Selasa, 6 Ogos 2013

Penubuhan Malaysia



Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan Malaysia dalam majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan Luar Negara, di Hotel Adelphi, Singapura.
(a) Terangkan faktor pembentukan Malaysia.
(b) Jelaskan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia.
(c) Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?

(a)
F1 Faktor Politik
H1a Kepentingan keselamatan
H1b kebimbangan terhadap perkembangan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
H1c Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya di Hong Lim dan Anson
H1d kebangkitan barisan Sosialis telah melemahkan pengaruh Parti Tindakan Rakyat
H1e Barisan Sosialis dianggap gerakan berhaluan kiri
H1f kebimbangan terhadap ancaman komunis
H1g alasan yang digunakan oleh Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura
H1h Persekutuan Tanah Melayu berpengalaman membanteras pengaruh komunis
dalam tempoh darurat sejak tahun 1948 hingga tahun 1960
H1i masalah ancaman komunis di Sarawak yang ditimbulkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO)
H1j CCO bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
H1k untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
H1l merupakan proses dekolonisasi British terhadap negeri- negeri yang belum membangun
H1m untuk menstabilkan politik rantau Asia Tenggara
H1n memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama  pangkalannya di Singapura

F2 Faktor Ekonomi
H2a dapat mewujudkan suatu kawasan pasaran yang lebih luas
H2b dapat menggalakkan pelaburan dan perkembangan dalam industri pertanian
H2c dapat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi
H2d dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada dalam negeri-negeri ini.Misalnya Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah getah dan bijih
timah/Sarawak kaya dengan sumber kayu balak, lada hitam, gambir dan minyak/ Sabah kaya dengan kayu balak dan hasil hutan/ Brunei kaya dengan sumber minyak/ Singapura kedudukan strategik sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa

F3 Faktor Sosial
H3a dapat menyeimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum

(b)
Tanah Melayu
F1 Kebanyakan parti politik di Tanah Melayu menyokong idea Malaysia
F2 Tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya
F3 Parti Islam Se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis meminta idea ini dirundingkan dahulu dalam kalangan rakyat Tanah Melayu
F4 UMNO bersetuju bergabung melibatkan Sarawak, Sabah, Brunei tanpa Singapura
Singapura
F5 Sejak tahun 1950-an Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
F6 Lee Kuan Yew dan PAP menyokong penggabungan kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri
F7 Disember 1961 Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan
F8 Barisan Sosialis menentang idea penggabungan
F9 Mereka berpendapat idea tersebut merupakan suatu penjajahan bentuk baharu
F10 Mereka menuntut pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu
F11 Pandangan tersebut disokong oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu
F12 Suatu referendum diadakan di Singapura pada 1 September 1962
F13 Keputusan referendum, rakyat Singapura bersetuju bergabung dalam Malaysia.
Sarawak dan Sabah
F14 Reaksi segera di Sarawak dan Sabah selepas idea Malaysia dikemukakan adalah menolak idea tersebut
F15 Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana belum ada keyakinan boleh memerintah sendiri
F16  Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS)
F17 SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA  menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
F18 Parti-parti ini kemudiannya menyokong
F19 SUPP terus menentang idea gagasan Malaysia
F20 PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan
menyokong gagasan ini
F21 Sebelum idea gagasan Malaysia di Sabah tiada parti politik
F22 Idea Malaysia melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik
F23 Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan
F24 Kemudiannya parti-parti tersebut membentuk Perikatan Sabah menyokong gagasan ini
F25 Sabah mengemukakan tuntutan 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
F26 menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan rakyat Saarawak dan Sabah telah menyokong idea Malaysia
Brunei
F27Pada dasarnya Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong idea Malaysia pada peringkat awalnya
F28 Baginda telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei
F29 Parti Rakyat Brunei di bwah pimpinan A.M. Azahari menentang idea Malaysia
F30 PRB bematlamat menubuhkan Persekutuan Borneo yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei
F31 PRB menganggap idea Malaysia suatu bentuk neokolonialisme
F32A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara
F33 Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia
F34 A.M. Azahari mendapat bantuan daripada Indonesia dan Filipina
F35 Pada 7 Disember 1962 Pemberontakan Brunei dapat dipatahkan oleh tenrera British
F36 Brunei telah menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Malaysia

 (c)
F1 Kekayaan/hasil negara bertambah
F2 Kekayaan/hasil negara dapat dikongsi bersama
F3 Negeri-negeri kurang maju dibantu/dibangunkan
F4 Semua negeri di Malaysia mendapat kemerdekaan
F5 Pengaruh komunis berjaya dihapuskan
F6 Rakyat menikmati pembangunan ekonomi/sosial/politik
F7 Keluasan negara bertambah
F8 Jumlah penduduk bertambah
F9 Pasaran perniagaan/barangan lebih luas
F10 Pertahanan/keselamatan negaralebih kuat dan terjamin
F11 Perpaduan/hubungan antara kaum dapat dipupuk
F12 Kepelbagaian budaya masyarakat
F13 Semangat setiakawan antara negeri dapat dipupuk
F14 Malaysia Truly Asia
(Mana-mana jawapan yang munasabah

    


2 ulasan: