Isnin, 15 Ogos 2011

wawasan 2020 II

1 Pernyataan di bawah berkaitan Wawasan 2020.


Wawasan 2020 merupakan agenda nasional dalam menghadapi
cabaran dan persaingan dunia sejagat.


(a) Namakan tokoh yang mencetuskan idea tersebut.
(b) Nyatakan dua matlamat Wawasan 2020
(c) Senaraikan tiga daripada sembilan cabaran yang terdapat dalam wawasan itu.
(d) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam
menjayakan Wawasan 2020 itu ?
(e) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda merealisasikan Wawasan 2020 ?



F1 Mahathir bin Mohamad



F1 Menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F2 Menggunakan acuan sendiri
F3 Setanding dengan negara maju yang lain
F4 Kemajuan yang diharapkan bukan hanya kemajuan dari segi fizikal semata-mata
F5 Kemajuan yang ingin dicapai ialah kemajuan bersepadu
Mana-mana 5 x 1 m


F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
F2 Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
F3 Memupuk dan membina masyaraakat demokratik yang matang
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
F6Membina masyarakat yang maju dan saintifik
F7 Mewujudkan masyarakat yang berjiwa penyayang
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur

Mana-mana 9 x 1 m

F1 Masalah polarisasi kaum / perkauman
F2 Mewujudkan identiti Malaysia
F3 Menyemai perasaan Malaysia Boleh
F4 Masalah masyarakat yang berfikiran sempit / tidak terbuka F5 Menangkis gejala sosial dari Barat
F6 Masalah keruntuhan akhlak seperti buang bayi / bohsia /rempit / dadah /
F7 Masalah buta huruf
F8 Mewujudkan masalah celik ICT
F9 Mewujudkan budaya bersaing di peringkat global tapi akar bertunjangkan negara sendiri (glokal)
F10 Mewujudkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan
F11 Melahirkan budaya mencipta
F12 Menekankan kepentingan agama dalam kehidupan
F13 Masalah tidak menghormati generasi tua
F14 Masalah minda kelas ketiga
F15 Masalah merosakkan harta awam
F16 Mengagihkan kekayaan negara secara adil
F17 Meninggikan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat
F18 Membasmi kemiskinan /kemiskinan sifar
F19 Meningkatkan pendapatan penduduk / negara
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 21 x 1 m


F1 Menuntut ilmu pengetahuan
F2 Mendalami ilmu ICT
F3 Mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
F4 Mempelajari pelbagai bahasa asing
F5 Mengamalkan perpaduan antara kaum
F6 Bersikap boleh bertolak ansur / tidak mementingkan diri
F7 Memiliki moral yang baik
F8 Mengamalkan sikap penyayang tanpa mengira kaum
F9 Menjauhi gejala tidak sihat / negatif
F10 Patuh kepada ajaran agama
F11 Menghormati nilai tradisi budaya bangsa
F12 Menerapkan semangat Malaysia boleh dalam diri
F13 Mengikuti peraturan dan undang-undang sekolah dan negara
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 14 x 1 m


Tiada ulasan:

Catat Ulasan