Ahad, 4 Ogos 2013

Akhbar dan Isu Sebelum Perang Dunia Kedua



Za’ba, Abdul Rahim Kajai dan Dato’ Onn merupakan wartawan akhbar   
yang membangkitkan kesedaran kebangsaan. 
         (a)        Senaraikan akhbar yang membangkitkan kesedaran kebangsaan.
            (b)       Apakah isu sosial yang diutarakan dalam akhbar tersebut?
(c)        Senaraikan isu politik yang menjadi kritikan wartawan.   
(d)       Apakah isu ekonomi yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut.
(e)       Pada pendapat anda, mengapakah akhbar penting dalam meniupkan
           semangat kebangsaan?

(a)
F1 Warta Malaya
F2 Lembaga Malaya
F3 Majlis
F4 Utusan Melayu
F5 Warta Negara
F6 Fajar Sarawak

(b)
F1 Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
F2 Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
F3 Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif
F4 Menggalakkan tabungan dalam kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
F5 Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan / kerja tangan
F6 Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
F7 Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
F8 Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
F9 Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
F10 Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

(c)
F1 Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
F2 Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan
      kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat
F3 Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
F4 Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S.) untuk melindungi
     orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
F5 Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah
      pertubuhan kebangsaan
F6 Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

(d)
F1 Menggalakkan syarikat kerjasama
F2 Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam
     ekonomi tempatan
F3 Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu
F4 Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
F5 Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
F6 Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

(e)
F1 Murah
F2 Mudah dibawa
F3 Popular dalam kalangan masyarakat
F4 Memuatkan pelbagai bahan dan isu
F5 Meluas jaringan penyebarannya
F6 Berpengaruh dalam kalangan golongan yang celik huruf
F7 Banyak diterbitkan
F8 Idea nasionalisme boleh digarap dalam bentuk bahan kreatif
F9 Mudah mendapat maklumat berkaitan gerakan nasionalis
      di seluruh dunia
F10 Pengedaran akhbar sangat cepat
F11 Kadar celik huruf dalam kalangan orang Melayu telah
       meningkat
F12 Orang Melayu belum terdedah dengan teknologi telegraf
       dan telefon yang agak mahal
      (Mana-mana jawapan yang munasabah)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan