Isnin, 5 Ogos 2013

Pilihan raya di Malaysia



(a) Nyatakan syarat-syarat menjadi :
     (i) calon
     (ii) pengundi
(b) Jelaskan proses pilihan raya di negara kita.
(c) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita mengadakan pilihan raya?

(a) (i)
 F1 Warganegara Malaysia
F2 Berumur 21 tahun
F3 Bermastautin di Malaysia
F4 Sempurna akal 
F5 Bukan orang yang muflis
F6 Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
F7 Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
F8 Tidak dipenjara kurang daripada dua belas bulan  atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan
F9 Calon boleh bertanding atas nama parti/ calon bebas
F10 Calon perlu mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon

(a)(ii)
F1 Warganegara Malaysia
F1 Mendaftar nama dalam Senarai Daftar Pemilih
F2 Berumur 21 tahun ke atas
F3 Bermastautin di Malaysia / tidak bermastautin
F4 Tinggal di mana-mana kawasan dalam pilihan raya Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri
F5 Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja
F6 Anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos asalkan berdaftar sebagai pengundi

(b)
F1 Suruhanjaaya Pilihanraya menjalankan pendaftaran pemilih bagi mereka yang layak
F2 Pilihanraya umum diadakan oleh SPR apabila parlimen dibubarkan
F3 Pilihanraya kecil diadakan apabila seseorang pemegang jawatan meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan
F4 SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh hari pengundian.
F5 Parti dan calon yang ingin bertanding perlu menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
F6 Parti dan calon yang bertanding menyediakan manifesto untuk menyatakan ikrar mereka kepada orang ramai
F7 Selepas penamaan calon tempoh berkempen bermula dalam tempoh waktu yang dibenarkan oleh SPR
F8 SPR mengumumkan tempat pengundian yang akan dilakukan penundi
F9 SPR mengumumkan tempat pengiraan undi/ penjumlahan undi yang akan dilakukan oleh SPR
F10 Pada hari pengundian, pengundi akan diberi kertas undi yang mengandungi lambang parti dan nama calon yang bertanding di tempat pengundian
F11 Pengundi akan memangkah calon yang disukai dan memasukkan kertas undi tersebut dalam peti undi
F12 Selepas tempoh mengundi tamat SPR akan melakukan kerja-kerja penjumlahan undi
F13 Pegawai SPR yang bertindak sebagai pengurus sesuatu kawasan pilihan raya akan membuat pengumuman calon yang menang bertanding berdasarkan jumlah undi majoriti

(c)
F1 Untuk memilih kerajaan
F2 Untuk memilih pemimpin yang berwibawa
F3 Untuk mematuhi perlembagaan negara
F4 Untuk memenuhi amalan demokrasi berparlimen
F5 Untuk menjaga kedaulatan negaara
F6 Untuk menjaga kepentingan hak setiap warganegara
F7 Untuk mewujudkan keadilan sosial
F8 Untuk mengelakkan penyelewengan kuasa
F9 Untuk mengelakkan kewujudan kerajaan yang korup
       Mana-mana jawapan yang munasabah        
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan