Ahad, 11 Ogos 2013

KERTAS 3 BAB 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA



TAJUK KHUSUS: Sejauh manakah perkembangan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara berupaya membangunkan tamadun di Asia Tenggara dan hubungkaitkan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita atas asas yang disumbangkan oleh kerajaan awal tersebut.
1.Nyataka  ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim.
Kerajaan agraria
F1 Menjalankan ekonomi berasaskan pertanian/ penternakan/ pemungutan hasil hutan/ sungai
F2 Lokasi di lembah sungai / di kawasan pedalaman/ kawasan berbukit dan lereng gunung berapi
F3 Mempunyai teknologi pengairan seperti baray
F4 Mempunyai kawasan tanah pertanian yang subur
F5 Raja dan kerajaaan bertanggungjawab dalam pembinaan dan pengurusan sistem pengairan
F6 Tukang kayu dan tukang batu yang baik terdapat dalam kerajaan agraria
Kerajaan maritim
F1 Terletak di lembah sungai / pesisir pantai / kepulauan
F2 Aktiviti ekonomi utama perdagangan
F3 Ada pelabuhan
F4 Terdapat pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan, dan pelabuhan entreport
F5 Penduduk terdiri daripada orang tempatan / orang laut / pedagang luar
F6 Bahasa perhubungan ialah bahasa Melayu
F7 Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
F8 Masyarakat mempunyai semangat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar
F9 Mempunyai kemahiran membina kapal layar dan perahu
F10 Memiliki kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit

2.Jelaskan perkembangan kerajaan-kerajaan awal berikut:      (i) Angkor (ii) Srivijaya (iii) Kedah Tua
Angkor
F1 Terletak di Lembah Sngai Mekong
F2 Menjadi sebuah kerajaan yang kuat kerana kedudukannya yang berhampiran Tasik Tonle Sap 
F3 Air dari Tasik Tonle Sap menjadi sumber air domestik dan pengairan
F4 Tanah di sekitar tasik sangat subur kerana lumpur lanar
F5 Iklim di sekeliling tasik panas dan lembap sepanjang tahun sangat sesuai untuk pertanian
F6 Tonle Sap membekalkan bekalan ikan air tawar
F7 Pemeerintah seperti Raja Indravarman  I telah membina sistem pengairan yang dikenali sebagai baray
F8 Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
F9 Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
F10 Dengan adanya pengairan hasil padi yang dikeluarkan dapat menampung keperluan penduduknya

Srivijaya
F11 Pelabuhannya terletak di kawasan yang strategik di Selat Melaka dan Selat Sunda
F12 Juga dikenali sebagai Tuan Selat
F13 Terletak di laluan perdagangan antara China dengan India
F14 Mempunyai pelabuhan yang baik/ terlindung
F15 Terletak di kawasan yang strategik
F16 Memiliki bala tentera laut yang besar
F17 Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuk Orang Laut
F18 Tentera laut berfungsi mengawal perdagangan di Selat Melaka / mengawal keselamatan kerajaan
F19 Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang antara China dengan India
F20 Pellabuhan Srivijaya mempunyai banyak barang dagangan yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahan dan taklukannya
F21 Penduduk Srivijaya mampu menghasilkan kapal besar
F22 Mempunyai sistem pentadbiran yang agak kompleks

Kedah Tua
F23 Terletak di Lembah Bujang
F24 Berkembang antara abad kelima hingga akad ketiga belas
F25 Kebangkitannya sangat berkait rapat dengan kerajaan Srivijaya
F26 Bahkan pernah disebut secara bersamaan dengan nama Shih-li-fo-shi /Kataha
F27 Menjadi pelabuhan entreport sejak abad kelima
F28 Pada awalnya terletak di Sungai Mas
F29 Pada abad kelima hingga abad kesepuluh penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha
F30 Selepas abad kesebelas penduduk Kedah Tua menganut agama Hindu
F31 Merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai Barat Tanah Melayu
F32 perkembangan kerajaan Kedah Tua dibantu oleh peranan Gunung Jerai
F33 Pada waktu malam nyalaan api dipasang untuk memandu kapal dagang singgah dan keluar dari pelabuhan
F34 Perkembannya juga kerana kedudukannya yang strategik
F35 Berada di Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monson barat daya dan angin monson timur laut
F36 Banyaknya kemudahan menyimpan barang dagangan
F37 Kedah Tua kaya dengan barang dagangan asil hutan seperti damar/ rotan/ dan sumber bumi seperti timah
F38 Barangan dari luar yang diperdagangkan oleh pelabuhan Kedah Tua termasuklah kapas/ sutera/ teh/ tembikar/ kaca/ manik

3. Buat satu analisis yang terperinci tentang pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaa-kerajaan awal di Asia Tenggara.
F1 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
H1a Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
H1b  Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
F2 Raja berada di puncak pemerintahan
H2a Di bawahnya  terdapat kerabat diraja
H2b Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
H2c Diikuti dengan rakyat
H2d Hamba  golongan paling bawah
F3 Raja berkuasa mutlak
H3a Berkuasa meliputi hal pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
F4 Perintah raja menjadi undang-undang
H4a Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka
H4b Kesalahaan menderhaka tidak diampunkan
H4c Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F5 Raja sebagai bayangan tuhan
H5a Rakyat takut menderhaka
H5b Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
H5c Dipercayai memiliki kesaktian
F6 Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
H6a Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status raja
F7 Wujud  adat istiadat pertabalan raja
H7a Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
H7b Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin
H7c Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F8 Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a Bertujuan menjadi raja terulung
H8b Mendirikan kompleks kota
H8c Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
F9 Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
H9a Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
H9b Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati sbg ketua pentadbir

4.Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara berjaya membangunkan tamadun yang besar dan hebat.
Pada pendapat anda, apakah aspek pencapaian kerajaan awal yang boleh kita contohi bagi menjadikan negara kita gemilang menjelang tahun 2020. 
F1 Sistem pemerintahan yang teratur/ sistematik /raja berkuasa mutlak
H1 Kita perlu mewujudkan sistem pemerintahan sistematik mengikut ukuran zaman kini/ melaksanakan pemerintahan secara demokrasi
F2 Pentadbiran yang diterajui golongan bangsawan
H3 Kita perlu mewujudkan suatu golongan pentadbir yang cekap/ Misalnya penjawat awam yang dilatih oleh INTAN
F3 Memiliki golongan tentera yang berkeupayaan/ orang laut
H4 Kita mesti memiliki angkatan tentera yang besar dan moden bagi menjaga kedaulatan negara/ Contohnya angkatan tentera laut dilengkapi kapal selam Scorpene
F5 Memiliki kemampuan menguatkuasakan undang-undang bagi menjadikan negara aman
H5 Kita perlulah menguatkuasakan undang-undang secara telus dan adil/ Contohnya pihak mahkamah mempunyai kebebasan menjalankan perbicaraan tanpa sebarang gangguan
F6 Memiliki adat istiadat negara bagi menunjukkan kewujudan sebuah kerajaan yang berdaulat
F7 Kita perlu mempunyai adat istiadat negara / Contohnya adat penganugerahan oleh ketua negara dan ketua negeri kepada warga Malaysia
F8 Mempunyai sumber alam yang banyak
H8 Kita perlulah mempelbagaikan sumber eksport negara kita bagi mengelakkan kebergantungan kepada sesuatu sumber sahaja/ dapat mengelakkan terlalu bergantung kepada keadaan pasaran
F9 Memiliki pelabuhan entreport yang maju
H9 Kita mestilah membangunkan pelabuhan negara kita menjadi pelabuhan yang moden supaya hasil negara tidak perlu dieksport melalui pelabuhan negara asing
F10 Mampu menyediakan prasarana yang mencukupi
H10 Kita hendaklah menyediakan kmudahan infrastruktur moden bagi memudahkan urusan pelabur yang melabur dalam negara kita
F11 Mempunyai keupayaan menyediakan makanan yang mencukupi
H11 Kita perlulah memajukan industri pertanian supaya industri tersebut dapat menjadi sumber pendapatan negara/ sumber pekrjaan
F12 Mempunyai hubungan yang baik dengan negara tetangga
H12 Kita mesti mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan negara tetangga bagi mengelakkan pelbagai konflik
F13 Mampu memanfaatkan sumber alam untuk kepentingan negara/ contohnya Gunung Jerai dijadikan panduan untuk kapal keluar dan masuk
H13 Kita mestilah enggunakan kekayaan alam semula jadi dalam negara secara bijaksana. Contohnya membangunkan industri pelancongan kerana keunikan muka bumi negara
F14 Mampu menghasilkan kebudayaan yang menarik dan unggul
H14 Kita mestilah sentiasa memelihara warisan kebudayaan negara yang kaya dengan sumber sejarahnya
F15 Mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
H15 Kita mestilah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan dan ilmu di Asia Tenggara
  Mana-mana jawapan yang munasabah

5. Kewujudan kerajaan awal yang terbilang di Asia Tenggara terutamanya berpunca daripada faktor geografi kerajaan-kerajaan awal tersebut. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda.
Bersetuju
F1 Berada pada kedudukan yang strategik
F2 Di tengah-tengah laluan antara China dengan India
F3 Mengawal laluan masuk dan keluar selat Melaka
F4 Menguasai Selat Sunda
F5 Terlindung daripada tiupan angin monson barat daya dan timur laut
F6 Berada pada selat antara yang tersibuk di dunia
F7 Berdekatan dengan kawasan pengeluar bahan mentah seperti rempah dan hasil hutan
F8 Kawasannya sesuai didirikan pelabuhan
F9 Mempunyai tanah yang subur
F10 Hasil daripada lumpur lanar dan letusan gunung berapi
F11 Mempunyai sumber air semulajadi yang mencukupi/ Sungai Mekong/ Tonle Sap
Tidak bersetuju
F12 Keupayaan raja memimpin kerajaan
F13 Wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik
F14 Membangunkan kemudahan pelabuhan yang bertaraf dunia
F15 Membina sistem pengairan/ baray
F16 Menjalin hubungan perdagangan dengan pelbagai negara
F17 Keupayaan Orang Laut mengawal Selat Melaka
F18 Memiliki bala tentera yang besar
F19 Menjadikan bahasa Melayu bahasa lingua franca dalam urusan perdagangan
F20 Masyarakat memiliki semangat meneroka
F21 Masyarakat mampu membina kapal yang besar/ kapal layar
F22 Mempunyai barang dagangan yang banyak
F23 Mempunyai sumber makanan yang mencukupi
       Mana-mana jawapan yang munasabah

6. Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada tahun 2020. Sebagai pelajar, apakah yang perlu anda lakukan bagi menjayakan hasrat murni tersebut?
F1 Belajar bersungguh-sungguh
F2 Mendalami teknologi maklumat / ICT
F3 Mengekalkan perpaduan kaum
F4 Patuh kepada peraturan sekolah / negara
F5 Menjadi pelajar yang berdisiplin
F6 Taat kepada negara
F7 Hormat kepada ibu bapa
F8 Bercita-cita tinggi
F9 Sanggup menuntut ilmu sehingga keluar negara
F10 Mempunyai semangat daya saing
F11 Bersifat kreatif dan inovatif
F12 Bersifat terbuka
F13 Sedia menerima perubahan
F14 Tidak mementingkan diri sendiri
F15 Tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif
       Mana-mana jawapan yang munasabah

7. Pada pandangan anda, apakah unsur patriotisme yang boleh diperoleh daripada kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara demi menerapkan jati diri warga Malaysia?

F1 Cinta akan negara
H1a sanggup menentang ancaman luar dari kerajaan Chola di India Selatan
H1b sedar akan keburukan akibat daripada penguasaan kuasa asing
H1d perpaduan tercapai dalam kalangan rakyat bagi menentang pihak luar
H1d sentiasa berusaha menyaingi kuasa asing
F2 Menghormati raja sebagai ketua negeri
H2a mempunyai kesedaran yang tinggi peri penting menghormati ketua negara dan pemimpin negara
H2b contohnya sultan
H2c contohnya Yang Di-Pertuan Agong
H2d tidak melakukan perbuatan khianat terhadap ketua negeri
H2e contohnya memuatnaik imej negatif sistem
F3 Menyayangi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
H3a bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua franca di Alam Melayu
H3b bahasa melayu pernah menjadi bahasa sarjana menggantikan bahasa Sanskrit
H3c bangga mampu bertutur menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul
H3d menjadikan bahasa kebangsaan alat perpaduan kaum
H3e tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan
H3f mengiktiraf bahasa kebangsaan dalam majlis negeri/ negara sama ada majlis rasmi mahupun tidak rasmi
H3g penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada semua papan tanda jalan dan perniagaan
F4 Mempunyai semangat kekitaan / esprit de corp
H4a semua golongan rakyat dalam kerajaan awal patuh menyokong apa-apa sahaja perintah raja mereka
H4b menyokong negara sendiri
H4c contohnya dalam kegiatan sukan / kebudayaan / filem dsbnya
H4d berbangga dengan sorakan ‘Malaysia Boleh’
H4e berbangga dengan konsep ‘1Malaysia’
F5 Menyanjung budaya bangsa
H5a rakyat dalam kerajaan awal menerima budaya yang diterapkan oleh pemerintah mereka
H5b sentiasa menyanjung prinsip Kebudayaan Kebangsaan
H5c budaya masyarakat peribumi dipelihara / menjadi teras
H5d budaya universal diterima pakai
H5e prinsip asimilasi dalam budaya dihargai
H5f kerencaman budaya menjadikan negara Malaysia unik
F6 Menghargai warisan sejarah negara
H6a warisan sejarah kerajaan awal dibanggakan rakyat kerajaan awal
H6b warisan sejarah negara dipulihara
H6c peristiwa sejarah dijadikan iktibar warga dan negara
H6d tokoh / wira bangsa dihargai
H6e kesilapan lampau diazami tidak akan diulangi
H6f menyambut perayaan Hari Kemerdekaan
H7g menyambut perayaan Hari Malaysia

F7 Berdisiplin
H7a perbuatan melanggar arahan raja dikenakan hukuman yang berat
H7bmelahirkan warga yang patuh kepada perlembagaan negara
H7c taat dan setia kepada negara
H7d amanah dan mempunyai intergriti dalam setiap pekerjaan
H7e kedaulatan negara menjadi keutamaan
H7f sanggup bersaing dengan penduduk negara yang lebih maju

F8 Membentuk bangsa Malaysia
H8a sesebuah kerajaan walau berapa luas kawasanpun menerima raja yang sama sebagai kerajaan yang sama
H8b berfikir dari sudut sebagai rakyat Malaysia
H8c perasaan perkauman disisihkan
H8d hak etnik peribumi dikekalkan
H8e hak kaum-kaum yang lain tidak dinafikan
H8f keadilan sosial untuk rakyat Malaysia

8          Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang




7 ulasan:

  1. Thank u...for sharing this usefull information...really appreciated ur'll

    BalasPadam
  2. terima kasih , sangat bermanfaat :))

    BalasPadam
  3. terima kasih, sangat membatu saya

    BalasPadam
  4. adakah sama dengan soalan "bincangkan perkembangan tamadun awal asia tenggara dan hubung kaitannya dengan kemajuan malaysia pada hari ini?."

    BalasPadam