Khamis, 19 Julai 2012

undang-undang tanah


(a)          Senaraikan jenis-jenis undang-undang tanah yang telah diperkenalkan 
         oleh penjajah tersebut.          
(b)         Jelaskan undang-undang tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.
 (c)    Mengapakah British memperkenalkan peraturan tanah yang baru? 
(d)    Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tanah yang baru ke   
         atas masyarakat peribumi?
(e)        Andaikan anda menjadi pemimpin masyarakat peribumi ketika itu, apakah tindakan yang akan anda ambil bagi mengelakkan tanah masyarakat peribumi terlepas ke tangan orang asing.

 (a)
F1 Peraturan Tanah Perak 1879
F2 Kanun Tanah Selangor 1891
F3 Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
F4 Enakmen Tanah Persekutuan 1897
F5 Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
F6 Land Order 1931
F7 Land Settlement Order 1933
F8 Land Order 1941
F9 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi 1889

(b)
F1 Hal berkaitan tanah mesti mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu terlebih dahulu
F2 Kadar cukai dibayar kepada pembesar Melayu
F3 Untuk mengusahakan sesuatu bidang tanah mesti mendapat kebenaran pembesar
F4 Tanah merupakan sumber ekonomi
F5 Tanah mencerminkan kedudukan sosial  pembesar Melayu
F6 Tanah merupakan tonggak kuasa politik pembesar Melayu
F7 Menurut undang-undang adat, tanah menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah itu
F8 Tanah boleh diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang lain
F9 Sistem pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna

(c)
F1 Meneruskan penguasaan British terhadap ekonomi
F2 Melindungi orang Melayu
F3 Mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi pemodal asing
F4 Membolehkan tanah mempunyai catatan / rekod pemilikan
F5 Membolehkan tanah dijadikan cagaran untuk mendapatkan  modal
F6 Memberikan kuasa kepada residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal
F7 Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
F8 Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
F9 Melarang orang Melayu menanam tanaman dagangan
F10 Mengekalkan tanaman padi ditanam

(d)
F1 Tanah orang Melayu dilindungi
F2 Orang luar tidak boleh membeli / memajak tanah penduduk peribumi
F3 Kelangsungan hidup masyarakat peribumi secara tradisional dapat dikekalkan
F4 Bekalan makanan padi dapat diteruskan
F5 Sistem sosial masyarakat Melayu dapat dipertahankan
F6 Terpaksa membayar cukai kepada British
F7 Bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
F8 Menggadaikan tanah untuk melangsaikan hutang
F9 Tanah yang diperuntukkan tidak subur
F10 Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
F11 Hanya boleh menanam padi
F12 Tanah orang Melayu kurang nilai ekonomi
F13 Dibelenggu hutang
F14 Terlibat dengan ekonomi wang
F15 Tanah tergadai / terjual
        Mana-mana jawapan yang munasabah

(e)
F1 Memberi pendidikan kepada masyarakat Melayu
F2 Menggalakkan orang Melayu mengusahakan tanah mereka sendiri
F3 Bekerjasama dengan penjajah British memajukan tanah orang Melayu
F4 Memberi penerangan kepada orang Melayu faedah memiliki tanah
F5 Tidak membenarkan orang Melayu menjual tanah
F6 Tidak membenar orang Melayu memajakkan tanah mereka
F7 Mewujudkan undang-undang tanah yang menjaga kedudukan tanah orang Melayu
F8 Melawan pihak asing yang cuba mengambil tanah orang Melayu
F9 Tanah tidak boleh dijadikan cagaran
     Mana-mana jawapan yang munasabah
     
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan