Isnin, 5 Ogos 2013

Tamadun Hwang Ho



Tamadun Hwang Ho bermula di lembah Sungai hwang Ho.
(a) Jelaskan ciri-ciri tamadun Hwang Ho.
(b) Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho.
(c) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri masyarakat yang tidak bertamadun di dunia moden hari ini?

(a)
F1 Kemunculan bandar-bandar
H1a bandar menjadi negara kota / contoh bandar Anyang
H1b dalam bandar ada istana / kuil / pusat pentadbiran
H1c raja / pembesar / golongan agama tinggal dalam bandar
H1d bandar Anyang dilengkapi tembok
H1e dikelilingi perkampungan yang didiami masyarakat petani

F2 Pemerintahan berdasarkan dinasti
H2a dinasti Hsia
H2b dinasti Shang
H2c dinasti Chou

F3 Susun lapis masyarakat
H3a raja dan pembesar lapisan tertinggi
H3b lapisan rakyat teramai sebagai petani
H3c terdapat golongan artisan dan pedagang
H3d lapisan paling bawah hamba
H3e hanya golongan pembesar boleh memiliki tentera dan senjata gangsa
H3f tentera terdiri daripada dua kumpulan ; berkereta kuda / berjalan kaki
H3g artisan mencipta pelbagai barangan tembaga
H3h hamba berperanan sebagai tentera upahan / membantu kerja-kerja perburuhan /   untuk tujuan korban
H3i mewujudkan pengkhususan pekerjaan

F4 Sistem pemerintahan
H4a sistem beraja
H4b raja mendapat mandat daripada tuhan
H4c raja-raja dinasti Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana
       berketurunan pemerintah agama
H4d raja dibantu golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
H4e golongan bangsawan dipertanggungjawabkan memerintah wilayahnya
H4f mereka mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri seperti pungutan cukai/
       pertahanan/ undang-undang
H4g raja dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-
        wilayah
H4h pembesar tempatan dilantik di setiap wilayah
H4i pembesar tempatan perlu berikrar taat setia kepada dinasti Chou

F5 Amalan agama dan kepercayaan
H5a menyembah animisme
H5b politeisme
H5c penyembahan roh nenek-moyang
H5d menyembah tuhan syurga (Shang-ti) / tuhan bumi (Tu)
H5e menyembah sungai / bukit / gunung
H5f upacara penyembahan melibatkan muzik / tarian / korban
H5g upacara penyembahan diketuai oleh bomoh

F6 Sistem tulisan
H6a berpunca daripada amalan penilikan tulang oracle
H6b bomoh mentafsirkan rekahan pada tulang
H6c lahir tulisan berbentuk ideogram

(b)
F1 Memperkenalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
F2 Mengamalkan pemerintahan secara dinasti
F3 Membina sistem pengairan untuk kegiatan pertanian / mengelakkan banjir
F4 Membina terusan Szechwan
F5 Memajukan teknologi pembajakan
F6 Mencipta cangkul
F7 Mencipta sabit
F8 Menggunakan batas dalam pertanian
F9 Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
F10 Memperkenalkan sistem tulisan ideogram
F11 Memuja roh nenek moyang
F12 Memperkenalkan konsep Yin dan Yang
F13 Memperkenalkan kalendar Cina yang mengandungi 30 hari dalam sebulan dan
       360 hari dalam setahun
F14 Mengamalkan falsafah perang Sun Tzu / The Art of War
F15 Amalan Feng Hsui
F16 Penggunaan tenggala
F17 Penggunaan kolar kuda
F18 Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan bagi menjaga kesuburan tanah
F19 Tanah bukit telah diteres untuk tujuan pertanian

(c)
F1 Mengamalkan rasuah
F2 Melakukan vandalismee
F3 Melakukan amalan seks bebas
F4 Menolak agama
F5 Menganggur
F6 Menyukai hiburan yang melampau
F7 Melakukan kegiatan anarkis
F8 Merempit
F9 Mempunyai tempat tinggal di kawasan setinggan dan kotor
F10 Menolak pemimpin yang dipilih melalui proses pilihan raya
       Mana-mana jawapan yang munasabah        
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan