Isnin, 15 Ogos 2011

persekutuan tanah melayu 1948

4. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 telah memulakan babak baharu dalam sejarah negara Malaysia.

(a) Terangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[ 9 markah ]


(b) Mengapakah sebahagian besar daripada orang-orang Melayu menyokong
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
[ 6 markah ]

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi ke atas Tanah Melayu
sekiranya Persekutuan Tanah Melayu tidak dibentuk pada tahun 1948 ?
[ 5 markah ]


Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
Diterajui UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
Daripada kalangan rakyat / UMNO dengan raja
Berjaya memujuk / mendesak British meng hidupkan semula dasar perlindungan
Sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
Antaranya Sir Frank Swettenham / R.O. Winstedt / George Maxwell / Cecil Clementi
Mereka menolak dasar penaklukan
Sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi British
Antaranya Malcolm MacDonald / Edward Gent / L.D. Gammans
Sikap politik orang Melayu yang sederhana
Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar / berdemonstrasi / berkongres / memujuk Raja-Raja Melayu
UMNO dan Raja-Raja Melayu hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
Mereka tidak menuntut kemerdekaan
Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tidak menggalakkan penjajahan baru
Menggalakkan latihan berkerajaan sendiri diberikan kepada penduduk tempatan
Mana-mana 17 x 1 m



Dasar penjajahan / penaklukan dimansuhkan
Dasar perlindungan ke atas Negeri-negeri Melayu dipulihkan / pemerintahan secara tidak langsung
Konsep Persekutuan sebagai mana yang diamalkan oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diterima
Dasar kerakyatan secara terbuka/ jus soli dimansuhkan
Dasar perlindungan terhadap orang Melayu dipulihkan
Kedaulatan Raja-Raja Melayu dipulihkan seperti sebelum Perang Dunia Kedua
Kerajaan British mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini
Syarat kerakyatan telah diketatkan
Konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan
Perkongsian kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi dengan Majlis Raja-Raja Melayu di peringkat pusat
Sultan menjadi ketua negeri
Sultan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
Mewujudkan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri
Agama Islam terpelihara
Adat-istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu
Taraf bahasa Melayu dipertingkatkan sebagai bahasa rasmi, bersama-sama bahasa Inggeris
Mana-mana 16 x 1 m

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi ke atas Tanah Melayu sekiranya Persekutuan Tanah Melayu tidak dibentuk pada tahun 1948 ?
[ 5 markah ]

Tanah Melayu menjadi jajahan British
Raja-Raja Melayu kehilangan status / kedudukan / takhta / kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
Status quo orang Melayu sebagai peribumi tercabar
Jumlah penduduk Melayu menjadi kurang / minoriti
Penghijrahan orang dagang menjadikan mereka warga majoriti Ekonomi negara dikuasai oleh orang dagang
Ekonomi orang Melayu semakin mundur / tersisih daripada ekonomi dagangan
Pendidikan orang Melayu semakin terabai / mundur
Kedudukan agama Islam dicabar
Keistimewaan orang Melayu sebagai warga peribumi mula dipersoalkan
Kedudukan bahasa Melayu dianaktirikan oleh penjajah British
Adat istiadat Melayu tidak diktiraf oleh bangsa pendatang / British
Orang Melayu memberontak/ melakukan revolusi / berperang menentang British
Kekacauan dan ketidakstabilan negara berlaku dalam tempoh masa yang panjang
Ekonomi negara merudum kerana ketidakstabilan politik
British menghukum pejuang nasionalis Melayu / buang negeri / penjara/ membunuh / gantung di pasar
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 17 x 1 m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan