Khamis, 11 Ogos 2011

gerakan islah

Soalan 1 :
(a) Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.
[ 9 markah]
(b) Mengapakah Gerakan Islah kurang mendapat sambutan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu?
[ 5 markah ]
(c) Andaikan anda menjadi pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda.
Apakah usaha yang boleh anda lakukan bagi menjadikan persatuan tersebut sebuah persatuan yang paling berjaya di sekolah anda?
[ 6 markah ]



F1 Gerakan yang berusaha mendorang masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F2 Kembali kepada ajaran Al-Quran dan hadis
F3 Dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaludin / Syed Sheikh al-Hadi / Abdul rashid Talu / Salim al-Kalili / Haji Abbas Taha / Burhanuddin al-Helmy
F4 Golongan Islah dikenali sebagai Kaum Muda
F5 Akhbar dan majalah al-Imam / Neracha / Idaran Zaman / Pengasuh digunakan sebagai medium
F6 Ingin menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F7 Gesaan supaya orang Melayu memajukan ekonomi / pendidikan / politik / sosial
F8 Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Melayu
F9 Mengkritik raja / pembesar Melayuyang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
F10 Berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah
F11 Madrasah menjalankan sistem pendidikan Islam
F12 Menekankan pendidikan untuk dunia dan akhirat
F13 Subjek yang diajar pendidikan fardu ain / ilmu hisab / bahasa Inggeris
F14 Bergerak dengan baik / berkesan di Negeri-Negeri Selat
F15 Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan
F16 Ditentang oleh Kaum Tua

F1 Mendapat tentangan daripada Kaum Tua
F2 Golongan alim ulama tradisional
F3 Mereka telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman mereka
F4 Mereka menekankan Islam tentang perkara akhirat
F5Memberi penekanan kepada fardu ain sahaja
F6 Menggunakan pengaruh undang-undang untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
F7 Tidak membenarkan sebarang kegitan dakwah tanpa kebenaran sultan
F8 Tidak membenarkan risalah / buku Kaum Muda di bawa masuk ke negeri-negeri tersebut


F1 Mempunyai perlembagaan yang jelas
F2 Mempunyai ahli yang ramai
F3 Mempunyai ahli yang berilmu
F4 Mempunyai ahli yang aktif
F5 Mempunyai kepimpinan yang berwibawa
F6 Mempunyai misi dan visi
F7 Membuat perancangan dengan baik
F8 Menjalin kerjasama dengan persatuan yang lain
F9 Mengambil bahagian dalam setiap acara sekolah
F10 Cuba memenangi sebanyak mungkin pertandingan yang disertai
F11 Menjalin perkongsian strategik dengan persatuan sejarah di sekolah lain
F12 Mengenakan yuran keahlian yang berpatutan
F13 Menerbitkan penerbitan berkala untuk ahli dan sekolah
F14 Mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah
F15 Mempunyai undang-undang yang jelas
F16 Ahli yang melanggar peraturan dikenakan hukuman yang setimpal
F17 Mengiktiraf sumbangan ahli yang berjasa
F18 Mengadakan kempen / publisiti tentang persatuan
Mana-mana jawapan yang munasabah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan