Khamis, 8 Ogos 2013

ASEAN



Pada 8 Ogos 1967, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan berikutan tetmetrainya Deklarasi Bangkok.
(a) Nyatakan matlamat penubuhan ASEAN.
(b) Jelaskan kejayaaan yang telah dicapai oleh ASEAN.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan hubungan luar kepada negara kita?
(a)
F1 Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
F2 Membantu antara  satu sama lain dalam bidang ekonomi, ssosial dan kebudayaan
F3 Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian/ perdagangan/ perindustrian
F4 Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan
F5 Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa

 (b)
F1 Mengeluarkan Deklarasi Kuala Lumpur – mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali / ZOPFAN
F2 Berjaya membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk dengan persetujuan Vietnam
F3 Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear
F4 Kerjasama ekonomi dalam projek baja urea di Bintulu dan Acheh
F5 Mewujudkan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN/ AFTA
F6 Melaksanakan skop ekonomi ASEAN+ 3/ kerjasama ASEAN dengan China , Jepun dan Korea
F7 Menubuhkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN / SEAMEO
F8 Meenubuhkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (ReCsam) di Pulau Pinang
F9 Mengadakan festival kebudayaan dan keseniaan seperti Tabung Kebudayaan ASEAN
F10 Mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen
F11Menganjurkan Sukan SEA
F12 Mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992

 (c)
F1 Menjamin keselamatan rakyat
F2 Menjaga kedaulatan negara
F3 Memelihara kepentingan nasional
F4 Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
F5 Mengekalkan keamanan sejagat
F6 Menjadi warga global yang bertanggungjawab
F7 Bersama-sama peka memupuk kesejahteraan dunia
F8 Mengatasi ancaman komunis
F9 Memudahkan pengeksportan bahan komoditi
F10 Memerlukan pasaran Barat
F11 Memerlukan persahabatan negara Barat
F12 Menjana modal dari luar negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan