Isnin, 15 Ogos 2011

komanwel dan nam

(a) Nyatakan cirri-ciri negara Komanwel dan peranan Malaysia dalam pertubuhan
tersebut.
(b) Jelaskan ciri-ciri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan peranan
Malaysia dalam pertubuhan tersebut.
(c) Pada pendapat anda, mengapakah ndegara kita mengamalkan dasar luar berbaik-
baik dengan semua negara?


Ciri-ciri negara Komanwel
F1 Dibentuk pada tahun 1931
F2 Terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
merdeka
F3 Keahlian sebanyak 54 buah negara anggota
F4 Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965
F5 Ibu pejabat Sekretariat bertempat di London
F6 Bermatlamat untuk membina semangat setia kawan dalam
kalangan negara anggota
F7 Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama dalam semua
bidang

Peranan Malaysia dalam Komanwel
F8 Menjalin kerjasama pertahanan dengan beberapa negara
Komanwel
F9 Menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel /
CHOGM
F10 Menjadi tuan rumah Chogm di Kuala Lumpur pada
tahun1989
F11 Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
F12 Menentang dasar apartheid yang diamalkan oleh Afrika
Selatan
F13 Mengeksport barangan ke Britain / negara-negara
Komanwel dengan dikenakan kadar cukai yang rendah
F14 Menerima bantuan daripada Rancangan Colombo
F15 Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun1998


Ciri-ciri Negara-Negara Berkecuali
F1 Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang
Dingin
F2 Dibentuk oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Selatan
F3 Terdiri daripada 113 buah negara / 16 buah negara sebagai
pemerhati / 28 negara tetamu jemputan
F4 Matlamat untuk mengekalkan keamanan dunia
F5 Matlamat tidak menyokong mana-mana blok / Blok Barat /
blok komunis
F6 Prinsip NAM mengelakkan campur tangan asing dalam hal
ehwal sesebuah negara
F7 Prinsip NAM menghormati kedaulatan sesebuah negara
F8 Prinsip NAM menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara
negara melalui perundingan / persefahaman
F9 Prinsip NAM menghormati hak asasi manusia


Peranan Malaysia dalam NAM
F10 Membela kepentingan negara-negara sedang membangun
F11 Memperjuangkan isu Palestine
F12 Menjalin kerjasama sesama negara seedang membangun
F13 Mengutarakan isu benuaAntartika sebagai milik manusia
sejagat
F14 Mencadangkan penghapusan dasar apartheid di Afrika
Selatan
F15 Menerima lantikan sebagai Naib Presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade
F16 Menyertai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu
kerjasama politik negara anggota
F17 Menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM
yang ke-13


F1 Mengekalkan keamanan serantau / sedunia
F2 Ketokohan pemimpin negara terserlah
F3 Bersedia menghadapi cabaran globalisasi
F4 Menambah negara rakan
F5Faedah mengeksport barangan ke negara luar
F6 Pasaran negara menjadi bertambah luas
F7 Imej negara / martabat negara meningkat
F8 Menjalin kerjasama ekonomi / sosial / teknikal
F9 Menyelesaikan pertikaian secara aman
F10 Mencerminkan sikap bertamadun
F11 Perang dapat dielakkan
(Mana-mana jawapan munasabah)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan