Gilgamesh
F6 Menyunbang kepada kemajuan ilmu astronomi
F7 Perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan / menambah / menolak / mendarab / membahagi / punca ganda dua /
F8 Perkembangan ilmu geometri
F9 Membolehkan mereka menggunakan jalan laut
F10 Mencipta kalendar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
F11 Perkembangan ilmu perubatan khasnya semasa pemerintahan kerajaan Assyria
F12 Pengkatalogan dan pensampelan 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba
F13 Penciptaan roda
F14 Penggunaan pengangkutan beroda
F15 Penciptaan kapal layar
F16 Perkenalkan cara membina batu bata daripada tanah liat
F17 Penciptaan arca dan tiang batu / patung Raja Gudea

(c)
F1 Rajin menimba ilmu pengetahuan
F2 Menguasai ilmu sains dan teknologi
F3 Mempunyai kemahiran ICT
F4 Bersifat kreatif dan inovatif
F5 Mempunyai semangat inkuiri
F6 Sedia menerima perubahan
F7 Tidak memilih pekerjaan
F8 Pembelajaran sepanjang hayat
F9 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F10 Memastikan kewujudan kerajaan yang stabil
             Mana-mana jawapan yang munasabah
    
             
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan