Isnin, 23 Julai 2012

Revolusi Pertanian


Revolusi Pertanian bermula di Britain pada abad ke-18.
(a)        Terangkan sebab-sebab Revolusi Pertanian berlaku di Britain.
(b)        Nyatakan kesan yang dicetuskan oleh Revolusi Pertanian ke atas   
              masyarakat Eropah.
       (c)        Sejak negara mencapai kemerdekaan, bidang pertanian telah diberikan
                   perhatian penting.
                   Berikan cadangan anda, apakah tindakan yang boleh dilaksanakan
                   bagi memajukan lagi bidang pertanian di    Malaysia?                                                                                                                
(a)
F1 Pertambahan penduduk di Britain
H1a hasil pertanian perlu dipertingkatkan
F2 Perubahan dalam pemilikan tanah persendirian
H2a sebelum revolusi, di Britain  sistem pemilikan tanah boleh dibahagikan kepada sistem pemilikan tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam
H2b tanah persendirian dimiliki oleh golongan kaya / tuan tanah
H2c tanah awam juga dimiliki oleh orang perseorangan
H2d tanah awam dibenar diguna oleh rakyat biasa di Britain untuk bercucuk tanam
F3 Tuan tanah mahu memanfaatkan tanah untuk pengeluaran secara besar-besaran
H3a berlaku pada abad ke-18 kerana harga gandum telah meningkat
F4 Akta Pemagara Tanah diluluskan
H4a tuan tanah menggunakan parlimen bagi meluluskan Akta Pemagaran Tanah
H4b wujud kawasan yang luas bagi penanaman dipanggil ladang
F5 Wujud golongan buruh ladang
H5a golongan petani kecil-kecilan yang mengusahakan tanah-tanah awam kini menjadi buruh ladang
F6 Kaedah penanaman bergilir diperkenalkan di Britain
H6a diperkenalkan oleh Lord Townshend
H6b satu bidang tanah ditanam dengan tanaman yang berbeza mengikut musim
H6c tidak ada tanah yang ditinggalkan kosong
H6d tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang
F7 Berjaya menghasilkan alat-alat pertanian yang baru
H7a alat Tethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal berjaya dicipta oleh Jethro Tull
H7b mesin bajak berbentuk tiga segi dinamakan Rotterham direka bagi membolehkan kerja membajak lebih berkesan
H7c mesin memukul menggunakan kuasa wap mula diguna pada tahun 1798
F8 Penggunaan baja asli
H8a menjadikan tanaman lebih subur
H8b hasil pertanian dapat dipertingkatkan
F9 Berjaya memeperkenalkan kaedah baru penternakan biri-biri dan lembu
H9a diperkenalkan oleh Robert Bakewell
H9b binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat
(b)
F1 Wujud tuan tanah yang kaya
F2 Peladang yang menjadi kaya daripada Revolusi Pertanian melaburkan lebihan modal dalam bidang perindustrian
F3 Peladang mempunyai sikap berani mengambil risiko melaburkan modal dalam bidang yang belum menjanjikan keuntungan
F4 Menyediakan bekalan makanan untuk pekerja kilang
F5 Lebihan produk pertanian diperdagangkan di peringkat antarabangsa
F6 Para peladang menjadi pedagang antarabangsa
F7 Petani bertukar  menjadi buruh ladang
F8 Tuan tanah menjadi tokoh yang kaya dan tokoh utama dalam masyarakat
F9 Membekalkan bahan mentah untuk revolusi industri
F10 Tuan tanah menjadi majikan kepada buruh ladang
F11 Hasil pertanian meningkat dengan banyak
F12 Pertanian dilakukan dalam skala besar-besaran
F13 Kumpulan petani kecil pupus
F14 Berlaku pengkhususan dalam pekerjaan
(c)
F1 Menubuhkan universiti yang banyak
F2 Melahirkan petani yang berilmu pengetahuan
F3 Mementingkan bidang penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian
F4 Mencipta kaedah pertanian yang moden
F5 Menggalakkan penggunaan tanah secara optimum
F6 Menggunakan baja kimia dan organik
F7 Menggunakan mesin dan robot dalam pertanian
F8 Menggalakkan inovasi dalam pertanian
F9 Menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan petani
F10 Melakukan pertanian dalam skala besar-besaran
F11 Melakukan aktiviti hiliran untuk setiap hasil pertanian
F12 Mengurangkan karenah birokrasi untuk memajukan bidang pertanian
F13 Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing
        Mana-mana jawapan yang munasabah    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan