Selasa, 6 Ogos 2013

KERTAS 3 BAB 6 : PENUBUHAN MALAYSIA


1.Galurkan cadangan-cadangan yang pernah dikemukakan ke arah pembentukan Malaysia.
F1 Lord Brassey (Pengarah Syarikat Borneo Utara) mencadangkan Kerajaan British menggabungkan Sarawak, Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri
     Selat
F2 Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
F3 Dato’ Onn bin Ja’afar mencadangkan mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana percaya pada suatu masa nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
F4 Lim Yew Hock pemimpin di Singapura turut membuat cadangan
F5 David Marshall turut mencadangkan penggabungan
F6 Lee Kuan Yew mndesak British menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura
F7 Tunku Abdul Rahman mencaadangkan idea tersebut semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan Luar Negari di Hotel Adelphi, Singapura


2.Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan idea pembentukan Malaysia.  
F1 Faktor Politik
H1a Kepentingan keselamatan
H1b kebimbangan terhadap perkembangan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
C1a Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya di Hong Lim
C1b Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya kecil di Anson
H1c kebangkitan barisan Sosialis telah melemahkan pengaruh Parti Tindakan Rakyat (PAP)
H1d Barisan Sosialis dianggap gerakan berhaluan kiri
H1e kebimbangan terhadap ancaman komunis
H1f alasan yang digunakan oleh Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura
H1g Persekutuan Tanah Melayu berpengalaman membanteras pengaruh komunis
C1c terlibat dalam tempoh darurat sejak tahun 1948 hingga tahun 1960
H1h masalah ancaman komunis di Sarawak
C1d ditimbulkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO)
H1h CCO bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
H1i untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
H1j kerana dalam perancangan Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun selepas dicadangkan Tunku.
H1k merupakan proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri yang belum membangun
H1l dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah diusulkan agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan
H1m untuk menstabilkan politik rantau Asia Tenggara
H1n menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo
H1o memastikan kepentingan mereka terus terkawal
H1p terutama  pangkalannya di Singapura

F2 Faktor Ekonomi
H2a dapat mewujudkan suatu kawasan pasaran yang lebih luas
H2b dapat menggalakkan pelaburan dan perkembangan dalam industri pertanian
H2c dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi
H2d dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada dalam negeri-negeri ini
C2a Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah getah dan bijih timah
C2b Sarawak kaya dengan sumber kayu balak, lada hitam, gambir dan minyak
C2c Sabah kaya dengan kayu balak dan hasil hutan
C2d Brunei kaya dengan sumber minyak
C2e Singapura kedudukan strategik sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa

F3 Faktor Sosial
H3a dapat menyeimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
H3b dalam kalangan setiap negeri anggota Tanah Melayu

3. Terangkan usaha-usaha yang telah diambil bagi menjayakan penubuhan Malaysia.
F1 Cadangan Tunku Abdul Rahman dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan Luar Negeri
H1a di Hotel Adelphi
H1b beliau mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei
H1c menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
H1d rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura

F2 Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
H2a ditubuhkan di Singapura
H2b dipengerusikan oleh Donald Stephens
H2c berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
H2d berperanan mengumpulkan pandangan penduduk
H2e berperanan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
H2f mesyuarat jawatankuasa berlangsung sebanyak empat kali
H2g Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir

F3 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
H3a dianggotai oleh tiga orang pegawai British
H3b iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abeell dan Sir David Watherston
H3c dua rakyat tempatan iaitu Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie
H3d bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
H3e bertujuan membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British
H3f telah menerima pelbagai memorandum daripada pelbagai pertubuhan
H3g bertugas dari Februari 1962 hingga April 1962
H3h melaporkan kepada kerajaan British sebanyak satu pertiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
H3i satu pertiga menyokong dengan syarat iatu kepentingan mereka harus dilindungi
H3j satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
H3k suruhanjaya telah mengemukakan beberapa cadangan yang akan diperincikan lagi

F4 Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan
H4a berperanan memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold
H4b dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah
H4c dipengerusikan oleh Lord Landsdowne
H4d dibantu oleh Tun Abdul Razak
H4e jawatankuasa bermesyuarat sebanyak 24 kali
H4f turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia

F5 Penubuhan MAPHILINDO
H5a bertujuan mengurangkan ketegangan hasil gagasan Malaysia
H5b diadakan sidang kemuncak di Manila antara ketua kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina
H5c ketiga-tiga pemimpin negara bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB

F6 Penubuhan Suruhanjaya Lawrence Michaelmore
H6a perwakilan Malaysia ke PBB dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant
H6b PBB menghantar Lawrence Michaelmore beserta tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu
H6c tujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
H6d hasil tinjauan mendapati majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia

4.Negara Malaysia dibentuk atas semangat permuafakatan dan proses perundingan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.Sebagai warganegara yang patriotik, terangkan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. 

F1 Memasuki sekolah kebangsaan
H1 Dapat bergaul dalam berbagai-bagai etnik
F2 Mewujudkan sukatan pelajaran yang sama
H2 Dapat menerima ilmu pelajaran yang serupa
F3 Mengguna pakai sistem peperiksaan yang sama
H3 Dapat mengukur prestasi pelajar berdasarkan merit
F4 Melibatkan diri dalam kokurikulum di sekolah
H4 Dapat bercampur kerana terlibat dalam aktiviti yang sama
F5 Menyertai kegiatan sukan
H5 Dapat bersama-sama tanpa mengira ideologi/ ras/ agama
F6 Memasuki sekolah wawasan
H6 Dapat berkongsi kawasan sekolah dan kemudahan sekolah secara bersama
F7 Menyertai aktiviti gotong-royong
H7 Dapat menjalin silaturahim
F8 Mewujudkan Rukun Tetangga dalam kawasan kejiranan
H8 Dapat mengenali tetangga dan banteras jenayah
F9 Menyambut perayaan hari raya secara bersama/kongsi raya
H9 Dapat mengenali budaya kaum yang berbeza
F10 Menyertai Program Latihan Khidmat Negara
H10 Dapat memupuk perasaan bersama cinta akan negara
F11 Menyertai NGO yang tidak berdasarkan perkauman
H11 Dapat membantu kerajaan menjayakan agenda nasional
F12 Mewujudkan Kelab Rukunegara
H12 Dapat memupuk perasaan kekitaan/esprit de corp dalam kalangan warga Malaysia      
       Mana-mana jawapan yang munasabah


5.Pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita dalam bidang pendidikan.

F1 Penciptaan Falsafah Pendidikan Negara
F2 Kelahiran Penyata Razak
F3 Penubuhan Penyata Rahman Talib
F4 Penubuhan Penyata Fenn-Wu
F5 Penyata Mahathir / Laporan Jawatankuasa Kabinet
F6 Penubuhan Sekolah Umum dan Jenis Umum
F7 Penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan
F8 Kurikulum / sukatan pelajaran yang seragam dan sama
F9 Sistem peperiksaan yang sama
F10 Guru-guru sekolah mendapat latihan pelajaran yang sama
F11 Pemberian bantuan buku teks percuma kepada semua pelajar
F12 Pelajar tidak dikenakan yuran persekolahan
F13 Pelajar tidak perlu membayar yuran mengambil peperiksaan awam
F14 Bantuan skim baucer tuisyen
F15 Bantuan persekolahan
F16 Biasiswa Kecil Persekutuan
F17 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin / KWAM
F18 Bantuan komputer 1 Malaysia
F19 Penubuhan sekolah berasrama penuh dan MRSM
F20 Penubuhan sekolah premier
F21 Penubuhan sekolah berprestasi tinggi
F22 Penubuhan sekolah bestari
F23 Penubuhan sekolah wawasan
F24 Kempen Jom datang sekolah / ponteng sifar
F25 Kempen sekolah selamat/ Program 3K
F26 Pengajaran PPSMI
F27 Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris /MBMMBI
F28 KSSR
F29KBSM/KBSR
F30 PLBS / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
F31 Kemasukan ke IPT menggunakan markah koku sebanyak sepuluh peratus
F32 Program J-QAF
F33 Program Permata Negara
F34 Tadika/Tabika
F35 Program Pemulihan Khas
F36 Penubuhan Sekolah Rancangan Khas / Kelas Rancangan Khas
F37 Konsep pembelajaran sepanjang hayat
F38 Penubuhan universiti terbuka
F39 Jumlah universiti awam semakin banyak
F40 Kerajaan membenarkan penubuhan universiti swasta
F41 Sekolah antarabangsa dibenarkan beroperasi
       Mana-mana jawapan yang munasabah

6. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menjadikan peradaban negara Malaysia terus unggul di persada antarabangsa?

F1 Memajukan modal insan
F2 Membangunkan rakyat berilmu pengetahuan
F3 Menggalakkan perkembangan sains dan teknologi
F4 Memajukan perkembangan ICT
F5 Membangunkan Koridor Raya Multi Media
F6 Menubuhkan banyak pusat pengajian tinggi
F7 Membangunkan prasarana bertaraf dunia
F8 Menghantar angkasawan ke angkasa lepas
F9 Membina bangunan pencakar langit yang hebat seperti Menara Berkembar Petronas
F10 Membangunkan kemudahan pengangkutan  yang cekap seperti lebuh raya PLUS / Jambatan Pulau Pinang
F11 Memastikan keamanan / kestabilan dalam negara
F12 Memupuk perasaan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
F13 Membahagikan kekayaan negara secara adil
F14 Menyusun semula masyarakat tidak berlandaskan kaum / pekerjaan / agama
F15 Membangunkan rancangan pembangunan wilayah seperti FELDA
F16 Membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar
F17 Membangunkan koridor-koridor ekonomi
F18 Mengeksport hasil keluaran negara
F19 Membangunkan negara menjadi negara maju
F20 Menyaingi negara kuasa besar
F21 Menghargai warisan bangsa
F22 Memulihara alam semula jadi
F23 Menghormati kedaulatan negara lain
F24 Mengelakkan terlibat dalam kancah peperangan
F25 Menyelesaikan konflik antarabangsa melalui perundingan
F26 Melahirkan negarawan yang ulung
F27 Melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia
F28 Memupuk kegiatan seni dan budaya
F29 Membudayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat
F30 Mengiktiraf golongan cendekiawan/ budayawan / seniman
       Mana-mana jawapan yang munasabah


7.Terangkan unsur patriotisme yang perlu ada dalam diri warga Malaysia demi memastikan pencapaian tamadun negara kita terus unggul.

F1 Cinta akan negara
H1a sanggup menentang penjajah Portugis/ Belanda / Inggeris / Jepun
H1b sedar akan keburukan akibat daripada penjajahan
H1c membangkitkan nasionalisme untuk menentang penjajah
H1d perpaduan tercapai dalam kalangan rakyat bagi menuntut kemerdekaan
H1e mengisi kemerdekaan dengan memajukan negara
H1d tidak alpa dan sentiasa berusaha menyaingi negara lain

F2 Menghormati lambang-lambang negara
H2a mempunyai kesedaran yang tinggi peri penting menghormati lambang-lambang negara
H2b contohnya bendera/ jata negara/ lagu kebangsaan
H2c contohnya mengibarkan jalur gemilang sewaktu Hari Kemerdekaan
H2d tidak melakukan perbuatan khianat terhadap lambang-lambang negara
H2e contohnya membakar bendera
H2f contohnya merosakkan irama lagu negaraku / tidak berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang

F3 Menyayangi bahasa kebangsaan
H3a bangga mampu bertutur menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul
H3b menjadikan bahasa kebangsaan alat perpaduan kaum
H3c tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan
H3d mengiktiraf bahasa kebangsaan dalam majlis negeri/ negara sama ada majlis rasmi mahupun tidak rasmi
H3e penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada semua papan tanda jalan dan perniagaan

F4 Mempunyai semangat kekitaan / esprit de corp
H4a menyokong negara sendiri
H4b contohnya dalam kegiatan sukan / kebudayaan / filem dsbnya
H4c berbangga dengan sorakan ‘Malaysia Boleh’
H4d berbangga dengan konsep ‘1Malaysia’

F5 Menyanjung budaya bangsa
H5a sentiasa menyanjung prinsip Kebudayaan Kebangsaan
H5b budaya masyarakat peribumi dipelihara / menjadi teras
H5c budaya universal diterima pakai
H5d prinsip asimilasi dalam budaya dihargai
H5e kerencaman budaya menjadikan negara Malaysia unik

F6 Menghargai warisan sejarah negara
H6a warisan sejarah negara dipulihara
H6b peristiwa sejarah dijadikan iktibar warga dan negara
H6c tokoh / wira bangsa dihargai
H6d kesilapan lampau diazami tidak akan diulangi
H6e menyambut perayaan Hari Kemerdekaan
H7f menyambut perayaan Hari Malaysia

F7 Berdisiplin
H7a melahirkan warga yang patuh kepada perlembagaan negara
H7b taat dan setia kepada negara
H7c amanah dan mempunyai intergriti dalam setiap pekerjaan
H7d kedaulatan negara menjadi keutamaan
H7e sanggup bersaing dengan penduduk negara yang lebih maju

F8 Membentuk bangsa Malaysia
H8a berfikir dari sudut sebagai rakyat Malaysia
H8b perasaan perkauman disisihkan
H8c hak etnik peribumi dikekalkan
H8d hak kaum-kaum yang lain tidak dinafikan
H8e keadilan sosial untuk rakyat Malaysia

8          Rumusan
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
·         Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang




1 ulasan: