Ahad, 4 Ogos 2013

Zaman Gelap di Eropah



(a)        Apakah maksud Zaman Gelap?
(b)     Senaraikan ciri Zaman Gelap dari aspek politik.
(c)      Mengapakah gereja Katholik menjadi institusi yang amat berpengaruh   
  pada Zaman Gelap?        
(d)     Senaraikan dua ciri Zaman Gelap dari aspek ekonomi.
(e)      Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan Zaman
        Gelap daripada berlaku di negara kita?

 (a)
F1 Selepas kejatuhan Rom Barat
F2 Sekitar tahun 476 M
F3 Peringkat Awal Zaman Pertengahan (476 – 1050)
F4 Eropah mengalami Zaman Kemunduran

(b)
F1 Kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah telah musnah
F2 Wujud sistem feudal
F3 Kemunculan golongan baron/ tuan tanah
F4 Petani terpaksa mendapatkaan perlindungan daripada tuan tanah
F5 Petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
F6 Terdapat petani yang terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
F7 Petani menjadi hamba
F8 Tuan tanah mendapatkan peerlindungan daripada raja
F9 Tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja
F10 Raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara

(c)
F1 Memiliki hartanah yang banyak
F2 Memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama
F3 Menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
F4 Mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
F5 Menyediakan pendidikan kepada masyarakat Eropah

 (d)
F1 Kegiatan perdagangan tidak meluas
F2 Perdagangan di pantau utara dan barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar
F3 Di Mediterranean telah dikuasai oleh pedagang Islam
F4 Ekonomi eropah tertumpu kepada kegiatan pertanian
F5 Perniagaan barangan pertanian dilakukan secara tukar barang
F6 Penggunaan mata wang terlalu terhaad

(e)
F1 Memajukan bidang pendidikan
F2 Menubuhkan banyak pusat pengajian tinggi
F3 Melahirkan rakyat berilmu pengetahuan
F4 Mewujudkan rakyat yang patuh kepada ajaran agama
F5 Menubuhkan kerajaan yang stabil
F5 Memastikan perpaduan kaum terjalin dalam kalangan masyarakat
F6 Menjamin keadilan sosial berlaku dalam masyarakat
F7 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
F8 Mengurangkan masalah sosial dalaam masyarakat
       Mana-mana jawapan yang munasabah  
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan