Isnin, 15 Ogos 2011

perang dunia pertama

4. Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang besar pada awal abad ke-20.

(a) Terangkan faktor-faktor yang telah mencetuskan Perang Dunia Pertama.
[ 8 markah ]

(b) Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Pertama ke atas tamadun manusia.
[ 7 markah]
(c) Andaikan anda menjadi pemimpin negara pada hari ini, berikan lima
cadangan untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.
[ 5 markah ]




Kemunculan nasionalisme di Eropah
Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar
Contohnya Jerman / Itali
Kuasa-kuasa besar di Eropah berlumba-lumba mendapatkan tanah jajahan
Nasinalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
Wujud imperialisme baru di Eropah

Wujud pakatan negara-negara di Eropah
Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada Jerman / Austria-Hungary / Itali
Kemudiannya disertai Turki / Bulgaria
Pakatan Bertiga terdiri daripada Britain / Perancis / Rusia
Kemudiannya disertai Itali dan Jepun
Persaingan antara keduanya mengancam perimbangan kuasa di dunia

Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
Mereka bersaing untuk mendapatkan bahan mentah
Untuk memasarkan barang keluaran mereka

Faktor semerta ialah peristiwa pembunuhan Arhduke Franz Ferdinand
Pewaris takhta Austria-Hungary dan isteri telah dibunuh oleh seorang pengganas Serbia

Mana-mana 17 x 1 m




Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Pemeteraian Perjanjian Versailles
Pembentukan beberapa negara baru
Pembentukan Liga Bangsa
Negara-negara yang berperang mengalami inflasi
Mengalami hutang peperangan yang besar
Melakukan perbelanjaan perang yang besar
Masalah pengangguran
Pasaran dunia diambilalih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
Penguasaan ekonomi dunia oleh Britain berakhir
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya
Kehilangan nyawa yang begitu banyak
Kemusnahan harta benda
Kehidupan sosial tergugat

Mana-mana 14 x 1 m






Meminta PBB distruktur semula
Kuasa veto / pembatal kuasa besar ditiadakan
Tiada lagi negara yang boleh dianggap sebagai kuasa besar
Setiap negara anggota PBB layak mendapat satu suara Penggunaan senjata nuklear diharamkan
Penggunaan bom kimia diharamkan
PBB mempunyai tentera sendiri
Krisis antarabangsa diselesaikan di meja rundingan
Tiada negara boleh menceroboh / campur tangan dalam hal negara lain
Hubungan perdagangan yang adil wajib dilaksanakan
WTO / IMF / Bank Dunia berperanan memastikan ekonomi dunia dinikmati secara adil oleh warga dunia
Hubungan diplomatik yang baik sentiasa dijalin antara negara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa diberi kuasa menyelesaikan pertikaian antarabangsa
Mana-mana negara yang ingkar arahan PBB dikenakan tindakan yang sewajarnya / bukan sekadar celaan
Mana-mana jawapan yang munasabah

Mana-mana 15 x 1m


Tiada ulasan:

Catat Ulasan