Isnin, 23 Julai 2012

Piagam Madinah


5              Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad S. A. W. pada tahun 622M. 
(a)                  Jelaskan kandungan Piagam Madinah.                                                                                                             
(b)                Terangkan kepentingan Piagam Madinah dalam membina masyarakat
             manusia yang sempurna.                                                                                                             
(c)                 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan iktibar yang boleh
                   diperoleh daripada Piagam Madinah bagi menjadikan  negara
                   Malaysia sebuah negara berbilang bangsa yang gemilang.
 (a)
F1 Mengandungi 47 fasal
F2 Terdapat 23 membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka terhadap negara
F3 Terdapat 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam terhadap negara
F4 Nabi Muhammad S.A.W. diiktiraf sebagai pemimpin  di Madinah
F5 Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
F6 Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama  masing-masing
F7 Mereka bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam
F8 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
F9 Masyarakat Madinah tidak boleh berbunuhan sesama sendiri
F10 Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F11 Peraturan kekeluargaan dalam sesebuah kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
F12 Kerjasama antara penduduk Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
F13 Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan
F14 Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
F15 Keselamatan orang bukan Islam khususnya Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi Perlembagaan Madinah.
(b)
F1 Merupakan model kerajaan Islam
H1a boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan berasaskan Islam
F2 Perlembagaan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat
H2a unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara walaupun berbilang bangsa dan agama
F3 Kepintaran Nabi Muhammad S.A.W. menggubal suatu piagam
H3a berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap
H3b mewujudkan peraturan berkaitan dengan dunia dan akhirat
F4 Amalan ekonomi mementingkan ketelusan  dan keadilan
H4a amalan riba dicegah
H4b penipuan ditentang
H4c rasuah dibanteras
H4d penindasan tidak dibenarkan
H4e sifat bertimbang rasa ditekankan
H4f amalan bersedekah digalakkan
F5  Masyarakat baru berasaskan ummah berjaya dibentuk
H5a masyarakat hidup bersatu padu dan aman
H5b nilai hidup berdasarkan ukhuwah Islamiah / semangat persaudaraan sesama Islam
F6 Prinsip keadilan sosial Islam dipraktikkan
H6a Islam menekankan persamaan hak
H6b taraf dan kedudukan rakyat adalah sama
H6c tiada lagi perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat
F7 Pewujudan negara yang mempunyai sistem undang-undang yang lengkap dan sempurna
H7a undang-undang syariah Islam bersifat adil
F8 Merangka perlembagaan terlebih dahulu sebelum membina negara
H8a masyarakat Madinah diikat dengan perjanjian yang lengkap sebelum negara dibina
H8b sistem pemerintahan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
F9 Menyusun kehidupan manusia yang sistematik
H9a setiap kaum terikat kepada undang-undang
H9b setiap kaum tidak boleh menindas satu sama lain
F10 Tanggungjawab bersama mempertahankan negara
H10a semua pihak bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
(c)
F1 Mentaati pemimpin
H1a kita haruslah taat kepada pemimpin negara sebagai mana penduduk Madinah taat kepada Nabi Muhammad S.A. W.
H1b melalui ketaatan rakyat mudahlah pemimpin mentadbir negara
F2 Memilih pemimpin yang cekap dan berkaliber
H2a pemimpin yang cekap dapat memajukan negara
H2b pemimpin yang berkaliber menjadi sumber inspirasi rakyat
F3 Mempunyai perlembagaan yang adil
H3a menjadi pedoman mentadbir negara
H3b menjamin hak setiap warganegara
H3c memastikan hak asasi setiap individu terpelihara
H3d menentukan warisan kepimpinan terpelihara
F4 Mempunyai sistem kehakiman yang telus
H4a menjamin keadilan rakyat / sosial
H4b membela nasib golongan teraniayai / tertindas
H4c melahirkan hakim-hakim yang bijaksana
F5 Memberi kebebasan beragama
H5a tidak melakukan paksaan dalam beragama
H5b melahirkan sikap toleransi
H5c masyarakat bebas melaksanakan amalan budaya masing- masing
F6 Melahirkan masyarakat yang bersatu padu
H6a membolehkan kerjasama dan tolong-menolong berlaku
H6b mengelakkan prasangka / polarisasi kaum
H6c sikap mementingkan diri sendiri dapat dibanteras
F7 Menyusun pembahagian ekonomi negara secara adil
H7a perbuatan riba dilarang
H7b penindasan / tipu timbangan / sukatan dan amalan niaga secara tidak adil dilarang
H7c kerjasama antara semua kaum bagi memajukan ekonomi negara
F8 Mewajibkan tanggungjawan bersama menjaga negara
H8a semua warga mempunyai tanggungjawab yag sama terhadap keselamatan negara daripada ancaman luar
H8b setiap warga tidak boleh menderhakai negara sendiri / belot
        Mana-mana jawapan yang munasabah  
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan