Khamis, 19 Julai 2012

kerajaan maritim


Apakah ciri-ciri kerajaan maritim?  
(b)      Nyatakan faktor geografi yang membantu perkembangan kerajaan
         tersebut.
(c)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tindakan yang telah
        dilakukan oleh pemerintah di Kedah Tua untuk menjadi kerajaan maritim
        yang penting di Asia Tenggara?
(d)   Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entreport yang terkenal.                         
(e)    Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab, cadangkan usaha yang boleh negara kita lakukan untuk muncul sebagai kuasa maritim yang ulung di Asia Tenggara masa kini.

 (a)
F1 Lokasi di lembah sungai / kawasan pesisiran pantai / kepulauan
F2 Mempunyai pelabuhan pembekal
F3 Berkembang sebagai pelabuhan kerajaan
F4 Terkenal sebagai pelabuhan entreport
F5 Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar
F6 Menggunakan lebih daripada satu bahasa
F7 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan / lingua franca
F8 Masyarakat mempunyai semangat ingin meneroka dan berdagang dengan  masyarakat luar
F9 Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
F10 Mempunyai kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit
F11 Ekonomi berasaskan perdagangan
F12 Mempunyai kedudukan geografi yang strategik

(b)
F1 Terletak di Selat Melaka yang strategik
F2 Berada dalam laluan perdagangan antara China dengan India
F3 Berdekatan dengan kawasan pengeluar bijih timah seperti Kuala Selinsing
F4 Berdekatan dengan kawasan pengeluaran hasil hutan
F5 Mempunyai sungai yang luas Sungai Mas / Sungai Bujang untuk memudahkan kapal berlabuh
F6 Mempunyai Gunung Jerai yang jadi panduan kepada pedagang yang masuk dan keluar
F7 Terlindung daripada tiupan angin monson

(c)
F1 Menjadikan pelabuhan Kedah Tua pelabuhan entreport
F2 Mengarahkan nyalaan api dilakukan di kemuncak Gunung Jerai
F3 Membina kemudahan gudang penyimpanan barangan
F4 Membekalkan kemudahan air dan makanan kepada pedagang
F5 Menyediakan kemudahan di pelabuhan
F5 Mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan
F6 Mewujudkan keamanan
F7 Mewujudkan sistem ukur, sukatan dan timbangan yang piawai
     Mana-mana jawapan yang munasabah

(d)
F1 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang
F2 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Song
F3 Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Yuan
F4 Jumpaan pelita tembaga daripada Timur Tengah
F5 Jumpaan tembikar daripada Timur Tengah
F6 Jumpaan pelbagai manik  yang merupakan barang dagangan daripada India , Sri Lanka dan Burma

(e)
F1 Menubuhkan institusi pelayaran
F2 Membeli kapal-kapal yang moden
F3 Prasarana pelabuhan dimodenkan
F4 Teknologi ICT digunakan dengan meluas dalam bidang perkapalan
F5 Menjalin kerjasama dengan syarikat gergasi dalam bidang kelautan
F6 Melahirkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan
F7 Cukai pelabuhan diminimumkan
F8 Pelbagai insentif diberi kepada syarikat perkapalan untuk berlabuh di pelabuhan negara kita
F9 Mewujudkan keamanan dalam negara
F10 Karenah birokrasi dikurangkan
       Mana-mana jawapan yang munasabah

     
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan